Sunday, February 19, 2012

Baucer buku Satu Malaysia.

Baucer buku Satu Malaysia, dua ratus ringgit Malaysia untuk dihabiskan.

Kulliyyah aku punya sistem tak sama. Aku tak ada pakai sistem semester-semester. Di mana orang lain sekarang, baru masuk semester baru, kena beli buku baru, untuk mata pelajaran yang baru.

Sedangkan aku, untuk satu tahun ini, tak kira lah block baru atau block sama, asalkan dalam tempoh satu tahun ini, aku masih lagi belajar mata pelajaran yang sama. Aku masih lagi pakai buku-buku yang lama. Kalau ada pun mata pelajaran yang baru, kena tunggu tahun depan dahulu.

Tapi, apakan daya. Baucer buku Satu Malaysia sampai March sahaja tempoh tamatnya.

Aku bukanlah kaki membaca. Novel. Tidak. Majalah. Tidak. Komik. YA. Itu jawapannya YA. Tapi, komik sebuah harganya baru enam ringgit setengah. Takkan untuk enam ringgit setengah aku nak kena gadaikan jugak baucer buku satu malaysia.

habis itu macam mana? Nak beli buku untuk kegunaan belajar, tahun depan pakai buku apa pun tak tahu lagi. Nak beli buku untuk bacaan harian, komik jer lah yang boleh jadi pilihan hati. Sampai sekarang pun masih berfikir lagi.

alahai, baucer buku Satu Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.