Saturday, February 11, 2012

Last update.

Tinggal beberapa jam jer lagi sebelum aku gerak balik Kuantan. Oh ya. Kali nie aku tak naik bas. Parents hantar. Sebab kereta aku dekat Kuantan tuh dah dua minggu tersadai. Jadinya, abah nak cek cek lah air, minyak hitam, battery dan sebagainya. Yalah. Risau lah. Anak beliau nie perempuan. Dah diajar macam mana nak cek benda-benda tuh semua pun, belum lagi yakin-yakin. HAHA.

Hari tuh aku ada suruh kawan aku budak medic start kan enjin. Yalah. Diorang kan tak cuti. Tapi, aku pun sengal. Aku bagi dia kunci spare, kunci ori ada dekat aku. Kunci spare tuh remote dia tak boleh guna, kena bukak pintu manual. Yang ori dekat aku, yang aku biasa guna tuh bukak pintu pakai remote toink toink. Jadi, kereta itu mungkin tak biasa dibuka secara manual, alamatnya berbunyi lah alarm aku. Dah takkan aku nak suruh jugak kawan aku start enjin kereta sambil kereta tuh menjerit minta segera dikunci semula. Jadi, terpaksa lah biarkan saja. Kesian.

Alamak. Lepas nie dah kena jadi manual rider balik dah. Kalau dekat rumah rasa cool sikit bawak kereta auto sampai boleh ngantuk-ngantuk bila jalan jam. AHAHA. Lepas nie balik Kuantan jumpa Putrajaya, tak dapek lah nak ngantuk-ngantuk lagi dah. Manual rider kena cergas dan cerdas. Aiyaa. HAHA.

Alahai. Sayu jugak rupanya nak tinggal kan KL. Sesak sesak KL, jam jam KL, berasap asap KL pun, aku tetap sayang KL. Tanah tumpah darahku kot. Aku lahir sini, aku besar pun dekat sini. Senang cerita, hidup aku jarang sekali lah terpisah dengan KL. Except masa upper form dulu lah belajar dekat MRSM Taiping tuh. Tapi, still rumah dekat KL kot. HAHA.

Aku dah siap packing barang dah. Niat nak packing tuh dari malam tadi lagi. Tapi asal entah malas sangat. Terpaksa lah celik jer mata pagi tadi terus blink blink, aku kena packing! Segera lah aku packing. Yang aku pun satu. Asal entah aku bawak banyak sangat baju dari Kuantan tuh ke sini. Kan dah double beg. Yelah. Budak jarang dapat cuti panjang, dua minggu pun dah rasa lama sangat tuh, tuh yang bawak baju banyak banyak takut stok baju dekat rumah tak cukup. AHAHA.

So, balik jer aku ke Kuantan nie nanti, lusa terus exam. Paper Anatomy first hari Isnin. Aku mohon semoga dipermudahkan lah semuanya ya. Aku cuba lah untuk buat yang terbaik. Untuk ingat balik benda-benda yang aku dah hafal. Harap tak lupa. Aku exam seminggu sampai Jumaat. Then, kalau korang assume lepas exam aku mesti ada cuti, memang tak lah. Lepas exam Jumaat tuh, Isnin depannya terus sambung kelas macam biasa. Bermula lah Block 3.

So, aku balik Kuantan dulu ya kawan-kawan. Aku sendiri pun tak tau bila lagi aku cuti lepas nie dan bila lagi aku dapat balik KL lepas nie. Apa-apa pun bergantung kepada kalendar kalau ada cuti-cuti yang boleh digunapakai ataupun bergantung kepada majoriti yang nak balik. Aku ikut sajaaa. Balik, siapa tak nak. AHAHA.


By the way. Thanks Rahman! Pau komik dia lagi bawak balik Kuantan. AHAHA. Ini kali kedua dah aku pau komik dia. Sebelum nie semuaaa komik Conan lah of course, banyak jugak. Kali nie variety sikit. Naruto pun ade haa. Sin Chan? AHAHA. Tula, siapa suruh banyak sangat komik masa zaman muda-muda, jadinya, masa zaman tua-tua nie, aku lah yang tolong kosongkan rak komik dia. HIHIHI. Tapi ada syarat, aku tak boleh baca komik-komik nie selagi aku tak habis exam. Demi mematuhi syarat yang ditetapkan, memang sejak dapat hari tuh, sampai sekarang aku tak bukak-bukak lagi komik nie. Ei, tak sabarnya! HAHA.

Okay lah. Ini mungkin kali terakhir post aku dari Kuala Lumpur untuk kali nie. Lepas nie, kalau ada post pun via Kuantan lah pulak. Tapi nanti bila-bila akan via Kuala Lumpur jugak. Pasti.

Orait. Doakan aku selamat sampai dan selamat menjawab exam. InsyaAllah. Jaga diri semua. Jaga diri abah ibu kakngah affiq izzah. Jaga diri rahman. Bye. Salam.

Post updated via Jalan Duta, Kuala Lumpur.

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.