Sunday, April 10, 2011

Kisah A Week with UNGS2030.

Salam semua! Lama sudah kita tak bersua ya. *Lama laah sangat*. Ahaha.

Eyhh. Aku hampir terlupa yang aku tengah update entri nie. Tak sangka, aku mengambil mase lebih kurang dua jam untuk kembali menaip entri nieh.

Dah dua jam rupanya entri nie remain,
Salam semua! Lama sudah kita tak bersua ya. *Lama laah sangat*. Ahaha.

Wuaargghh. Aku letih lah korang. Letih ape? Letih print print dan print. HAHA. Aku bukan sengaja melupakan entri nieh yang sepatutnya ditaip dua jam yang lepas, tapi aku tersangatlah sebok bermain dengan google, acrobat reader PDF bersama nota-nota UNGS aku dan juga printer dan kertas-kertas. Ahaa!

*Ape kau merepek nie haa Zany?*

Takde ape. Senang cakap, sekarang nieh aku tengah sebok print nota-nota UNGS2040 dan juga UNGS2050 yang bila di total up semuanya, ada lah lebih kurang 171 page. Wowww!

Bijak jugak aku print nota UNGS2030 awal-awal sebelum start kelas. Takde lah macam Albert Enstein sangat aku malam nie pening-pening nak print beratus-ratus page. hihihihi.

Okayy. Ape-ape hal pun, jom lah kita review-review dulu macam mane perjalanan aku A Week With UNGS2030 baru. HAHA.

Click to large, larger, and largest :)
First sekali, jadual. Ape? Timetable. Dapat ditafsirkan di sini secara ringkasnya, kelas aku mula pada pukul 9.30 pagi sampai 4.00 petang. @___@

Tapi, takde lah rase pack sangat sebab ade gap setengah jam mase pukul 11.00 pagi untuk rest-rest dan lunch di awal waktu. Sebabnya, lecturer lebih prefer untuk nak start kelas petang tuh pukul 2.00 petang sampai 3.30 petang. Jadi, kalau dah lunch awal-awal, nanti balik kelas pukul 1.00 boleh merebahkan diri di atas katil sambil menunggu azan Zohor berkumandang dan lantas boleh sampai ke kelas lebih awal. InsyaAllah. hehe.

Yang menariknya di sini, dalam masa satu hari, pagi sampai petang tuh, kami belajar, subjek YANG SAMA, lecturer YANG SAMA, kelas YANG SAMA, dan segala-galanya YANG SAMA. Sampai boleh jer tinggal file dan nota-nota atas meja sebab nanti petang senang pergi kelas tak payah bawak ape-ape. HAHA.

Jadual kali nie sangat nice. Rahman cakap, "Tak pernah pun jumpa jadual yang dia dah siapkan untuk setiap hari. Memang dirancang betul-betul nie". Tahu takpe babe! Dia siap dah tulis sekali tarikh, hari, dan time untuk Test, Submit Assignment, dan juga Final Exan. HAHA.


Jom! UNGS2030: The Islamic Worldview. Owh! Ape yang aku dah belajar dalam subjek nieh ape semua aku tak nak story-story sekarang lagi. Tunggu dah betul-betul habis subjek nie baru boleh cerita.

Tapi, ape yang aku nak tekankan sekarang, jom kita tengok, ape yang Izzani Zulkifle nieh dapat buat mase kelas UNGS.

Tidur? Nope!

Makan? Nasik tak, gula-gula ya.

Salin nota? Of corse! hehe.

Nota di separuh masa pertama.

Boleh tahan cun jugak lah lagi walaupun tulisan dah macam grrrr. Aku pun paham sikit-sikit jer ape yang aku tulis. HEHE.

Nota di separuh masa kedua.
Ahh. Yang nie tak cun. Kita zoom lagi dekat lah.


Bila mata dah terkebil-kebil, tangan pun mula lah nak buat-buat rajin. Bukan ngantok, tapi yelah, bila dah duduk lama-lama sampai kebas, tangan pulak asyik tak tau nak buat ape, maka, kreativiti yang terpendam pun diluahkan. HAHA. Lukis-lukis pun yang penting nota terus salin dengan tulisan bahasa Sanskrit aku tuh. AHAHA.

Aiihh. Amende lah yang buat nie Izzani oiii. =.="

Seriously, aku tak ngantok dalam kelas tuh sebab lecturer aku, Dr. Abbas dari Penang sangat suka bercerita. Syioookkk jer dengar. Dan juga Dr. Adil dari Pakistan sangat suka bukak sesi soal jawab yang selama nie tak terungkai malah tak terfikir, beliau boleh rungkaikan. Best kan?

Beliau selalu cakap, "Back row. Back row. I want person from back row ask me question today".

Maka, bila mana Izzani mendengar sahaja ayat itu, secara automatik Izzani akan menundukkan muka ke bawah sebab takut nanti Sir suruh aku yang tanya soalan. HAHA. Aku memang takde chance lah wehh nak duduk depan dalam kelas. Sampai lah lima belas minit awal pun, front seat mesti dah penuh. Pukul berapa lah classmates aku nieh sampai kelas yer?

Cuma cuma, erm erm, aku tak berapa boleh tahan duduk dalam position yang sama untuk masa yang lama. Tuh yang kejap-kejap silang kaki, paling tak pun, aku bersila jer laa dekat kerusi tuh. HAHA.

Okayy. Itu sahaja untuk kali nie. Aku ada salin-salin jugak sebenarnya fakta-fakta, cerita-cerita, dan auta-auta yang lecturer aku cakap dalam kelas yang aku rasa menarik untuk share dalam belog nie. Tapi, nampak gayanya hari nie tak sempat.

Maybe besok, lusa, tulat, tulit atau next week okayy.

Aku dah sangat tak tahan dengan mata kuyu nieh. Yayy! Aku dah siap print semuaaaaa nota. Printer pun dah macam penat jer aku tengok. Kejap-kejap berhenti, kejap-kejap berhenti. Kesian encik printer. Ehh, taknak encik lah. Encik untuk lelaki. Segan lah aku nak duduk lama-lama depan encik. Tukar lah. Tukar lah. Kesian Cik Printer :P

p/s : Aku malas nak watermark picture aku lah hari nie. Tak larat. Penat.

Assalamualaikum :)

1 comment:

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.