Sunday, April 24, 2011

Kisah KLBookFair'11 and us.

p/s: Tak smart en gambar-gambar dalam entri nie. C3 jer korang. Bukan Nikon D3100 pun. Tambahan pule aku malas nak edit-edit, watermark ape semua lagi. Harap memahami yer. hihihi.

Owhh. Aku sedikit rakus untuk hapdate benda-benda dalam peti belog aku nie. Aku ingatkan intro yang aku buat pada entri di bawah nak diguna pakai untuk cerita yang ini, tapi nak sambung, takut nanti panjang berjela macam tali rafia. HAHA.

Aku guna pakai intro aku di bawah balik boleh?

Waah! Hari nie sangat gembira bagi aku. Walaupun kaki agak letih, badan agak lesu, ahh, pedulikan itu semua! HAHA.

Jadi, perjalan sekitar KL Book Fair '11 tadi agak memusingkan juga kerana baru hari kedua, dan hari SABTU pulak tuh. Bas sekolah ntah berapa banyak dah tadi. Keluarga-keluarga lagi. Seriously, orang ramai gilaa. Upss. Orang ramai SANGAT.

Aku masuk PWTC. Aku pening. Pening ape? Pening cari toilet. Tiga kali jugak lah tanye orang. Sorang cakap kanan, sorang cakap kiri, sorang lagi cakap kanan balik. Jadi, aku ikut majoriti lah, aku ikut kanan. Nasib jumpe, toilet. ahaha!

Aku pun sebenarnya tak ade berniat nak beli buku ape-ape pun. Sekadar saje-saje nak bawak adik aku datang sebab dia minat novel kanak-kanak and dia nak tau macam mana suasana Book Fair tuh.

Saridah Hamid, Reja, Ain Maisara, semua adik aku tau. Aku? Haremm tak tau pape pun pasal penulis buku. Jadi, sempat lah beli due bijik novel untuk adik aku. Juara Kampung Badak Berendam dengan Duyung Diva & Si Tanggang.

Adik aku pilih buku, aku suruh letak. Dia ambik, aku letak. Seraya aku berkata, "Pilihlah novel yang macam akademik sikit..". AHAHA. Aku pun satu, memang tak lah kan orang nak baca novel akademi sangat. haha.

Tengah beratur dekat kaunter nak bayar.

Dah beli buku Ain Maisara sebijik, nak jugak lah ambil tandatangan beliau. Tapi tapi tapi, dan dan time aku nak beratur untuk adik aku, bodyguard tuh cakap, "Kak Ain nak berehat kejap yer". Aiseyhh. Tak dapat laa. =.="



Tangkap gambar kedai dia pun jadi lah. haha.

Lepas tuh, aku memang tak puas kalau tak round atas bawah sebanyak tiga kali. Sempat beli ais-krim lagi untuk adik-adik aku tak nak bagi diorang bosan tunggu aku lama-lama. HAHA.

Aku terfikir. Takkan dah datang tak beli ape-ape kot. Dua tahun lepas datang beli Medical Dictionary. Tahun nie? Ermm. Dental Dictionary? Nanti lah. Last-last mata aku terpacu dekat booth Gempak Starz. Hmmpph. Memang komik lah nampak nye. Lawak Kampus satu! HAHA. Aku ambik Lawak Kampus Log-In. Entah bila keluar ntah. Yang pasti aku tak baca lagi, jadi aku beli. HAHA.

Last sekali pergi makan. Ohh sebelum tuh. Nieh the best moment bagi aku untuk hari nie dan juga hidup aku. Cewah.


Tanpe plan ape-ape, tanpe janji nak jumpe ker ape, kita jumpe on the same date, at the same place, on the same event after two years. HAHA. Kebetulan okayy. Kebetulan. Sangatlah sukenye aku. Macam down memory lane pun ade jugak. hehe. Bak kate Rahman,

Tapi memang tak blah en, tarikh, tempat, awkward. AHAHA!! 

Tau takpe. Kelakar lah. Kalau dulu, masing-masing datang dengan kawan. Tahun nie, masing-masing datang dengan adik-beradik. haha!

Okayy. Last sekali, aku dengan adik-adik aku gerak pergi makan. Nak carik tempat makan lagi satu hal. Memang kena melintas pergi The Mall lah nampaknya.


Bukan tempat bersejarah ker ape yer. Nampak, Food & Shopping Avenue. haha.


Makan. Dan balik. Ehh, sebelum tuh. Tunggu Rahman dengan adik-beradik dia habis makan jap dekat sebelah McD. Dah makan, hai hai bye bye salam salam nanti jumpe lagi, dan balik lah ke rumah.

Jadi, pesta buku kali ini memang memberikan impak yang sangat besar dalam diri aku sebab aku sangat excited. haha! *Picit pipi dengan satu jari sambil gelak macam nigahiga*. hehe.

23rd April 2009 till then 23rd April 2011. Will remember this moment for the rest of my life. Easy say, Forever. :)

4 comments:

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.