Sunday, February 13, 2011

Kisah diari.

Diari. Apakah?

Kalau tak silap beta, beta pernah ade jugak kot benda yang dinamakan diari tuh. Kecik-kecik dulu. HAHA.

Noo maann. I'm not a diarylist (?). Aku main hentam jer tau. Kalau orang yang tulis novel kita panggil novelist. Yang tulis diary, diarylist lah. Aku agak.

Orait. Secara jujurnye aku cakap aku memang TAK tulis diary. Sebab aku bukan tak sempat nak tulis-tulis pekerjaan aku sepanjang hari dalam sebuah buku tuh. Kalau sempat, aku buat kot. Hihi. Tapi aku ngaku lah, aku pernah jugak dulu-dulu, beli buku kulit keras yang cun-cun sikit cover die, berazam nak buat jadi diary. Hmpphh. Hampeh! Last-last jadi buku nota Komsas jugak. (Alamakk. Kenapa aku tak pernah nak tulis karangan autobiliographi 'Aku Sebuah Diari' time sekolah dulu. Kalau tak, aku boleh cakap dengan ending, ...daripada diari, aku mengubah hidupku menjadi sebuah buku Komsas.) Cun laahh! Haha.

Tapi, aku sangat berminat tengok diarylist-diarylist yang ade sekarang. Macam seronokk. Kalau rasa nak ingat benda lama, boleh selak-selak baca-baca. Best kan? Kite tak mampu, dengar cerciter orang pun best jugakk.

Dulu. Mase kelas BI, teacher pernah suruh setiap orang dalam maktab tuh buat journal masing-masing. Dalam journal tuh, kau orang nak tulis apaa suka hari kau orang lah. Asalkan dalam bahasa Inggeris, of corse. Journal aku? Macam bosan kot nak baca. Tiada unsur-unsur yang boleh buat orang ketawa, tapi banyak unsur-unsur yang boleh buat orang jadi skema. Aku rase. Hahah!

Hari tuh (awal tahun lepas), aku enjoy bace Rahman punye journal. Dia bagi mase, ermm ermm ermm. Bile yer? Lupe. Hihi. Haa! Mase habis sem1 1st year dekat UIA,PJ. Mase tengah kemas-kemas barang-barang segala bagai nak cuti. Dia bagi mase sesi menukar-nukar buku-buku dan nota-nota lecturer sesama kami sendiri untuk next sem. Journal dia, lots of story. Since aku tak berapa kenal dia mase dekat MRSM Taiping dulu, bila baca, boleh lah terbayang-bayang macam mane life die dulu-dulu dekat maktab. Nice! :)

Eyhh! Kita dah sampai topik mane nieh? Diary ker Journal haa? Mungkin sebab Journal yang dimaksudkan oleh teacher BI tuh seiras-iras konsepnye dengan Diary, jadi aku anggapkan dua makalah itu adalah same. Tak pe kannnn?

Hari tuh, Najla tunjuk diary die. Kecik jer. Buku nota saiz tiga lima gituu. Wooahhh! Nampak tak ke amazingan aku nie? Sebab ape? Sebab Najla buat diary pakai gambar. Dia tak tulis satu-satu hurup panjang-panjang lebar yang boleh buat mate berpinar-pinar. Nie first time aku jumpa. Aku suke sangat tengok hari tuh, sampai sanggup translit satu-satu gambar yang diceritakan Najla tuh. Kan Tan Sri Najla? Hihihi. Dia budak AED. Dia sangat pandai melukis. Jadi, tak susah laa nak paham cerita dia.

Jadi, dengan keazaman yang tak berapa nak tinggi, aku pun buat diary bergambar aku pada hari ini. Tak perlu susah-susah, aku pakai Paint jer. HAHA!

Nak tengok?

Ishhh. Malu laaahh!

Nak tengok?

Alaaa, Maaluuu laaahh. Okay laa. Okay laa. Sile tengok yer.

Diari Izzani hari ini.

Aku nasihatkan kau orang zoom laahh picture nieh. Takpun, click jer untuk membesar. Aku takut nanti kau orang tak nampak ape yang aku cube sampaikan sebab aku sangat sangat sangat kurang bakat keseniannye. Kih kih kih.

Cepat! Siapa terel, translit cerita aku untuk hari ini. Peringatan, ini bukan contest yer. Aku cuma dapat sediakan hadiah tepuk tangan jer untuk yang terel. Hehe.

Pukul 10.30 pagi tadi, aku tengah tidur lagi. Tiba-tiba aku dapat message dari adik tanye nak balik rumah tak?. Aku pun reply, "Haa. Boleh jugak". Jadi, tunggu punye tunggu abah pun sampai dan aku bergerak balik ke rumah. Sampai rumah, aku buat latihan-latihan Compilation Math II. Prepare laa nak exam. Malam tuh, aku dan family pergi Dataran Merdeka sebab ade ura-ura kate ade competition malam nie. Sampai-sampai jer, tengok lengang jer tak ramai orang. Rupe-rupenye, Competition kawad kaki tuh di postpone. Aku tak de laa sedih pun (nie aku tiru kau Najla. maap. hehe). Jadi, kami balik rumah dan aku pun sambung buat latihan Math II lagi. Aku berjaya siapkan satu lagi set soalan satu sem. Lega. Sebelum tidur, aku layan Facebook dan Blog kejap bagi mengantokkan mate iaitu pada pukul 1.20 pagi bute.

Dah laa. Tak payah nak pikir-pikir pening-pening sampai pusing-pusing kepala tuh pikir cerciter aku. Nak tau cerita yang benar, kau orang kene Ctrl+A atau pun BOLDkan entri nieh (macam biase, gune mouse jer). Nanti kau orang tau cerita dia.

Selamat membaca! :P

1 comment:

  1. comel je izzani.. kte ade diari mase form 2 dulu.. bile bace balik, mst senyum sorang2..:D

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.