Sunday, February 5, 2012

Baginda ajar kita.


"Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."
-Ikrar diriku Islam-

Mula.

One who sleeps while their neighbour is hungry is not one of us.
Social Justice & Charity. Muhammad said: "The best people are those who are most useful to others". Dan ini yang sepatutnya kita buat sampai sekarang. Don't ignore others. Yang susah kita tolong, yang perlu kita hulur, yang berat paling tidak dapat jugak kita ringan-ringan kan. Perasaan bila jadi seseorang yang dapat membantu orang lain itu sangat best. Sungguh.


Women are the twin halves of man.
Women's Right. Alhamdulillah. This is the most precious thing untuk wanita-wanita Islam sekaliannya. Kenapa? Kalau zaman jahilliyyah dulu wanita masih dipandang sebagai seorang yang sentiasa duduk di bawah, tapi sinar Islam betul-betul dah tunjuk bahawa wanita itu bukanlah tempatnya di bawah, tapi kalau boleh di sisi tiap-tiap lelaki. Namun, jangan pulak kita salah guna. Kita tidak di bawah, tapi ini tak bermaksud kita berada terlampau atas. Sebab syariat Islam tetap dah mengajar kita bahawa yang jadi Imam itu adalah lelaki. Maka, yang memimpin itu juga haruslah lelaki.


If you have palm sapling in your hand plant it even if it is the Last Hour.
Environment. Nabi Muhammad s.a.w itu sendiri dah menjadi contoh kepada kita untuk menjaga alam sekitar. Kempen sana sini, tapi kalau kita lihat waktu sekarang. Hmm. Entahlah. Tak cakap banyak untuk part ini sebab tengah takut fikir tentang Projek Lynas dekat Kuantan tuh. Kalau lah ada pihak yang sanggup baca luahan rakyat sebagai warga Kuantan nie. Harapan.


Seek knowledge even if it takes you to China.
Education. Why China? Sebab dulu-dulu, China bukanlah negara yang boleh sampai dengan 12-hour flight. Kalau kita nak bagi sumbangan besar macam Ibn Sina, Al-Khawarizmi, Al-Farabi, etc. sekarang mungkin susah, mungkin juga mustahil. Tapi, paling tidak, dengan ilmu yang kita belajar sekarang, kita boleh sumbang untuk diri sendiri, dan orang sekeliling. Don't stop striving for knowledge. Pantangkan diri untuk cepat putus asa timba ilmu.


For every disease, there is a cure.
Healthcare. Biar selari dengan aliran, Nabi Muhammad s.a.w sendiri mementingkan kesihatan oral (oral hygiene) dengan menggunakan miswak atau kayu sugi. Dan silalah percaya bahawa Allah lah satu-satuNya yang boleh menyembuhkan segala macam penyakit, bukan bomoh, bukan dukun, bukan iblis dan ilmu-ilmu hitam tuh semua. Syirik Khurafat. Dan, samalah juga maksudnya dengan setiap masalah, ada penyelesaiannya. Mengadu pada Allah itu pasti akan datang bantuanNya. Mengadu pada Facebook? Tak membantu apa-apa pun.


A good deed done to an animal is like a good deed done to a human being.
Animal Welfare. Sesungguhnya, sayangilah haiwan kerana mereka sangat comel sebenarnya. Walaupun kita takde haiwan kesukaan sekalipun, yang penting jangan buli mereka. Sebab itulah subjek Bahasa Melayu sekolah rendah dulu banyak cerita pasal, "Siti sedang berjalan-jalan. Tiba-tiba dia ternampak anak kucing terjatuh ke dalam longkang. Siti membantu anak kucing tersebut...." Bawak balik rumah, mandikan, siap bagi makan ape semua. Korang pun tau sambungannya bukan? Haa. Belajar.


Contohilah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kita. Baginda dah banyak memberi contoh kepada kita untuk kehidupan harian kita sebagai seorang manusia. Dan yang penting, sebagai seorang Muslim. Sekian.

Maaf. Cerita ini ada Mula tapi tiada Tamat kerana ajaran Rasulullah tidak terkira.


Salam Maulidur Rasul 1433/2012.
Muhammad.

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.