Friday, September 2, 2011

Raya Part I - Persediaan malam raya, dan pembikinan meriam.

Ohho! Bukan main beraya lagi dekat kampung tuh. Seminggu cuti bhaii. Jangan sia-siakan cuti yang ada. Memang seronok duduk kampung. Makan makan dan makan. HAHAHA. Lagi-lagi seminggu duduk kampung, memang makan makan dan makan kuasa tujuh lah gamaknye. HAHA. Bayangkan lah, malam raya tuh sampai raya kedua ketiga masak laksa dekat kampung. Laksa dan Izzani. Nampak tak keserasiannya di situ. HAHA.

Okay, biar aku update by part lah okay. Untuk Part I nie, mari aku tunjukkan gambar-gambar preparation malam raya serta adegan membuat dan bermain meriam. HAHA.

Pembikinan meriam pertama. Gali jangan tak gali tanah tuh.
Ini uda. Uda lah orang kuat meriam nieh. Kalau tak selalunya andak, tapi andak balik kampung lewat sikit kali nie. Uda ambil alih. HAHA.
Abah dengan Affiq. Yang nie main meriam tin. Gilaa kuat abah buat. Sampai pecah jugak lah tin tuh wa cakap luu. HAHA.
Main-main dekat titi.
Melayang jugak lah tin susu Fernlife tuh. HAHAHA.
Malam raya. Solat jemaah, tahlil dan takbir raya sama-sama. Tahlil untuk arwah atok tan yang dirindui. Sangat-sangat dirindui :')
Yang atas tuh rendang kerang. Bawah nie tak tau ape. Daging kot. Yang penting masak haruslah sekuali dan seperiuk yer kerana tukang makan sangat ramai dan hebat-hebat belaka. HAHAHA.
Malam raya. Pelita, bunga api, meriam, mercun dan yang sewaktu dengan nya.
Meriam kedua. Disebabkan meriam pertama agak comel bunyi nya, jadi, diteruskan pula dengan pembikinan meriam kedua yang lagi gempak bunyinya sehingga boleh buat gegendang telinga anda pecah. HAHA. Over!
Sekian. TAMMAT untuk Part I :)


0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.