Bukan aku yang pertama sebenarnya tulis pasal ini. Dan bukan benda baru, bukan nama baru sebenarnya Hafalan Shalat Delisa nie. Facebook. Twitter. Malah blog sendiri pun dah banyak cerita pasal ini. Okay. Point? Aku ketinggalan sebenarnya. HAHA.
Niat dah lama nak tengok sebab ramai sangat sangat sangat yang post dekat Facebook tuh, tapi tak tau kenapa rasa macam malas nak tengok through Youtube. Tak puas. Dengan screen tak besar, plus buffer buffer dia lagi. Sekat sekat nak tengok. Cane nak feeling. AHAHA.
Kawan-kawan, (aku rasa semua orang dah tengok), tapi bagi mana-mana yang belum tengok tuh, aku rasa baik tengok. Cerita simple takpe, yang penting message sampai. Effect nampak macam edit takpe, yang penting message sampai. Yang penting apa? Yang penting message sampai.
Percayalah. Siapa yang mata tak berkaca, siapa yang pandangan tak merah, tak tau nak kata. Mungkin hati tuh sangat sangat tabah. Kalau boleh cuba lembutkan sikit. Sikit jer.
Dari Izzani,
Buat Abah,
Sehebat mana pun Abi Delisa, setabah mana pun Abi Delisa, kaklong tau hebat lagi, tabah lagi abah kaklong. Kenapa? Sebab tabah Abi Delisa dalam cerita, depan kamera, tapi hebat dan tabah abah kaklong dalam realiti, depan mata. Memang ujian tak sama, tapi tujuan tetap sama. Nak besarkan anak, nak bagi anak-anak kehidupan yang paling terbaik sekali. Tak kira apa pun.
Buat Ibu,
Anak-anak ibu perlukan ibu. Nak belaian, nak kasih-sayang, nak makanan sedap-sedap. Semua air tangan ibu. "Sembilan bulan ku, dalam rahim mu, bersusah payah, oh ibu jaga diriku~" Cukup. Lirik itu cukup untuk kita fikir, kenang jasa ibu. Sama. Nak besarkan anak, nak bagi anak-anak kehidupan yang paling terbaik sekali. Lembut. Belaian ibu. Ibu kaklong, ibu paling manis.
Anak-anak ibu perlukan ibu. Nak belaian, nak kasih-sayang, nak makanan sedap-sedap. Semua air tangan ibu. "Sembilan bulan ku, dalam rahim mu, bersusah payah, oh ibu jaga diriku~" Cukup. Lirik itu cukup untuk kita fikir, kenang jasa ibu. Sama. Nak besarkan anak, nak bagi anak-anak kehidupan yang paling terbaik sekali. Lembut. Belaian ibu. Ibu kaklong, ibu paling manis.
Buat Adik-adik,
Kita dibesarkan dengan jalan Islam. Kita dibesarkan atas nama Islam. Bila kita lahir, abah azan kan kita. Bila kita lahir, ibu yang pertama peluk kita. Jom kita sayang dan cinta kan abah dan ibu kerana Allah. Jom kita sempurnakan solat, sempurnakan diri, supaya kita boleh doakan abah dan ibu. Kaklong kakak sulung, ini tanggungjawab.
Buat Bakal Suami,
Semoga anda jadi orang paling tabah dan paling sabar untuk kehidupan akan datang. Kalau ada pun ujian yang datang, jangan risau, saya ada. Kita berdiri sama-sama. Jatuh? Jangan risau. Saya ada. Kita bangun sama-sama. Jom kita bersedia untuk hari yang mendatang. Supaya sama-sama dapat didik anak-anak atas landasan Islam. Supaya satu hari nanti, mereka boleh mendoakan kita berdua.
Buat Kawan-kawan,
Yang sedang pulun belajar untuk masa depan, dalam kehidupan, ujian itu memang ada. Ujian itu tanda Allah sayangkan kita. Jadi, jangan risau. Jadi positif mungkin cara terbaik dan langkah paling bagus untuk kita hadapi semua ujian itu. Jadi positif. Ingat yer. Jadi positif.
Berbicara berdasarkan apa yang dilihat oleh mata, yang didengar oleh telinga, dan yang diilhamkan oleh otak. Sekadar apa yang aku fikir selama aku tengok cerita nie. Aku rasa, ini post paling baik pernah aku buat.
Somehow, rasa macam nak menitis lagi nie rasanya :')
Okay. Nie OST untuk cerita nie. Tajuk dia "Lagu Ibu". Dengar lah. Boleh meruntun jiwa wa cakap lu. HAHA.
0 comments:
Post a Comment
Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.