Saturday, May 15, 2010

Jumpa Taiping balik. :)

Orait, here the story is. Picture aku upload dekat next post nanti.

BERTOLAK. Untuk yang dari negeri-neak geri lain saya tak tau macam mane mereka gerak. Tapi kami berempat dari Lembah Klang; Rahman, Zafril, Mira Saf & Izzani, kami gerak naik bas pukul 9.00 pagi dekat Hentian Duta. Punye laa kelam kabut malam tuh macam mane nak sampai Duta sebelum pukul 8.30 pagi sebab dalam tiket tulis 8.30 pagi. Dah ade ker train pagi-pagi bute tuh. Aku of corse laa tak de hal, da stesen tuh depan rumah jerr. Yang due orang dari Shah Alam dan sorang lagi dari Bangi tuh macam mane pulak? Aiyoo. Tapi at last, mesti ade cara. Rahman gerak dengan Saf dari Shah Alam. Abah Rahman anta. And Zaf, pagi-pagi bute aku baru lepas mandi da message suruh amek dekat Putra. Dan sampai laah empat-empat orang dekat Hentian Duta.

NAIK BAS. dan sampai stesen Kemunting dengan selamat. Alhamdulillah. :)

Dekat TAIPING. Mule-mule pergi amek kereta dekat rumah atok Rahman and contact2 katenye budak Seremban dah sampai pagi-pagi lagi. Dyorang pegi melawat cikgu Zila dekat Hospital Columbia Asia. Pelik kaan? Ktorang punye laa fikir kat mane laa hosp tuh? Nie Malaysia, bukaan Columbia. Tak pe laa. Perut lapar, pegi makan dulu. Macam bese, mamak Pelita dekat TS atau nama scientificnye Taiping Sentral. HAHA. Dahh rezeki, takyah penat-penat fikir, rupenye hosp tuh sebelah TS. Senang jer laa. Lepas da kenyang terus pergi hosp.

HOSPITAL. Kelakar laa pemandu-pemandu "berhemah" batch aku nieh. Dok main pusing-pusing dekat hosp tuh. Mase tuh tengah hujan. Nak keluar kang basah. So, pemandu-pemandu nieh asik meng'adjust' kereta masing-masing supaya berada bersebelahan antara satu sama lain. Senang nak bersembang, dalam keta jerr. HAHA. Jadi, untuk penumpang-penumpang kereta Anib & Athin, mereka gerak pergi TS dulu sebab dah jumpa cikgu. Untuk penumpang kereta Rahman, yang terdiri daripada Rahman,Zafril, Saf, Fatin dan Saya,, kami naik pergi hosp jumpa cikgu. Oh Ya! lupa nak cakap. Mase nieh Fatin dah sampai dari Kelantan.

Yang tak tahan buah tangan untuk cikgu laa. Yela. Tak plan nak pergi en, ingat cikgu ade kat skolah. So, tak beli la pape buah tangan. Ape lagi, turun cafe, beli cupcake 5 bijik. Before masuk bilik cikgu tuh, pegang sorang satu bagi dekat cikgu. Ahaha! Laagi satu, melawat cikgu paaling lame kot. Sebab ape? Kami dok layan AdaMaya. Episod last laa katekan. Budak budak dekat TS tuh dah dok call call da. HAHA.

SERI MALAYSIA. Next, cerita pasal penginapan. Budak budak lelaki dah confirm ade penginapan. Free lagi tuh. Dyorang tido dekat rumah atok Rahman. Kami yang perempuan, Saf booking Seri Malaysia. Syok tuh, dapat tido katil Queen dalam air cond, nyenyak giler giler tidur sebab leteyh giler en. Dapat breakfast makan hotel laagi tuh. Makan cam bese bese jer laa. Roti, bihun, bubur, teh panas. Tuh jerr laa. Tapi dapat tido dengan selesanye memang best. Thank youu Saf. :D

TAIPING SENTRAL. Malam khamis tuh, da jumpa kawan-kawan lama yang da lama tak jumpa en, kami pun memusing musing di TS. Buat ape pun, wayang citer tak best. Pape pun, sampai sampai carik Pelita duluu. Lapar en. HAHA. Lepas tuh baru enjoy! Sampai leteyh leteyh giler badan, ngantok ngantok giler mate. Tapi seronok. Nasib tak sambung mandi swiming pool jer malam tuh. Kalau tak, tak tau laa dapat tidur pukul bape. ahaha!

MAKTAB. Bangun pagi pukul 8, pergi breakfast. Dah siap siap sume call budak laki, dalam pukul 9 cam uh, dyorang tengah siap-siap lagi. HAHA. Dan plus minus waktu waktu sume, kami gerak g maktab dalam pukul 10.30 cam uh. Sume kumpul dekat Seri Malaysia mase tuh. Kereta Rahman, Athin & Mirul Hakim. Dah sampai maktab.

JUMPA CIKGU. Cikgu first yang ktorang jumpa cikgu Dollah. Ketua Warden kita dulu. Batch kite memang suke buat bulatan. Mase jumpa cikgu tuh sume buat bulatan. Terharu, cikgu still ingat mostly dari kami semua nieh. HAHA. Dan untuk menunaikan tujuan asal, kami pun pergi pejabat, nak ambil sijil SPM. Dah dapat sijil, baru laa sume berpecah-pecah gerak ikut kelas masing-masing. 507; Aku, Saf, Fatin; masuk bilik guru, tapi mase tuh tak ramai sangat cikgu, ade kelas en. So, ktorang pun berjalan-jalan laa, masuk kelas kitorang dulu, yang sekarang nieh da jadi kelas 506. Tanye junior, kelas 507 dekat bawah da sekarang. Lepas da habis waktu skolah baru laa dapat jumpa cikgu Julia, cikgu Hasleyza dan ramai ramai lagi laah.

MASUK LIBRARY. Haha. Takde keje en. Sampai masuk Library ah. Haha. Tapi mase tuh ade Abang Zul, yang still kenal ktorang lagi. Die laah jadi tour guide kami bertige. HAHA. Dalam Library dapat laa jumpa Ustaz Munawar n Ustaz Syaifuddin. Dah tengah hari, budak budak lelaki pergi sembahyang Jumaat dan kaum wanita buat hal masing-masing. Untuk Aku, Saf n Fatin, kami pergi melawat atok Saf dekat Air Kuning. :)

PELITA. Macam biase, tempat kumpul kite memang laa dekat Restoren Pelita tuh. HAHA. Mase tuh dapat tau dyorang nak pegi mandi Burmese. Ahaha! Kelakar laa. Yela, dalam kereta tadi atok Saf ade cerita, mengikut cuaca sekarang, asik ujan jerr, bahaya mandi dekat Burmese uh. Takut tiba tiba datang Kepala Air. Aku pun bagi laah tahu dyorang pasal tuh. Sampai ke sudah dyorang dok cakap kepala air, kepala air. HAHA. Tapi last last tak jadi pun dyorang nak mandi. Sebab dah hujan satu, lagi satu sebab ramai yang dah nak balik dah petang tuh. Tiket kitorang pun puk 6.50 pm mase tuh. Kesian Zaf, tak dapat tengok Thomas die tuh. HEHE.

BALIK. Dah petang cam uh masing-masing pun bergerak balik ke tempat asal masing-masing. Aku, Saf, Rahman n Zaf, pun tunggu bas dekat Simpang Taiping dan naik laa bas sampai KL. Kami sampai dalam pukul 10.45 dekat-dekat pukul 11.00 malam jugak laa.

Thats all the story. Aku tau nie satu cerita yang sangat panjang. Actually banyak lagi unsur unsur lawak, kelakar, seronok, happy, enjoy sume dalam kisah journey ke Taiping nieh. Tapi tak boleh laa nak cerita semua kaan. Tak muat pulak blog nieh nanti. HAHA.

So, untuk kawan-kawan semua, Thanks a lot. Seyes bangun pagi tadi aku leteyh giler sampai bangun dekat tengah hari. HAHA. Tapi seyes jugak aku puas hati dengan journey nieh. Jumpa laagi. :))

2 comments:

  1. bestnye..rindu taiping jugak akak! :(
    nak pegi jugak.... huuu :((

    ReplyDelete
  2. haha,pergi x ajak pun!
    x pela,haha,kitorg g taun depan plak..
    wah,seronoknyer balik maktab,nak jumpa cikgu-cikgu gak..
    insyAllah,nanti kitorg lawat taun depan,
    p/s: akak,cepat upload gmbar! x sabar..haha..
    =)

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.