Thursday, November 18, 2010

Kisah 10 benda lepas sapu sampah.

Salam petang.

Pagi tadi aku baru jer selesai menyapu seisi rumah. Jadi, untuk kali ini, aku nak senaraikan 10 benda yang selalu kita jumpa bila tengah sapu rumah. Kejadian ini berlaku dekat rumah aku. Dekat rumah kalian, aku tak sure. hehe.



1. Rambut. Seyes, di merata-rata tempat, sudut dan corok dalam rumah, hatta di bilik air sekalipun, rambut tak pernah lepas dari pandangan aku. Ada jer di atas lantai. Agak-agak bila kumpul-kumpul balik, boleh siap satu set rambut palsu. haha. Almaklum lah, wanita kan. Takpe, nanti pakai syampu Sunsilk elak keguguran rambut.

2. Duit syiling seposen. Benda nieh selalu dijumpai dekat celah-celah almari, bawah meja study dan jugak bawah katil. Aku terlupa lah pulak, nak kumpul-kumpul tadi. Rasenye kalau dikumpul-kumpul, boleh membawa kepada membeli Perodua ViVa sebijik. Over!

3. Habuk pemadam. Pantang kalau sapu bilik study tuh, habuk pemadam maaakk aihh, menggunung capai takat didih dah. haha. Dulu mase zaman kanak-kanak suke sengaje bersuke ria buat habuk pemadam gentel-gentel pakai pembaris kasi dia jadi habuk kecik-kecik. Lagi menarik kalau beli pemadam warna-warni, nanti habuk pun jadi warna warni. Boleh buat perhiasan terus.

4. Manik-manik buat gelang. Haa. Nieh lagi satu. Ade saje manik di mana-mana. Aku pun pelik, mane datang asal-usul manik-manik tuh semua. Kalau jual agak-agak berharga tak? Kalau mutiara takpe lah jugak kan.

5. Pin tudung atau peniti. Hilang sebijik, dan dan pergi ajak ibu Jalan Tar. Ape ntah lagi hilang dua tiga bijik. Tapi bila sapu satu rumah, boleh jumpa lima enam bijik. Tak ke banyak tuh. Membazir itu amalan tak mulia tau. haha.

6. Putik kapas. haha. Bukan ape, kadang-kadang kite terlupa kan. Yelah, betapa nikmatnya korek telinga kan. Dan dan terlepas pulak putik kapas dari tangan. Bila sapu-sapu tengok ade celah sofa, ade bawah katil. haha.

7. Kuku. haa. Kuku pun boleh jadi merata haa. Biase lah, lepas-lepas ketip kuku, halus kan. Kadang-kadang ade yang tertinggal. Kalau aku, tak. Lepas ketip kuku, aku akan kira kasi cukup sampai sepuloh. Kalau potong kuku kaki sekali, kasi cukup sampai dua puloh. Baru lah buang ke tong sampah.

8. Nasik. Nie satu habit aku dan adik-beradik aku. Makan selalu tak kira tempat. Bukan setakat atas meja makan, ruang tamu, atas sofa, kalau tengah online, dalam bilik pun boleh jadi ruang makan. Bila dah kena marah, baru lah terkedek-kedek pergi meja makan.

9. Plastik gula-gula. Yang nie bukan habit aku, tapi, habit adik aku. haha. Beliau suke sangat makan gula-gula sambil tengok TV. Lepas tuh terlupa nak buang sampul gula-gula tuh menghala ke tong sampah. Alangkah naik nya angin bila tengok semut-semut api berkerumun atas lantai. haa. Shieldtox segera berkhidmat.

10. Habuk. haa, yang nieh dah confirm lah kan. Semua tempat pun kalau sapu akan sapu habuk kan. Tak kira lah habuk yang datang dari kipas, dari bawah carpet atau dari kawasan luar rumah.

Jadinye, sebab itulah kite kena sapu rumah selalu. Kalau tinggal dalam habuk, nak nafas pun tak sedap. Bukan setakat sapu sampah, sebab kalau sampah tuh besar-besar macam dekat tempat pelupusan sampah tuh, tak boleh nak sapu, amek jer pakai tangan, campak dengan sopan dalam tong sampah. Tapi kalau habuk-habuk kecil tuh boleh laa disapu, kalau sedikit malas, pakai saje vacuum.

Sekian, selamat menyapu seisi rumah.

5 comments:

  1. weh..ko wat post nih nk ckp ko rjen mnyapu ek?haha..kiding2 ;p

    ReplyDelete
  2. yeah! aku adalah mcm kau yg nombor 7... kira balik kuku lepas ketip :DDD

    ReplyDelete
  3. @aisyah =) syah, haha. takde laa. dah memang realiti tuh. tak perlu bagi tau lagi kot. ahaha! :P

    ReplyDelete
  4. @y0Ngu falcon yong, haha! tak sangka. kongsi hobi rupenye kite. ahaha!

    ReplyDelete
  5. aku kalau sapu je jumpe izzani
    izzani=sampah
    hahahah...gurau jeee

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.