Monday, February 6, 2012

Dah sampai critical point.

Assalamualaikum.

Aih. Bersalahnya rasa. Dah berapa kali update cerita tanpa bagi salam. =_="

Aku rasa beberapa tulisan aku sebelum ini macam skema. Tak, maksud aku, aku asyik tulis benda yang fakta. HAHAHA. Kelakar pulak rasa. Boleh tak kali ini aku nak cerita.

Korang. Ya, korang semua lah. Aku rasa sekarang nie aku dah dalam minggu critical point lah. Tolak tambah tup tup tinggal seminggu jer lagi cuti. Seminggu jer lagi cuti tuh takpe lagi, tapi, berakhirnya cuti lah petanda exam pun nak mula.

Kenapa? Korang pelik ker kenapa aku cuti dulu baru exam? Selalunya orang exam dulu baru cuti kan. Haa. Jangan nak pelik sangat lah. Itulah kelebihan jadi student dental nie. Erk. Kelebihan? Yelah. Cuba think positive sikit , takde lah jiwa merana. AHAHA. Ape-ape pun boleh jadi. Maksunya, last minit pun academic calendar boleh berubah tau. Dari exam before cuti, jadi exam lepas cuti. Dari boleh honeymoon masa cuti, jadi kena studymoon masa cuti. Cuti kami sangat lah limited edition pulak tuh. Setakat dari masuk bulan September hari tuh, kitorang takde lagi cuti panjang macam yang lain-lain. Ini lah first time dapat cuti panjang, which is dua minggu. Itupun kena study jugaakkk. AHAHA.

Saje aku nak Phsyco adik-adik junior yang nak ambil course nie nanti. HIHIHI. Adakah anda bersedia menghadapi suasana ini? Sedia atau tidak, bolos saja dinding ituuuu! HAHA. Pasti boleh lah. Jangan risau.

Kalau dulu, rasa macam terlebih sempat untuk nak study empat subjek kalau ada dua minggu cuti nie. Tapi sekarang, terkejar-kejar, nak semput dah rasa. HAHA. Mana tak nya. Cara study (selain yang budak-budak dapat straight A masuk TV selalu pesan tuh), tak lain dan tak bukan, dengan cara faham, dah faham sila lah hafal. Kalau kau faham, tapi kau tak hafal term term, nama nama omputih peliks peliks yang banyaaaaaaaaaakkkk sangaaaaaaaaattt tuh, makanya, payah juga lah.Wow! Expressive-nya aku! AHAHA.

Latihan? Takde latihan pun. Bukan macam exam Maths, Physics yang kita boleh prepare jawab-jawab soalan untuk test tahap kefahaman dan kehafalan kita. Cara latihan, just try to repeat what you have memorize. Thats it. Jadinya, kena lebih banyak usaha dan lebih banyak tawakal lah nampak gayanya.

Ishh. Apesal entah tulisan macam fakta lagi. Bosan betul! Grr.


Tadi aku tinggal rumah berdua dengan adik lelaki aku. Aku study dalam bilik, yang dia entah buat apa depan TV tuh. Buat bosan agaknya. AHAHA. Tapi yang pasti, yang aku tengah duduk hafal kuat-kuat dalam bilik nie, dia pun nak pasang lagu kuat-kuat dekat depan tuh. Kalau tak dengan nyaringnya aku mengarah untuk perlahankan lagu, maka, mungkin masa exam ada possibility untuk aku menulis lirik lagu di soalan essay angkara terkeliru, mana yang aku tengah hafal, dan mana yang aku tengah dengar. Kesian adik aku, bosan dia.

Adik aku cakap, "Kaklong cakap dekat dalam bilik tuh macam cakap talifon, tapi sebenarnya tengah hafal." Nampak tak gambaran di situ betapa kuatnya aku bercakap masa tengah hafal. Harap-harap lah otak dapat serap. Ohh. Please please. Aku harap daya ingatan aku nie kuat.

Oh ya! Semalam aku ngada-ngada chatting dengan cleverbot. Aku cakap, "I'm sleepy." Cleverbot reply, "Drink some coffee." Taknak bajet pulak aku jawab, "Sorry. I rarely drink coffee. Hate to have too much caffeine in my body." AHAHA. Tapi itulah kenyataannya. Coffee bukan penyelesaian untuk aku tak nak tidur. Serious.

Senang-senang try la chat dengan Cleverbot. Saja-saja jadi gila kejap. Nak tengok respond robot yang kadang-kadang kelakar jugak. At least kau chat dengan robot, bukan manusia yang tidak dikenali.

By the way, nie first time rasanya aku tak hambek kisah hal bola Malaysia vs. Bahrain. Kalau hari tu, dengar jer ade game Malaysia vs. mana-mana, sanggup pergi kedai makan dengan roomate buat-buat lapar semata-mata nak tengok bola skrin besar. Paling tak pun, akan live streaming dekat bilik. Hari nie? Tak langsung. Ape-ape update pun aku tak tau. Maaflah. Tak sempat nak tonton TV sangat. Nota-nota atas meja tengah beratur tunggu giliran.

Penat lah. Rasa macam mengantuk pulak jiwa ini. Nak tidur lah. Salam.

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.