Thursday, May 20, 2010

BAS SEKOLAH punye pasal, kepala jadi mangsa.

Pada suatu petang yang biasa biasa saje, seorang adik menyoal seorang kakaknya.

"Cuba sebut BAS SEKOLAH."

Seorang kakak tadi menjawab soalan tadi dengan sopan santun;

"B-A-S--S-E-K-O-L-A-H.."
(sambil baring meniarap mengadap laptop dengan seorang adik tadi)

Seorang adik terus bersuara laagi,,

"Okayy, sekarang cuba sebut bila __________ buang satu satu huruf nieh.."
*isi tempat kosong dengan nama seorang adik tadi.

adik : kalau buang H jadi ape?
kakak : BAS SEKOLA.
adik : kalau buang A jadi?
kakak : BAS SEKOL.
adik : kalau buang L jadi?
kakak : BAS SEKO.
adik : kalau buang O jadi?
kakak : BAS SEK.
adik : kalau buang K jadi?
kakak : BAS SE.
adik : kalau buang E jadi?
kakak : BAS S.
adik : kalau buang S jadi?
kakak : BAS.
adik : kalau buang S jadi?
kakak : BA.
adik : kalau buang A jadi?
kakak : (*terus terdiam sambil berfikir. Lantas mengetuk kepale seorang adik.) Oi! dah dah. Takyah nak menyebut perkataan tak baik kat sini. Tak pasal pasal kene samak mulut tuh dengan cili api kalau abah dengar nanti.

Dua dua yakni seorang adik dan seorang kakak tadi pun tergelak gelak. Tak paham. Ape yang kelakar? Perkataan BAB* tadi kaah?

Satu kepujian untuk seorang kakak tadi kerana sempat berfikir sebelum menyebut BAB* tadi. Satu sangat lemah untuk seorang kakak tadi kerana tersangat sangat laah blurr mase seorang adik tadi bertanya dan membuang satu satu huruf dari belakang tadi.

Nota saje saje takde gune; Saya menggunakan 11 kali perkataan TADI dalam post ini.

Khidmat pesanan ringkas;
Jangan tiru aksi saya mengetuk kepala adik saya di rumah anda. Ini perbuatan yang dilarang kerana agak kekurangan keajaran sikit. Kalau nak ketuk, dengan lemah lembut dan sopan santun je, takpe.

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.