Monday, February 6, 2012

Lengkap dah gigi.

Disebabkan shoutbox lama dah tak jadi free, dah kena bayar-bayar pulak dah semata-mata untuk blog yang ibarat semut hitam di atas batu hitam dalam malam yang gelap. Maksud tersiratnya memang kalau kita buat baik, biar ikhlas, orang tak nampak. Tapi, maksud tersuratnya, semata-mata untuk blog yang orang tak nampak nie sahaja nak kena bayar-bayar bagai, tak balik modal. HAHA.

Dan, demi melengkapkan lima jenis gigi manusia, Incisor : gigi kacip. Canine : gigi taring. Pre-molars : gigi pre-geraham kot. Molars : gigi geraham. Mamelons? Something yang semua orang pernah ada dekat gigi dia, tapi takkan jadi sangat prominent bila dah dewasa. Dan aku sangat suka tengok orang gigi dia ada mamelons. Sangat comel okay! Serious. Aku tak tipu.

Ish. Banyak cakap pulak aku. Okay okay. Disebabkan shoutbox lama dah tak free, dan demi melengkapkan lima jenis gigi manusia, makanya. Jeng jeng jeng. Shoutbox baru! HAHA. Terkezut tak? Macam gempak.

Cara-cara untuk bermesra dengannya:

Pertama, taip nama anda dan website anda. Tak de website pun tidak mengapa lah. Dan click pada benda alah yang macam gear tuh. Setting sebenarnya. Nampak benda tuh, aku ingat iklan ubat sakit tekak Strepsils. Gila ngeri kalau tekak kerja macam gear. HAHA.


Kemudian, akan keluarlah ruangan untuk korang tulis apa-apa. Makanya di situ lah anda anda dan anda dipersilakan untuk menulis apa-apa. Selesai tulis, tekan aja button 'Go'.


TAMMAT.

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.