Wednesday, February 15, 2012

Puasa.

sedang berpuasa
berpuasa daripada apa?
entah. mungkin daripada ber-lagha

maksud kau?

entah.
mungkin perlu lupa sekejap
benda-benda luar. riadah. beli-belah.

yang tinggal untuk engkau apa?
kosong.

tak lah. masih ada
buku, pena, nota dan empat mata pelajaran
paling penting, kertas soalan peperiksaan
tak kosongkan?

takpe lah. orang kata minggu-minggu kritikal macam ini banyak-banyak kan berehat. kurang-kurang kan sikit aktiviti luar. ala, bukan lama. lima hari saja. lagi satu orang kata, tengah minggu exam macam ini darah manis. macam orang nak kahwin. kalau boleh jaga-jaga lah kesihatan dan jaga-jaga lah diri. dua paper lagi. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. teruskan bergerak, jangan berhenti. selamat dan permudahkan lah semuanya. amin ya rab.

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.