Friday, April 29, 2011

Second year :)

Hari nie punye entri takde KISAH dekat awalan ayat sebab aku nak make it a special post


This post is dedicate to Rahman :)


So, for today, I've made this video (tak gempak sangat. pakai movie maker biase-biase jer). Just for you :)



Anda sangat istimewa. Dekat mana-mana, anda tetap ada. Saya tak pernah dan TAKKAN lupe anda. Dalam cerita itu, cerita ini, tempat itu dan tempat ini. Tak kira lah kalau saya cakap pasal Tan Boon Heong semart main badminton tangan kiri ker, pasal Jaden Smith comel pandai kung fu ker, anda tetap yang pertama.

 TERIMA KASIH.

Terima kasih sebab pilih saya. Terima kasih sebab message saya tanpa kira waktu. Terima kasih sebab sudi datang Jalan Duta lalu makan goreng pisang sampai muntah dengan saya. AHAHA. Terima kasih sebab sudi berganding bahu dengan saya buat GSC jadi sangat kaya. Seriously, sebelum saya kenal anda, saya lah orang paling mundur dalam dunie tentang wayang apetah lagi tentang movie. haha.

Lagi. Terima kasih sebab jadi lelaki pertama yang pernah berwebcam dengan saya. Sangat teruja pada mulanya. HIHI. Terima kasih sebab hulurkan bantuan bila mana perut saya buat masalah secara tiba-tiba. Terima kasih sebab call saya bila beberapa hari saya duduk sorang-sorang dalam bilik sementara tunggu exam EAP habis lame sangat.  Dan terima kasih sebab jemput saya datang raya rumah makan nasi lemak SEDAP. Saya nak tambah sebenarnya, tapi MALU. hehehe.

Tak mungkin saya boleh jadi segembira, sebahagia, sesenang hati macam sekarang kalau anda tak datang dalam dunia saya. Mungkin saya akan terus dengan dunia saya yang penuh dengan ilusi dan angan-angan. hehe.

Haa. Saya suka part nie. Orang cakap, kalau ade teman, bukan takat untuk berkasih sayang saja, tapi buleh juga dijadikan medium untuk belajar.

Ya. Sangat banyak dah saya belajar. Vocab anda sangat lah perghh. Saya mengaku kalah awal-awal lah. Tak boleh lawan lah dengan orang yang vocab sangat luas. HAHA.

Belajar bukan takat dekat kelas jer okayy. Dalam skype pun boleh ape belajar. Tahniah Izzani! Anda dah berjaya tambah vocab anda tentang majalah dan juga makalah, rintangan dan juga halangan. Anda juga dah  boleh betulkan ejaan anda, Ramadan ker Ramadhan?, dan juga dah belajar tentang penggunaan LAH dan KAN; Bayangkan lah atau Bayanglah kan. HAHA. Yang tak blah, belajar aplikasi Sains dalam kehidupan. Pasal kentut pun boleeehh. AHAHA!!

Anda. Anda dah sangat banyak buat saya ketawa. Lagi-lagi bila zaman anda suka buat GOTCHA! ahaha! Sabor jer lah. YM stuck yer bang? Baru lepas menangis yer bang? HAHA. Nampak tak? Betapa lurus dan telusnye saya. AHAHA!!! Tapi, hari demi hari, saya dah mula belajar dengan Google cara-cara untuk membalas kedendaman gotcha anda. HAHA. Tak de lah. Tipu jer. Saya kenakan anda balik secara kecil-kecilan saje. HEHE. Jangan mare. hee.

Yang kelakar bila kadang-kadang boleh pulak tertukar identiti bukan. Saya kuat makan, anda pun boleh jadi double kuat makan. Kah kah kah. Hahh. Betul ayat nie.

The longer you both being together, more same you will be.

Tapi, kadang-kadang saya buat awak syedeyh kan? Alaa, so sorry. Seriously, kalau boleh apa yang saya nak, anda gembira, anda ketawa, anda suke-suke. Senyum sikit :)

Sampai satu masa, yang kita kena terima demi belajar dan masa depan kita. Bila terfikir terus tanye dekat ibu, bile terfikir, terus counterback dengan fikir macam ini. Hahh. Ternyata kita boleh. Malaysia boleh! Kita lagi boleh! AHAHA. Anda dah dekat Gombak dah pun sekarang. Tinggal beberapa langkah jer lagi untuk menggulung segenggam ijazah. Teruskan usaha dan jangan lupe nasihat saya okayy :')

Tentang mimpi. Jangan risau. Mimpi tuh kadang mainan tidur, kadang boleh juga jadi kenyataan. Kalau rasa sunyi takde teman, takpe, McFlurry kan ade. Boleh buat kita, semakin hari semakin _________. hehehe.

HAHA. Setelah ditimbang kira, ditambah ditolak didarab dan dibahagi, ade berapa banyak sebenarnya post yang saya tuju dekat anda sepanjang dunia beloging saya nie haa? Kalau kira based on yang saya link kan nie, hanya separuh mungkin. Saya leave entri tahun 2011 punye sebab nanti makin panjang berjela lah entri kali ini yang dah memang panjang sangat dah nie. HAHA

So dear, enjoy the two minutes video that I've just made for you last night. HAHA. Thanks for everything you have done. You are really really really appreciated. LyMy forever. :)

With love,
Izzani <3
29th April 2011.

Sunday, April 24, 2011

Kisah KLBookFair'11 and us.

p/s: Tak smart en gambar-gambar dalam entri nie. C3 jer korang. Bukan Nikon D3100 pun. Tambahan pule aku malas nak edit-edit, watermark ape semua lagi. Harap memahami yer. hihihi.

Owhh. Aku sedikit rakus untuk hapdate benda-benda dalam peti belog aku nie. Aku ingatkan intro yang aku buat pada entri di bawah nak diguna pakai untuk cerita yang ini, tapi nak sambung, takut nanti panjang berjela macam tali rafia. HAHA.

Aku guna pakai intro aku di bawah balik boleh?

Waah! Hari nie sangat gembira bagi aku. Walaupun kaki agak letih, badan agak lesu, ahh, pedulikan itu semua! HAHA.

Jadi, perjalan sekitar KL Book Fair '11 tadi agak memusingkan juga kerana baru hari kedua, dan hari SABTU pulak tuh. Bas sekolah ntah berapa banyak dah tadi. Keluarga-keluarga lagi. Seriously, orang ramai gilaa. Upss. Orang ramai SANGAT.

Aku masuk PWTC. Aku pening. Pening ape? Pening cari toilet. Tiga kali jugak lah tanye orang. Sorang cakap kanan, sorang cakap kiri, sorang lagi cakap kanan balik. Jadi, aku ikut majoriti lah, aku ikut kanan. Nasib jumpe, toilet. ahaha!

Aku pun sebenarnya tak ade berniat nak beli buku ape-ape pun. Sekadar saje-saje nak bawak adik aku datang sebab dia minat novel kanak-kanak and dia nak tau macam mana suasana Book Fair tuh.

Saridah Hamid, Reja, Ain Maisara, semua adik aku tau. Aku? Haremm tak tau pape pun pasal penulis buku. Jadi, sempat lah beli due bijik novel untuk adik aku. Juara Kampung Badak Berendam dengan Duyung Diva & Si Tanggang.

Adik aku pilih buku, aku suruh letak. Dia ambik, aku letak. Seraya aku berkata, "Pilihlah novel yang macam akademik sikit..". AHAHA. Aku pun satu, memang tak lah kan orang nak baca novel akademi sangat. haha.

Tengah beratur dekat kaunter nak bayar.

Dah beli buku Ain Maisara sebijik, nak jugak lah ambil tandatangan beliau. Tapi tapi tapi, dan dan time aku nak beratur untuk adik aku, bodyguard tuh cakap, "Kak Ain nak berehat kejap yer". Aiseyhh. Tak dapat laa. =.="



Tangkap gambar kedai dia pun jadi lah. haha.

Lepas tuh, aku memang tak puas kalau tak round atas bawah sebanyak tiga kali. Sempat beli ais-krim lagi untuk adik-adik aku tak nak bagi diorang bosan tunggu aku lama-lama. HAHA.

Aku terfikir. Takkan dah datang tak beli ape-ape kot. Dua tahun lepas datang beli Medical Dictionary. Tahun nie? Ermm. Dental Dictionary? Nanti lah. Last-last mata aku terpacu dekat booth Gempak Starz. Hmmpph. Memang komik lah nampak nye. Lawak Kampus satu! HAHA. Aku ambik Lawak Kampus Log-In. Entah bila keluar ntah. Yang pasti aku tak baca lagi, jadi aku beli. HAHA.

Last sekali pergi makan. Ohh sebelum tuh. Nieh the best moment bagi aku untuk hari nie dan juga hidup aku. Cewah.


Tanpe plan ape-ape, tanpe janji nak jumpe ker ape, kita jumpe on the same date, at the same place, on the same event after two years. HAHA. Kebetulan okayy. Kebetulan. Sangatlah sukenye aku. Macam down memory lane pun ade jugak. hehe. Bak kate Rahman,

Tapi memang tak blah en, tarikh, tempat, awkward. AHAHA!! 

Tau takpe. Kelakar lah. Kalau dulu, masing-masing datang dengan kawan. Tahun nie, masing-masing datang dengan adik-beradik. haha!

Okayy. Last sekali, aku dengan adik-adik aku gerak pergi makan. Nak carik tempat makan lagi satu hal. Memang kena melintas pergi The Mall lah nampaknya.


Bukan tempat bersejarah ker ape yer. Nampak, Food & Shopping Avenue. haha.


Makan. Dan balik. Ehh, sebelum tuh. Tunggu Rahman dengan adik-beradik dia habis makan jap dekat sebelah McD. Dah makan, hai hai bye bye salam salam nanti jumpe lagi, dan balik lah ke rumah.

Jadi, pesta buku kali ini memang memberikan impak yang sangat besar dalam diri aku sebab aku sangat excited. haha! *Picit pipi dengan satu jari sambil gelak macam nigahiga*. hehe.

23rd April 2009 till then 23rd April 2011. Will remember this moment for the rest of my life. Easy say, Forever. :)

Saturday, April 23, 2011

Kisah sejam lapan belas minit.

Assalamualaikum.

Wahh. Hari nie sangat gembira bagi aku. Walaupun kaki agak letih, badan agak lesu, ahh, pedulikan itu semua! HAHA.

Opss! Kadang-kadang ade orang tak suka intro yang start macam aku. Aku tukar intro lah yer.

Hai korang! New Post nieh memang dah terbukak dari sejam yang lepas lagi. Tapi aku ade hal sikit tadi, membuatkan baru sekarang nak taip-taip ape yang patut.


Haa. Inilah hal yang aku sibukkan sangat tuh. HAHA. Seronok! Aisyah baru call aku. Kami sembang-sembang. Semalam birthday dia. Jadi, dia dapat call free. HEHE. Lame dah tak sembang. Jumpa ape tah lagi. Sangat lame. Tadi cakap dengan dia pasal Book Fair '11. Dia sangat jeles sebab tak dapat carik novel-novel dia. hee. Sorry Syah! Next time kite pergi together-gether lagi okayy. :)

Ape-ape pun yang penting, aku nak wish dekat kau study hard tau wehh untuk final exam nie. Aku pun tumpang cuak sekali dah untuk kau. HAHA. Aku doakan semuanya berjalan lancar okayy. Kau pun dah cakap tadi, kalau kau rase tension ker ape nak contact aku, jadi sila kan tau. Rase macam baru jer aku wish kau tahun lepas, tapi tup tup kau dah 20 tahun dah yer Syah. hehe. Tahniah! :)

Ingat ayat kapten,

Jangan lah nangis terharu sangat dengan message aku, karang susah nak study pulak. AHAHA.

Truly,
Izzani :)

*Nie surat kiriman rasmi wehh, tuh yang signature belah kanan. ahaha!

Kisah Mars and Venus.

Tak payah nak intro panjang-panjang. Dah. Jom kite review terus ape perbezaan lelaki dan wanita.

Orang lelaki lebih menumpukan kepada aspek fizikal manakala perempuan lebih menumpukan kepada perasaan dan kemanusiaan. Lantas, perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung tapi lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban. 

Jadi, tak hairan lah kalau aku cepat jadi lembik macam mashmello. Tapi, kalau bab bab nak kesian dekat orang, alahaii, dalam hati ade taman. :P

Bagi perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan, manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh. Jadi, jangan nak cabar cabar lelaki okayy! 

Tapi kalau same-same berkorban, same-same mengalah, same-same tak cabar-mencabar kan lagi bagus. Aman sentosa. HAHA.

Gerak hati seorang perempuan adalah lebih tajam dari seorang lelaki.

Jadi, kalau ade lelaki nak cuba bohong-bohong dengan perempuan, memang tak dapat laa. Instinct kuat kot. AHAHA.

Orang perempuan, kalau risau atau mengalami ketegangan akan menceritakan masalahnya, manakala lelaki lebih kerap mendiamkan diri apabila menghadapi masalah.

Takpe. Sharing is caring. Masalah awak, masalah kite jugak. AHAHA. *Izzani mengade*. hehe.

Seorang lelaki tidak perlu khuatir akan kesetiaan seorang perempuan. Sebab, orang perempuan apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain.

Ade jugak certain-certain yang tak macam nie. Tapi, nak buat macam mane, depends jugak kan dekat peribadi seseorang tuh macam mane.

Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun.

AHAHA. Comel jer. Sebab tuh lah aku perempuan. HEHE.

Dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, emosi wanita ibarat ombak. Maksudnye, bila seseorang lelaki marah atau merajuk biasanya tak lama, sekitar dua atau tiga jam saje. Tapi perempuan, marah atau merajuknye kadang-kadang sampai berhari-hari, buleh jugak sampai berminggu-minggu.

AHAHA. *Terasa aku. :P

Tapi, tak kira sebenarnya kita lelaki atau perempuan, kecil atau chubby, putih atau hitam manis, comel atau ciut, kita tetap manusia.

Tapi tapi tapi, Dr. Abbas ade cakap, salah kalau kita cakap Man and Woman are same. Maksud beliau, kita tak boleh lah cakap, "ape lelaki boleh buat, perempuan pun boleh buat". Not as easy as that okayy. Kite takde badan toughtough macam lelaki boleh angkat beban berkilokilogram. Simple example. HAHA.

Ohh. Kat mane tadi? Kita tetap manusia yer. Yer, kita tetap manusia. Manusia tuh ade persamaan iaitu masing-masing mempunyai hati dan akal. Jadi, gunakan akal yang ade untuk treat hati of each other. Barulah lidah tak tergigit, hati tak terluka, perasaan tak terkeciwe, dan merajuk tak lame. HAHA.

Terpikat dengan satu ayat,

Perbezaan ini bukan maksudnye untuk bermusuhan, tapi untuk menyedari bahawa betapa pentingnya untuk kita saling melengkapi. :)

*Ishh, aku tak tau lah umur aku nieh dah layak ker tak tulis benda-benda nieh. Tapi, aku cuma terasa nak terfikir pasal nie sebab tadi aku nampak dekat TV ade cerita Mars vs. Venus. Tapi tapi tapi *tapi lagi*, aku tak nak tulis Mars vs. Venus, instead, aku tulis Mars and Venus. Sebab ape? Renung-renungkan lah semula ayat di atas yer. hehe.

Sumber : agesshi.wordpress.com.

Thursday, April 21, 2011

Kisah untuk Najla.

Korang pernah ade tak kawan yang ade sangat-sangat banyak persamaan dengan korang?

Aku ade!


Nie baru sebahagian. Tak. Maksud aku sangat-sangat sebahagian. Banyak lagi aku rasa kitorang tak discover lagi. Tapi yang pasti, tiap kali ape benda yang Najla cakap, aku mesti cakap, "Aku pun!". AHAHA. Dan begitulah sebaliknya.

Najla, benda first time yang kita discover kita same birthday kite kan? Mase tuh kau roomate dengan Wani and Anati kan? Aku suke datang bilik kau sebab Wani selalu ajak kan. HAHA.

Aku buat entri nieh untuk kau sebab kau dah menyediakan medium game siput "untuk aku" dekat belog kau. AHAHA. Terharu :')

Najla, ingat tau weh ape azam kita.

Kita takkan layan orang yang bagi flyer-flyer benda-benda free dekat kita bila kita jalan dekat shopping complex! AHAHA. *Kelakar punye azam*

Okay laa weh. Main lah game banyak-banyak kot-kot boleh dapat gaji lebih. AHAHA. Kay lah weh. Bye! :)

Wednesday, April 20, 2011

Kisah.


APPETITE, cepat-cepat datang tau. Tak sabar dah nie nak makan banyak-banyak. :)

Monday, April 18, 2011

Kisah these stories are my own, from my heart flow :)

Kalau Natasha Bedingfield nyanyi "These words are my own, from my heart flow". Kali nie turn aku to be less word but have a meaningfull story.

Hari nie aku rasa macam tak nak cakap banyak sangat sebab aku dah copy paste orang punye doodle untuk buat ini cerita. Tapi aku bukan copycat sebab aku tak edit doodle dia jadi doodle aku dan sekarang aku nak credit kan kepada Doodlier atas sumbangan doodle yang terbaik!

And again, this is the jiwang story yang aku tersipu-sipu malu sambil menaip. hehe.

Belog bagi aku adalah satu medium yang aku boleh express penghargaan aku dekat setiap orang, sama ada keluarga aku, kawan-kawan aku dan sebagainya.

Jadi cerita ini pun tak salah untuk berada di sini sebagai salah satu penghargaan dari aku untuk seorang insan bernama _______. haa. Sambung sendiri. AHAHA.

Lets the story begin.....
Bangun pagi, kepala dah macam sarat, rasa macam semua neuron-neuron tersangat rajin berhubung antara satu sama lain.
Badan pulak dah tak boleh kalah dengan mashmello. Lembik-lembik jer lebih.


And I know once my handphone start ringing in the morning, pick up, hear your voice, ask me to perform the Subuh prayer. *Senang cakap, kejut Subuh. hehe.

Lalu aku berdoa semoga Allah memberikan kesejahteraan dan kegembiraan dalam hari-harinya.
And and, the black cloud that hanging over my head start to move away and you start shining my day :)


 Tak kira waktu. Tak kira masa. Tak kisah bila. Waktu aku sihat atau pun dah separa gila. AHAHA

 Lagi lah tak kisah kalau bab aku nak makan, sebab you always know me. "Dah kenal dah". Yer dok? HAHA


 Know what? This is the truth. The truth that comes from my truly heart.

Fuhh. Baru syewonok rase. The black cloud have moved and the shines come together with you on my day.

And last but not least,
Let's jom! :)

And I'm sure you will look double cuter on your older time. hihihi.

I was never tired of this life and it's not gonna matter if I fall down twice, cause I know each time I fall, you won't let me hit the ground. Thanks for being around.

RZ v(.^_^.)

 Okayy. Thats all. Thank you.

Saturday, April 16, 2011

Kisah The Ramlees and The only R :)

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan
Itulah sayang :)

This message is dedicate to Abdul Rahman :)

Siapa-siapa terbaca atau nak baca, boleh, silakan, tapi blushing sikit laa pipi aku. Segan. hihihi.
 
Rahman, saya suke sangat lah lagu nieh. Dari dulu lagi. Rasa macam dulu pernah buat ringtone jer lagu nieh. Klasik gilaa kan? AHAHA.

Currently we hear song from Zee Avi and others Indies right? Sekarang diorang dah buat tribute untuk lagu-lagu P.Ramlee. Soo nice! Jemput dengar lah babe! :)

Amboii, dengan belogs ber"aku-aku", dengan Rahman ber"saya-saya" pulak yer zany? AHAHA.

Dah lah korang, karang aku makin blushing siapa nak cover? hehe.

Okay dear, jemput dengar dan layaaann. LyMy v(.^_^.)



Kisah kawan yang sporting DAN?

Najla, pinjam gambar doww. Kejaapp jeeerrr. Nanti aku pulang balik yer. HEHE.

Kadang-kadang, bila kau tiba-tiba lost dalam dunia kau sendiri, kau tak tau mana hilang senyum, gelak dan tawa kau, aku recommend kan korang carik lah kawan macam diorang :)

Seriously, korang takkan menyesal. Aku beruntung aku dapat kawan yang gilaa-gilaa seporting macam depa, dalam masa yang sama pandai jaga diri dari sociality of life. HAHA.

Tak. Maksud aku, orang selalu cakap, kawan yang sporting adelah kawan yang boleh keluar-keluar, lepak-lepak, jerit-jerit, bising-bising, jalan-jalan sana sini dengan budak-budak lelaki sampai malam. Tangkap gambar pegang-pegang bahu, boleh bertepuk tampar sukati diorang. Heyy, kalau antare lelaki-lelaki tuh dah ade girlfriend, bapak jeles en girlfriend die. HAHA.

TAPI, aku bersyukur sebab aku dipilih untuk jadi kawan bagi mereka yang sporting tapi TAK melakukan perkara-perkara di atas, malah pandai menjaga diri masing-masing daripada menjadi seperti orang-orang di atas.

Kenapa point nieh yang aku highlight kan sedangkan banyak lagi maksud-maksud kawan yang sporting mengikut kamus intelek manusia. Otak dan akal laa.

Sebabnye, point-point lain macam kawan yang pandai buat lawak tiap mase, kawan yang boleh ajak tengok movie sampai tige empat pagi, tuh semua point yang biasa kita dengar.

Tapi hari nie aku membawa kepada point yang baru. Sebab ape? Sebab perkara macam di atas lah yang manusia paling susah nak elak. Nak carik kawan yang sporting KENA carik yang pandai bergaul dengan lelaki. Nak carik kawan yang sporting KENA carik yang boleh keluar, lepak-lepak malam-malam. Kenapa tak fikir, instead of carik kawan-kawan yang sporting macam di atas, baik aku carik kawan-kawan yang sporting TAPI pandai jaga diri dan tatasusila dalam masa yang sama boleh jugak aku elak diri aku dari gejala-gejala keluar malam dan sebagainya.

Peer pressure tuh paling kuat dong! Kalau dah nama korang duduk asrama, dua puluh empat jam korang bersama kawan-kawan (ade korang roomate dengan fellow ataupun warden ker?), sedikit, lama-lama jadi banyak pengaruh kawan tuh akan masuk dalam diri korang jugak lah.

Lagi satu, aku rase tuh memang dah tanggungjawab aku kot untuk carik kawan yang sporting seperti begini. Sebab ape? Sebab dengan cara macam nie, aku takkan risau kan ibu dengan abah aku, adik-adik aku, dan "uhukk!uhukk!" terbatuk pulak. heeee. Selalu orang yang terbatuk-batuk atau sengaja buat-buat batuk nieh ade maksud kan. Haa. Korang paham sendiri laa kenapa aku buat-buat batuk tuh. hehe.

"Eyh Izzani, kenapa dia pun termasuk jugak dalam senarai insan yang kau takkan buat dia risau?"

Senang. Uhukk!Uhukk! mane yang tak risau kalau girlfriend dia keluar dengan budak-budak lelaki lain sampai balik malam-malam?

Mungkin ade. Tapi BUKAN kami. BINGO! :)

Eyhh korang, jangan lah terikat sangat dengan point aku nieh. Sebenarnya banyak lagi maksud tersirat kawan-kawan yang sporting tuh. Tuh semua subjektif kan. Cuma aku tertarik dengan point nie buat mase sekarang.

Dear friends, Hamimah Mustaffa, Husna Syaza, Aisyah Mokhtar, Nur Fatin Che Mat, Syazleen, Ayuni Razak, Hanisuhana Hamidon, Ella Hamid, Afifah Asari, Siti NoornadiyanaNajla Aufa, dan Syazwani Sofi, you all make me grow up sebagai orang yang matang dalam mengajar erti hidup untuk jadi insan yang berguna. May Allah bless you all always and forever okayy. Take care friends whenever you be :)

 Okay korang. Sekian sahaje forum perdana dari aku orait. Aku sebenarnya macam tengah lapar di waktu-waktu hujan nie, tapi belum ade selera nak makan lagi. Heeyy! Tak diet laahh! Jap, kenapa orang selalu kaitkan hujan dan lapar? Hmmmm. Nanti lah. Aku akan fikirkan kemudian. HAHA.

Kisah Maharaja Lawak laagiii.

Izzani,
Tak salah kalau kau nak buat baik dekat orang lain.
Tak salah kalau kau fikir demi orang sekeliling.
Tak salah kalau sekali sekala kau mengalah.
Sebab kau percaya kan, kalau kita buat baik, akan dibalas baik.
Jadi, sila sabar okayy.
Nanti baik akan datang bergolek-golek,
haa, kau jugak yang untung bukan.
Owhh yeahh! :)

HAHA. Saje intro bagi gempak sikit. Baru SUPERB! kata orang. Owhh, bukan kata orang lah, aku yang kata.

Okayy. Tadi baru sampai rumah dalam pukul sebelas gituu. Abah ambik laa lepas abah habis tuisyen. Melangkahnye kaki aku ke rumah, Maharaja Lawak bergema, dan dan Nabil punye show. Memang masuk bilik letak beg terus TV laa nampak gayenye. AHAHA.

Sengal laah Nabil. Aku gelak macam dah tergolek-golek dah depan TV tuh. Ohh! Aku dah lama tak gelak sampai angkat-angkat kaki. Ahh, korang mane paham. hihihi.

Haa. Kat mane aku tadi? Gelak tergolek-golek depan TV yer. Iyerr. Betol. Serious. Tergolek punye pasal sampai terhantuk dekat almari. Sengal laah kau Zany. HAHA. Sampai abah cakap laa, "amboi kaklong, gelak sampai begitu sekali". HAHA.

Mane tak nye, Nabil buat muzikal pakai lagu Grenade. 4shared, tolong update lagu Nabil tuh peliissshhh. hehe.

JOZAN? Ohh. Jozan? Of corse laah best jugak. Ending depa tunjuk "baby" yang diorang rebut-rebutkan tuh. Syekaalii. Haameekk. Makcik Jaguh Kampung kot. HAHA.

Habis Maharaja Lawak, abah pulak sambung Mahasakti Lawak dengan berkata,

"Dah dah. Cancel balik Mustika tuh. Jumaat minggu depan suruh dia masuk balik". AHAHA

Dah lah Zany. Kau balik-balik jer hapdate pasal Maharaja Lawak. Orang lain pun tengok lah.

HAHA. Kay, bye!

Sunday, April 10, 2011

Affiq 15th birthday.

Selamat Hari Lahir,
MUHAMAD AFFIQ BIN ZULKIFLE.
10 April 2011.


"Affiq tembam, semoga berjaya selalu. Belajar rajin-rajin. Usaha untuk berjaya dalam PMR'11 nanti tau. Jadi anak yang baik, adik yang baik dan abang yang baik okayy. Jage diri baik-baik tau. Kaklong love you! Always always and always"

Kaklong selalu silap eja name Affiq en. Kejap-kejap eja Muhammad Affiq. Kejap-kejap eja Mohamad Affiq. AHAHA. Tapi kali nie betul en? Yayy! :)

Peringatan! Hadiah Earphone yang kaklong bagi tuh jangan ngade-ngade nak pakai mase tengah study. Mase study concentrate betul-betul. Pakai mase lain takpe, mase study, sekali pun JANGAN! Haa. Marah nie. Marah nie. AHAHA.

Kisah A Week with UNGS2030.

Salam semua! Lama sudah kita tak bersua ya. *Lama laah sangat*. Ahaha.

Eyhh. Aku hampir terlupa yang aku tengah update entri nie. Tak sangka, aku mengambil mase lebih kurang dua jam untuk kembali menaip entri nieh.

Dah dua jam rupanya entri nie remain,
Salam semua! Lama sudah kita tak bersua ya. *Lama laah sangat*. Ahaha.

Wuaargghh. Aku letih lah korang. Letih ape? Letih print print dan print. HAHA. Aku bukan sengaja melupakan entri nieh yang sepatutnya ditaip dua jam yang lepas, tapi aku tersangatlah sebok bermain dengan google, acrobat reader PDF bersama nota-nota UNGS aku dan juga printer dan kertas-kertas. Ahaa!

*Ape kau merepek nie haa Zany?*

Takde ape. Senang cakap, sekarang nieh aku tengah sebok print nota-nota UNGS2040 dan juga UNGS2050 yang bila di total up semuanya, ada lah lebih kurang 171 page. Wowww!

Bijak jugak aku print nota UNGS2030 awal-awal sebelum start kelas. Takde lah macam Albert Enstein sangat aku malam nie pening-pening nak print beratus-ratus page. hihihihi.

Okayy. Ape-ape hal pun, jom lah kita review-review dulu macam mane perjalanan aku A Week With UNGS2030 baru. HAHA.

Click to large, larger, and largest :)
First sekali, jadual. Ape? Timetable. Dapat ditafsirkan di sini secara ringkasnya, kelas aku mula pada pukul 9.30 pagi sampai 4.00 petang. @___@

Tapi, takde lah rase pack sangat sebab ade gap setengah jam mase pukul 11.00 pagi untuk rest-rest dan lunch di awal waktu. Sebabnya, lecturer lebih prefer untuk nak start kelas petang tuh pukul 2.00 petang sampai 3.30 petang. Jadi, kalau dah lunch awal-awal, nanti balik kelas pukul 1.00 boleh merebahkan diri di atas katil sambil menunggu azan Zohor berkumandang dan lantas boleh sampai ke kelas lebih awal. InsyaAllah. hehe.

Yang menariknya di sini, dalam masa satu hari, pagi sampai petang tuh, kami belajar, subjek YANG SAMA, lecturer YANG SAMA, kelas YANG SAMA, dan segala-galanya YANG SAMA. Sampai boleh jer tinggal file dan nota-nota atas meja sebab nanti petang senang pergi kelas tak payah bawak ape-ape. HAHA.

Jadual kali nie sangat nice. Rahman cakap, "Tak pernah pun jumpa jadual yang dia dah siapkan untuk setiap hari. Memang dirancang betul-betul nie". Tahu takpe babe! Dia siap dah tulis sekali tarikh, hari, dan time untuk Test, Submit Assignment, dan juga Final Exan. HAHA.


Jom! UNGS2030: The Islamic Worldview. Owh! Ape yang aku dah belajar dalam subjek nieh ape semua aku tak nak story-story sekarang lagi. Tunggu dah betul-betul habis subjek nie baru boleh cerita.

Tapi, ape yang aku nak tekankan sekarang, jom kita tengok, ape yang Izzani Zulkifle nieh dapat buat mase kelas UNGS.

Tidur? Nope!

Makan? Nasik tak, gula-gula ya.

Salin nota? Of corse! hehe.

Nota di separuh masa pertama.

Boleh tahan cun jugak lah lagi walaupun tulisan dah macam grrrr. Aku pun paham sikit-sikit jer ape yang aku tulis. HEHE.

Nota di separuh masa kedua.
Ahh. Yang nie tak cun. Kita zoom lagi dekat lah.


Bila mata dah terkebil-kebil, tangan pun mula lah nak buat-buat rajin. Bukan ngantok, tapi yelah, bila dah duduk lama-lama sampai kebas, tangan pulak asyik tak tau nak buat ape, maka, kreativiti yang terpendam pun diluahkan. HAHA. Lukis-lukis pun yang penting nota terus salin dengan tulisan bahasa Sanskrit aku tuh. AHAHA.

Aiihh. Amende lah yang buat nie Izzani oiii. =.="

Seriously, aku tak ngantok dalam kelas tuh sebab lecturer aku, Dr. Abbas dari Penang sangat suka bercerita. Syioookkk jer dengar. Dan juga Dr. Adil dari Pakistan sangat suka bukak sesi soal jawab yang selama nie tak terungkai malah tak terfikir, beliau boleh rungkaikan. Best kan?

Beliau selalu cakap, "Back row. Back row. I want person from back row ask me question today".

Maka, bila mana Izzani mendengar sahaja ayat itu, secara automatik Izzani akan menundukkan muka ke bawah sebab takut nanti Sir suruh aku yang tanya soalan. HAHA. Aku memang takde chance lah wehh nak duduk depan dalam kelas. Sampai lah lima belas minit awal pun, front seat mesti dah penuh. Pukul berapa lah classmates aku nieh sampai kelas yer?

Cuma cuma, erm erm, aku tak berapa boleh tahan duduk dalam position yang sama untuk masa yang lama. Tuh yang kejap-kejap silang kaki, paling tak pun, aku bersila jer laa dekat kerusi tuh. HAHA.

Okayy. Itu sahaja untuk kali nie. Aku ada salin-salin jugak sebenarnya fakta-fakta, cerita-cerita, dan auta-auta yang lecturer aku cakap dalam kelas yang aku rasa menarik untuk share dalam belog nie. Tapi, nampak gayanya hari nie tak sempat.

Maybe besok, lusa, tulat, tulit atau next week okayy.

Aku dah sangat tak tahan dengan mata kuyu nieh. Yayy! Aku dah siap print semuaaaaa nota. Printer pun dah macam penat jer aku tengok. Kejap-kejap berhenti, kejap-kejap berhenti. Kesian encik printer. Ehh, taknak encik lah. Encik untuk lelaki. Segan lah aku nak duduk lama-lama depan encik. Tukar lah. Tukar lah. Kesian Cik Printer :P

p/s : Aku malas nak watermark picture aku lah hari nie. Tak larat. Penat.

Assalamualaikum :)

Sunday, April 3, 2011

Kisah start dah short sem.

Salam. Hai korang. Aku sekarang dekat PJ dah. Ohh, I mean, UIA PJ. Short sem aku dah start dah.

Tak, sebenarnya, short sem nie dah start due minggu yang lepas lagi. Tapi sebab kitorang ambil subjek UNGS (Islamic Worldview) yang merupakan subjek main campus, so, kena tunggu lah result Streamlining corse untuk Kuliyyah yang diapply tuh dapat ker tak. Thats why start lambat. Lagipun lecturer nye bukan lecturer CFS. Diimport dari main campus (gombak or kuantan).

Dah. Korang tak payah pening-pening kira ade berapa banyak UIA dalam Malaysia nieh. HAHA. Tak banyak pun. Ade empat jer. Saya ulang sekali lagi, EMPAT jer yer. Pusat asasi ade DUA iaitu PJ dan Nilai. Manakala, main campus pun ade DUA iaitu Gombak dan Kuantan.

Okay. Di mane kita tadi?

Baiklah. Memangdangkan tadi dah settle register mahallah dan juga subjek UNGS, jadi boleh lah kita unpacking barang-barang ke dalam locker dan sebagainya. Eyhh, tuh pun dah settle dah tadi. HAHA

Tadi mase baru sampai, jumpa lah kawan-kawan, salam-salam, laga-laga pipi sebanyak tiga kali, kanan, kiri dan kanan. HAHA. Seronok rasa dapat jumpa kawan-kawan yang dah sebulan dua minggu tak jumpa.

Ermm. Ape lagi nak cakap nie? Ermm ermmm.

Ohh ya. Berkenaan dengan UNGS, wowww! kelas sangatlah full beb. Yang bagusnya dia dah siapkan jadual untuk setiap haribulan lagi tuh. Siap dengan tarikh test, tarikh hantar assignment and tarikh final exam. Efisyen kan. HAHA. Tak pe lah. Nanti bila rajin aku upload kay jadual aku. *nie komputer CC. paham-paham jer la kan, komputer CC nie selalu mendatangkan penyakit berjangkit. cuak den nak cucuk USB ker ape*

Cakap pasal bilik pulak. Sem nie aku dapat tingkat 1. Yayy! SATU. Tapi tapi, mesti dah segan nak naik lif dah. Nanti orang cakap, "alah, tingkat satu jer. naik laa tangaa". haa. Terpaksalah panjat jugak anak tangga tuh.

Alahai Zany, awat manje benor badan hang tuh. HAHA

Ohh. Pasal bilik lagi. Sekarang nie aku tak berdua dah dengan Ayuni sebab mahallah arrange-arrange macam mane ntah, tergabunglah kitorang (aku dan yuni) dengan lagi due orang. Jadinye, berempat lah kini aku dalam bilik.

Aku tak berapa kenal roomate yang lagi dua tuh. Tapi nampaknya macam sporting jer. hehe. Selamat berkenalan lah yer Izzani. HAHA.

Ehh, aku nie, kejap-kejap bahasakan diri Zany, kejap-kejap Izzani. Korang jangan keliru lah yer. Due-due tuh pun aku. hee.

Lagi ape? Lagi ape?

Takde ape dah kot. Sebab kelas pun baru nak start besok. Roomate-roomate pun belom beramah mesra bertepuk tampar lagi pun. Jadi, tak boleh nak cakap panjang-panjang lagi la kan. Wait okayy. HEHE.

Pesanan penaja : Aku bukak belog aku nie pakai Internet Explorer yang ntah zaman kurun ke berapa ntah. Yang pasti bukan yang latest yang icon die ade huruf e dengan jalur emas tuh laa. Yang nie yang huruf e dengan jalur biru same kaler dgn e tuh jugak. Pasalnya, PC nie punye Mozilla ape masalah problem ntah loading macam sampai nak aku berjanggut jer. Yaaaa, seriuos buruk gilaa jadi belog aku bila bukak dengan IE nie. Semuanya habis berterabur. HAHA.

Korang, kalau korang nak bukak belog aku (and belog siapa-siapa pun), bukaklah pakai IE yang latest or Mozilla or Google Chrome kay. Bukan lah nak kate lawa pun, tapi, sedap sikit laa mate memandang. HAHA. Kay, bye! Assalamualaikum!

Saturday, April 2, 2011

Kisah.

Aku kalau tak tahu nak bagi tajuk ape untuk entri aku memang aku tulis KISAH jer la yer.


Packing things up.

Printing all, ohh not all actually, just some of the UNGS notes. hehe.

Wake up tomorrow, go back to UIA.

Tadi mase print notes UNGS, mak aihh, panjang sungguh wehh. Nie ker yang aku kena hafal untuk SHORT SEM nieh?

Fuhh! All the best to me la yer! UNGS2030, UNGS2040, UNGS2050, be good to me okayy *tak paham? tanyelah budak-budak UIA. semua corse kena ambil kot subjek nie. bezanya cuma ambil dekat CFS or dekat main campus. tu jer. haha* 

Kisah Maharaja Lawak.

Malam tadi dengan perasaan gembira happy happy mendorong aku tengok Maharaja Lawak. Pada awalnye, sedikit keciwa bila tau Maharaja Lawak akan ditayangkan dekat Astro Warna. Adehh. Nak kena subscribe Mustika lah pulak. Hari tuh dah langgan, tapi sebab family aku jarang sangat tengok telebisen, jadinye, buat ape bayar lebih-lebih, abah aku cancel subscribe Mustika.

Lagipun, aku pikir-pikir, tak semua rumah subs Mustika, siapa nak undinye nanti. Tak untung lah deme. HAHA. Tapi, tiba-tiba keciwa bertukar gumbira bila habis jer Imam Muda, Prima ade Maharaja Lawak lah pulak. Ohh yesss!

Emmphh. Rupenye minggu pertama dengan kedua jer dekat Prima. T_____T

"Takpe lah. Nanti abah call astro suruh masukkan Mustika balik", kata abah sejurus itu.

Yes! Yes! Yes!

Guys, aku support JOZAN gegilaa sebab tiap kali diorang jadi hos Raja Lawak, tak kira intro ker, ending ker, lawak diorang tuh, adoyaiii, tegang perut aku. Ditambah pulak dengan Johan Soley-soley dalam Hantu Kak Limah.

Tapi semalam, diorang macam biasa-biasa sikit. Maybe sebab diorang dah selalu buat lawak kot. Jadi macam lawak diorang semalam biasaaaa jer. =.="


Ade satu part boleh tahan lawak laah. Part intro dia bila mana handphone Zizan bunyik.

Goyangg goyangg, goyangg kepala. Goyangg goyangg, goyangg kepala. AHAHA

Takpe lah. Next next week diorang mesti boleh lawak lagi bukan. HAHAHAdoiiii.

Nabil. Dah agak dah, dia memang antara nama besar pun dalam industri lawak tanah air nie. Seriously, lawak dia memang kelakar habis doww. Dengan loghat nogori nyo. Aku tak tau lah, kalau loghat utagha, aku bese-bese jer. Kalau loghat kelantan, aku selalu dok pehe. Tapi, kalau loghat nogori, aku selalu nak mengajuk sekali sebab loghat itu sangat cool. Apa kono ea jang?. HIHI.


Ala, tak sompek nak tunjuk napo kona lompang tadi. AHAHA. Aku pun tak sabor nak tengok napo dio kona lompang tadi.

 "Sifu selalu pesan, kalau jujur lawak kita jujur."

Jadi, buat lawak jujur jujur. Nescaya, orang pun nak gelak secara jujur. Lagi best, orang pun nak undi secara jujur. Tapi aku, takdo ea nak undi nyo. Takat undi aku sekeping duo, takdo naik ea peratus undi uh. Takat sokong-sokong topok tangan dari luar tv tuh buleh lo. HAHA.

Friday, April 1, 2011

Kisah Streamlining Result.

Alhamdulillah.

Let it be the first word for today. Syukur. Syukur Syukur. Orait. Thats all. HAHA.

Friends, hari nie aku HAPPY sangat okayy. Jadi, tak hairanlah kalau aku bersemangat nak tengok maharaja lawak sambil menyokong JOZAN dari luar televisyen. AHAHA.

Hari nie 1 April. Takde siapa buat April Fool kan? Kan aku dah cakap tuh bukan budaya kita. Takde kan yang buat kan? Orait. Good boy/girl. hee.


Okay. Jom cerita dari awal, sebenarnya, separuh hari nie, aku diselaputi (?) oleh perasaan sangat sangat sangat nervous yoww. Mane tak nye, CFS Website dah bagi tau awal-awal hari nie keluar result streamlining interview hari tuh.


Siapa tak nervous haa. Tell me huh =.="

Nervous tunggu result takpe lagi. Nie nervous yang menentukan hidup dan mase depan nieh. HAHA. Hari tuh, aku pergi interview untuk corse Dentistry. About the interview, later on I'll story story ya.

Dan hari nie. Jeng jeng jeng. HAHA. Lek luuu. Let me show you this first.

Haha. Corse Denti paling kecik sizenye sebab paling sikit studentnye.
Okay. Mase click dekat bulatan purple tuh, sambil tunggu dia loading tuh, jangan cakap lah jantung nieh dah macam mane. Seriously, laju gilaa gilaa sampai aku boleh nak terasa nak terkeluar jer jantung nieh. Nasib baik masih selamat. hihi.

And open!


Alhamdulillah. Overall ade 45 orang yang dapat, macam yang interviewer a.k.a Dean Kuliyyah of Dentistry cakap.  And ade 6 orang jer male students and the rest is female. hihi. Alhamdulillah jugak coz most of my friends are still together with me :)

"Seraya, hati berdetik. InsyaAllah, aku buat ini semua demi ibu bapaku dan juga masa depanku."
Ape yang aku tau, Medic ada 115 students yang diambil and Pharmacy 102 students. Congratulation untuk semua yang dapat Kuliyyah yang diapply *BM dan BI aku semakin hari semakin tunggang langgang nampaknye*. Tahniah kawan-kawan!

Woww. What a good feeling I have today. Thanks to semuaaaaa yang berade di sekeliling aku. :)

Nak pergi makan cekodok sambil layan Maharaja Lawak okayy. Silap haribulan, aku undi jugak si JOZAN tak pun MAN nie. hihihii.
Salam.