Actually aku tak habis lagi kan cerita raya by part aku tuh and aku ada hutang entri aktiviti-aktiviti Ta'aruf aku. Aku cuma sempat post pasal Ta'aruf briefly jer. Nanti lah. Cerita Ta'aruf yang "happening" tuh kendian takpe. HEHEHE.
Disebabkan semalam, hari nie dan besok kitorang macam free free lagi, lepak-lepak lagi, so, tadi, aku dengan dua orang lagi roomate aku pergi keluar bandar Kuantan. At-Tabari nie baru lagi bhaii. Semua barang takda lagi. Even ampaian pun kitorang kena create sendiri tau. Jadinye, tadi keluar tuh pergi beli ampaian lah, share duit dengan roomate, then beli tikar getah untuk the whole bilik, then beli macam-macam lagi kelengkapan asrama yang dah buat macam rumah sendiri.
Kitorang pergi bandar tadi tumpang senior. Payah nak cari teksi, dan bas macam biskut pulak kan dekat sini. Nak balik tadi laa, perghh, memang cobaan betul lah. Student UIA ramai buat delivery (ambil or hantar student). Call akak nie, tak free, call akak tuh, tak free, call pakcik teksi, dok tengah kenduri kahwin la ape la. Dekat dua jam jugak lah kitorang cari jalan macam mana nak balik Mahallah. Syukur jugak ada kawan roomate aku baru sampai UIA, mintak dia tolong hantarkan lah.
Bagus sangat-sangat UIA bagi permission dekat student first year At-Tabari bawak kereta. Memang needed weh kereta dekat sini. Tengok la, InsyaAllah, sebulan lebih lagi aku bawak kereta yer kawan-kawan. Boleh jalan beli barang dengan senang. HAHA.
Okay. Malam nie tadi kitorang roomates baru lepas kemas-kemas bilik. Shopping-shopping tuh tadi sebab nak cari barang kemas bilik lah kan. So, here we go. Aku ambil gambar bilik aku jer la eh. Nak ambil gambar the whole bilik, tak muat camera lah. And nak ambil gambar compartment roomates yang lain, sogan lah den en. HAHA.
Compartment as a whole. Tak termasuk locker. HAHA. |
Haa. Ini locker. Sikit punya gedabak locker nie. Dan yang penting. Tinggi. HAHA. Aku tak paham, semua barang-barang dalam mahallah nie tinggi. HAHAHA. |
Itu laa secara general nya. Secara specific-nya, takkan aku nak cerita satu-satu pasal bilik aku kan. HAHA. Setiap bilik, setiap orang lain-lain compartment diorang. So, korang tak boleh expect lah compartment kawan-kawan aku yang lain sama susun aturnya macam aku. Susun aturnya kitorang buat sendiri. Nak alih locker, nak pusing katil, nak alih meja, ikut suka lah, asalkan kitorang selesa dan tak mengganggu compartment orang lain. HAHAHA.
Okay lah. Sekian sahaja laporan dari aku, Izzani, Blok Tabari 4, Bilik 3.9, Compartment B, Mahallah at-Tabari, IIUM Kuantan :)
prgh. heaven gile compartment kau. hihi. jeles tgk
ReplyDelete