Friday, May 21, 2010

Entri tengah tengah pagi.

Bermula kisah di malam yang hening dah dekat dekat nak pagi. Bermessage message laa seorang lelaki dan seorang perempuan pada waktu itu. Memang orang orang orang kaan selalu cakap, orang tengah bercintan cintun memang tak reti tengok jam. Jam da tunjuk pukul 2.45 pagi pun, diorang ingat kaan baru 2.45 petang. "Diorang"? Ops! Tumpang terasa jugaak sudaah. HAHA.

Tak perlu explain laagi rasanya kenapa aku ulang orang orang orang sebanyak tiga kali. Untuk yang dah baca post di bawah, empat dari atas nie, sudah tentu faham. Kan?

"Titit..titit..", bunyik handphone kaler biru putih seorang perempuan tadi;(bunyik macam puppet itik kuning banyak saiz yang budak budak selalu bawak pergi masuk sama sama dalam tab mandi tuuhhh).

Aih! Payah laa nak gune seorang lelaki dan seorang perempuan sebagai kata ganti nama. Panjang sangat. Lebih mudah kalau guna panggilan XpressMusic untuk seorang perempuan, dan E-series untuk seorang lelaki tadi.

*Panggilan XpressMusic dan E-series tidak ada kene mengena dengan ape ape unsur kehidupan pun. Cuma sekadar untuk mengikuti perkembangan arus teknologi moden.

Aiitttt! Beralih tajukk laagi. Sambung Sambung. XpressMusic dan E-series pun berbincang tentang apakah maksud BERSUSAH PAYAH dari segi literal and technical meaning.

E-series : Yela, ape yang _____ cakap pasal bersusah susah tuh is rintangan rintangan dan halangan halangan,, kalau kite buat something, mesti ade rintangan dan halangan en, bermaksud kene bersusah payah laa kan, kalau taknak bersusah payah, tak yah buat pape la en sebab semua bende ade halangan which is bersusah payah laa definition die.

XpressMusic : Hehe. Betol betol. And kalau sesuatu bende tuh takde rintangan, tak de laa kite hargai, sebab senang jerr nak dapat en. Sebab tu laa, ade hikmahnye kenape rintangan or bersusah tuh wujud. Kan _____? Hee.

E-series : Haa, betol betol. Pandai puunnn :)

*Isi tempat kosong dengan kata ganti nama yang orang bercintan cintun selalu guna SAHAJA.

Point aku menonjolkan perbualan E-series dan XpressMusic tadi bukan laah untuk menunjukkan kemanjaan atau kemesraan mereka, tetapi untuk menyatakan bahawa si E-series sangat hebat. Haah? Sebab dia boleh buat ayat satu perenggan dengan satu noktah saje. Kalau aku jadi cikgu BM die, mesti jadi anak murid kesayangan aku punyaa laah. Confirm!

Untuk yang ade penyakit semput or asma, disarankan jangan baca meassage E-series. Kalau nak baca, tomakninah laa dulu dekat mane mane tande koma (,) yang nasib baik E-series ade letak dalam perengganye tadi.

Lagi satu, pasangan E-series dan XpressMusic di atas memang suke gune perkataan "en" dalam ayat ayat mereka, en?

Kisah TAMMAT.

3 comments:

  1. 'en' selalu gak gune..ahahha nak jugak~

    ReplyDelete
  2. ha'ah, mmg r x sdr jam kol bape..
    name ank dare, haram x bgon lgi..
    haha

    ReplyDelete
  3. anonymous - haha. bia laa. da dok umah sorang, tade sape nak kejutkaan tau. hahaa.

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.