Thursday, September 15, 2011

This week. Yes. A week.

Akhirnya aku bertemu weekend. Letih yang amat amat amat bak ang. Hari-hari bangun pagi, tunggu bas, naik bas, sampai kulliyyah, turun bas, pergi kelas, lunch, lepak dekat surau sampai zuhur, solat zuhur, pergi kelas sampai petang, tunggu bas, naik bas, sampai Tabari, turun bas, beli makanan, balik bilik, solat asar, makan, mandi, study, tidur. Cuba korang bagi tau aku, dok celah mana yang ada part untuk aku berehat goyang kaki selain waktu tidur yang amat berharga tuh? HAHAHA.

Serious weh. Duduk mahallah luar aku rasa macam pergi sekolah dah. Keluar bilik pagi, balik bilik petang. Ada break tengah hari yang panjang pun, takkan ada chance nak balik mahallah. Bertapa lah kitorang ramai-ramai, almost every classmates aku duduk dalam surau tuh sampai zuhur.

So, perjalanan kelas aku sepanjang seminggu nie, ayat pendek yang aku boleh cakap is LAJU. Woaahh. Aku tak tau nak kena kejar apa. Tapi serious laju gilaa weh. HAHA. Terkejar-kejar aku. Dengan nak salin nota nye, dengan nak absorb apa yang diajar nya. Kesimpulannya, memang aku tak terkejar lah. HAHA. Tulisan jangan cakap lah. Cakar ayam pun lagi cantik dari tulisan aku, aku rasa. HAHAHA.

So far, kelas Anatomy and Physio orait lah kan, sebab it is just a fact. Lecturer ajar dekat depan, confirm-confirm tak boleh nak ingat terus. But at least, malam tuh aku balik bilik, aku boleh Google mane-mane term yang aku tak faham, tak pernah dengar. Cari-cari dalam Medical Dictionary. Mana-mana segala tulang urat badan yang aku tak tau, aku boleh Google Image jer. Tapi, Biochem, ahh, memang tak terkejar lah wa cakap lu. HAHA. Aku follow ape lecturer tuh ajar, tapi serious aku tak sempat nak absorb pun dalam kepala aku. Aku baru nak absorb, lecturer dah next slide. Lagu mana tuh? HAHAHA.

Kelas Anatomy. Sorry lah. Aku memang tak de kerja sikit orang nye. HAHAHA.
Tapi aku faham lah. Tuh standard lah cara mengajar dekat universiti. Baru first block kot. Lama-lama akan biasa lah kan? :)

But, among all, aku paling suka kelas OBI (Oral Biology). HAHA. Dengan lecturer yang memang sangat berusaha mengajar sampai students faham. Tak terlampau laju dan tak terlampau perlahan. Paling best, slide dia memang simple tapi padat lah. Memang senang nak faham sambil salin nota dekat depan tuh.

Masa kelas Oral Biology : Dental Anatomy. Aku duduk belakang sekali time nieh. Tapi, belakang pun, belakang mana lah sangat. Kelas 46 orang jer. Yess. Sepanjang lima tahun nie. Itulah classmate aku, dan itulah roomate aku. HAHAHA.
Owh yer. Cakap pasal roomates, aku tak perkenalkan lagi roomates aku kan? Okay-okay. Next time ya. Aku rasa macam nak tidur sekejap nie. Letih sesangat dah. Memang seminggu yang meletihkan lah. HAHA. Time kelas cool lagi, time nak tunggu bas tuh. Di bawah sinaran mata hari terik menyinari, meng-sunburn-kan kulit kami-kami, haa, time tuh rasa macam nak pancit dah. HAHA. Okay bye. Salam :)

Psstt. Cepat lah kereta sampai Kuantan. :)

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.