*ABAIKAN*
Semua orang tau kan aku dah habis exam? Eyh, tak. Bukan aku sorang, tapi students dentist UIA nie officially hari nie last paper kitorang untuk end of block 2 examination. Tau kan? Tau kan? One thing yang aku suka kawan-kawan dekat sekeliling aku nie, lepas exam, semua orang takkan ulas balik soalan-soalan exam tadi. Kiranya, semua orang keluar dewan, buat-buat macam tak ingat pun soalan tuh tanya apa. HAHA. Bagus lah macam tuh. Tak tension. Tak lah terfikir-fikir sampai serabut otak kalau jawapan tak sama dengan kawan yang lain. Kan?
Nota-nota aku untuk Block 2 nie. |
Dan seperti yang semua orang sedia maklum, kitorang nie memang limited edition sikit cutinya. So, kalau ada siapa-siapa yang expect lepas habis exam nie kitorang cuti, anda salah! Kitorang ada masa dua hari saje weekend nie untuk spend wisely tak perlu bukak nota tuh semua, sebab hari Isnin nanti, Block 3 akan mula, makanya, class akan bermula lah seperti biasa. Apa yang biasa? Setiap malam kena bukak nota dan revise.
So, aku sekarang tengah nak fikir plan-plan yang agak chanteekkk untuk di-spend-kan hujung minggu ini. Kene spend wisely beb! Kalau tak, nanti rasa rugi. HAHA.
Setakat hari ini, habis jer exam tadi, sampai bilik, aku tak tidur pun. Tak minat sangat lah tidur petang, sebab nanti bangun mesti sakit kepala. So, aku menjalankan operasi kemas mengemas nota-nota, rak buku, rak makanan dan juga buang-buang segala habuk yang dah terkumpul dalam compartment aku ini.
Atas nie, aku gabungkan nota-nota lecture dari Block 1 dulu sampai lah Block 2 nie. Nota-nota nie dah selamat dah diletakkan dalam kotak. TAPI TAPI TAPI, adakah anda tahu bahawa bila tibanya Professional-Exam nanti, aku kena bukak balik nota-nota nie semua plus yang akan belajar untuk Block 3 dan Block 4 akan datang nie? Sebab, professional exam include apa yang kita dah belajar selama setahun. SETAHUN yer.
Lets imagine, yang atas nie nota untuk dua block, bakal ditambah dengan dua block akan datang nie lagi. Means, nota macam di atas ini akan jadi double. Dan yang itu lah yang kami perlu study untuk pro-exam nanti? Wow! Memang double-cheese-burger sungguh! AHAHA.
Hoi! Nie rak buku seorang pelajar dalam jurusan dentistry ker rak buku seorang penulis komik nie? AHAHA.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Rahman si kacak kerana telah menyeponser semua komik-komik di atas. Ada satu jer yang aku punya, yang lain semua aku pau Rahman. AHAHA. Thank you sweetheart. hehe. Malu!
Relax relax. Jangan risau. Takkan lah aku takde satu haprak pun buku yang berkaitan dengan pelajaran. Ada lah. Tapi yang tuh aku susu dekat side lain. Ada aku susun atas meja. Senang sikit nak capai. Komik atas rak, tinggi sikit, payah sikit nak capai, kurang lah sikit baca komik nanti, focus study. (KONON!) hahaha.
Jadi, sekian sahaja laporan dari aku.
Malam nie aku dah berjaya habiskan dua komik. Detective Conan: Misteri Pengebom Bersiri dengan 143 Siri Maskeret Cinta. Alolo, aku rasa baca komik cinta cinta nie lagi bahagia dari baca novel cinta cinta. See, baca komik beberapa jam pun dah boleh habis, kalau aku baca novel, sampai bulan depan pun tak tentu boleh habis lagi ker tak. HAHA.
Walaupun dalam komik cinta cinta takdak nama Incik Haris, Izzah, Mila dan sebagainya, tapi komik ada jalan cerita yang sangat sweet sangat sweet sangat sweet walaupun dengan nama Denny, Feon (pun ada nama macam nie?), Kox dan sebagainya. Tak kisah lah. Yang penting, jalan cerita pendek tapi sangat sweet sangat sweet sangat sweet. Siapa sokong aku, angkat tangan!
Okbai! Aku tengah fikir nak proceed dengan komik ketiga ker tak payah. Kalau proceed entah pukul berapa aku akan tidur. Tapi, kalau tak proceed, napsu nak baca komik tengah membuak-buak nie. *keep thinking*
0 comments:
Post a Comment
Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.