Tuesday, February 28, 2012

Cerita setiap manusia tentang itu.

Erm. Macam mana nak mulakan intro untuk post ini ya? err. err. Macam mana nie. Muqaddimah pun aku tak jumpa lagi. Baiklah. Aku mula dengan ayat macam ini. Setiap orang akan melalui waktu itu, kerana itu adalah satu tuntutan dalam Islam. Semua orang nak penuhi tuntutan itu. Pertama sekali, paling agung sekali, demi Islam. Yang kedua, barulah kita letakkan demi cinta. Tapi, pendekatannya berbeza. Ya. Untuk setiap orang. Aku pasti tiada yang sama.

Bila buka cerita, yang dia, ceritanya macam ini, yang dia pula ceritanya macam itu, yang dia pula ada kisah yang tertentu. Tak kurang juga aku, juga ada cerita aku sendiri. Kan? Aku dah cakap semua orang berbeza. Mungkin, ada kala kita rasa, "eyh! macam sama." Tapi, sebenarnya tak.

Dan aku, jenis orang macam aku, memang tak suka banding beza cerita orang dengan cerita aku. Setiap orang, aku pasti, ada cita-cita dia yang tersendiri. Bila baca artikel, bila dengar cerita, selalu cakap, "aku nak macam itu! aku nak macam ini!". Tapi aku, lebih berpihak untuk tidak memilih. Sebab jalan cerita aku, bukan ditentukan oleh aku sendiri, tapi Dia Yang Maha Mengetahui. Aku ikut apa watak yang Dia beri pada aku, aku ikut jalan yang dah ditetapkan untuk aku.

Sehingga sekarang, cerita aku masih lagi ada dalam script drama aku. Aku bersyukur juga, permulaan cerita ini dipermudahkan. Ya. Permulaan setiap cerita mestilah tidak mudah. Perlukan usaha, perlukan masa. Pandangan ahli keluarga, pandangan rakan-rakan, pandangan orang lain, lagi lagi pandangan diri sendiri. Semua itu diambil kira. Dari semua segi. Maksud aku dipermudahkan itu adalah, yalah, perjalanannya, usahanya, tersusun, dan aku senang dan tenang. Tidak gelabah kata orang.

Ya. Benda ini bukan benda mudah. Aku pernah lalui waktu macam itu dulu. Tapi, macam mana aku boleh tenang? Masa masa. Itu yang paling paling akan menentukan segalanya. Manusia perlukan masa.

Sekali lagi. Ya. Perancangan itu mestilah ada. Apa yang dirancang, kita tak payah cerita sekarang, tak payah nak cerita dekat orang. Biar antara kita. Bila sampai masa, nanti kita cerita.

Kalau pun ada yang jelik, kami ubah jadi cantik. Kalau pun ada yang pelik, kami buat jadi menarik. Semua ada dalam cerita aku dan aku masih tetap bersyukur dengan cerita aku. Buat kami, cerita ini dah cukup baik untuk kami. Kami selesa. Dan aku harap cerita ini akan tertangguh hanya dek ajal dan maut sebab di situ lah koma untuk semua cerita atas dunia. Semoga sambungannya ada di Syurga.

Somehow, bila dengar cerita orang, dekat situlah kita akan rasa syukur kita dah lepas satu babak dalam cerita itu. Percayalah, rasa paling lega akan tiba bila dapat berterus terang dengan abah dan ibu. Betul. Hati tak boleh nak berahsia dari mereka untuk benda yang betul-betul penting bagi diri kita.





Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.