Friday, September 16, 2011

Roomiesss pulak :)

Okay. Macam yang aku cakap kan, kali nie aku akan cerita pasal ROOMATES pulak. HEHE. There are SIX of us, from the same corse.

Masa hari mula-mula sampai tuh, serious, takde rasa awkward langsung sebab kitorang memang dah rapat dari CFS lagi sebab kitorang satu kelas masa sem last hari tuh, kelas UNGS. So, semua orang dah biasa lah between each other.

Masa hari first sampai tuh, tak sempat nak bertegur sapa sangat. Masing-masing kemas compartment masing-masing. Tau tau lah masa tuh. Bilik macam setinggan habis. HAHA. Korang bayangkan rumah yang baru siap, orang nak masuk pindah, macam tuh lah suasana bilik kitorang masa tuh. Barang-barang semua berhabuk, lantai berdebu. Errr. Memang kitorang masuk bilik kena pakai selipar tau masa tuh.

Beberapa hari jugak lah kitorang berselipar dalam bilik. Especially masa minggu Ta'aruf. Memang tak sempat nak kemas bilik sangat. Bangun awal pagi, balik tengah malam, so, memang redha jer lah pakai selipar dalam bilik. Sampai lah hari last Ta'aruf, baru lah kitorang boleh kemas sikit-sikit. Tapi, belum start progress untuk bilik lagi. Baru sempat kemas locker, katil masing-masing. Besok tuh, baru kitorang keluar, cari kelengkapan untuk bilik.

See. Ini lah barang-barang kelengkapan bilik yang kitorang beli. Sikit punya banyak kan. Sampai ampaian pun kitorang beli sendiri. So, sila bayangkan lah betapa barunya mahallah nie sampai ampaian pun kena cari sendiri. HAHAHA.
Balik tuh. Solat, makan-makan semua, dan bermula lah sesi mengemas bilik. Mop tiga empat kali. Masa diorang mop tuh, aku tertidur weh. HIHIHI. Bangun-bangun jer diorang dah mop. So, aku ambil lah tanggungjawab menyapu. HEHE. Lepas tuh pasang tikar getah for the whole room and compartment masing-masing. Dah settle, baru lah kitorang boleh letak selipar dekat luar. Lega rasa. Memang perubahan habis lah. Boleh masuk Casa Impian aku rasa. HIHI :P

Okay, cerita lain pulak.

Okay. Gambar-gambar dekat atas nie gambar masa dua hari lepas Ta'aruf kot kalau tak silap. Masa nie kitorang plan nak pergi library. Before start class kan, nak tengok-tengok lah ape benda-benda yang kitorang bakal belajar. Tuh yang bawak beg bagai tuh. HAHA. Sekali library tutup, so, kitorang pun mengambil keputusan untuk berjalan-jalan, sambil hirup udara pagi, sambil tengok Pertandingan Memancing Faizal Joran di Tasik Bandar. Seronok jugak owhh. Sambil makan bola-bola sebatang singgit tuh, cempedak goreng panas, dan aku, beli ayam seketul, nak meratah. HIHIHI.

Balik tuh kitorang plan nak pergi berkayak jap dekat dalam UIA. Sampai-sampai, abang guard tuh cakap, better kenal dulu siapa yang uruskan kayak tuh semua, baru plan untuk nak kayak. Yela, takut jadi apa-apa kan. Kitorang bukan pandai berenang sangat pun. HAHA. So, tak jadi berkayak, kitorang duduk lah dekat Post Guard tuh, lepak-lepak dengan pakcik guard sembang pasal UIA nieh sampai tengah hari. HAHA. Then, jalan kaki balik Tabari.

* * *


Ahaa. Dapat pun gambar ber-enam akhirnya. Nie gambar masa before kitorang nak pergi kelas hari Selasa hari tuh. From back (left): Fahmi, Bell, Tasha. Front (left): Syaza, Izzani, Liyana :)

Orait. Itu saje buat mase ini. ByeBye :)


2 comments:

  1. Assalamualaikum... welcome to IIUM Kulliyyah of Dentistry... InsyaAllah year 1 will give a strong basic of medical sciences... don't hesitate to come and ask us... InsyaAllah, we will help all of you...

    p/s: kesian kat korang kena belajar kat kelas sciences... takpe2, doa lah eh agar boleh masuk bangunan baru cepat....

    ReplyDelete
  2. @Mohd Herie Dahlan

    InsyaAllah. Hope that year 1 really give strong basic medical knowledge for our further studies. Anatomy, Biochem, etc. Hope that I can easily adapt with the situation in class; sooo fast lecture sambil salin nota, kadang2 x sempat. HAHA.

    Yup. Betul2. Harap2 boleh pindah bangunan baru cepat2. Our dental family from first batch sampai fifth batch boleh sit under same bangunan cepat2. :)

    Thanks Bro Herie. Thanks for the Ta'aruf night hari tuh. Second year awesome :) Baik sangat. :)

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.