Monday, September 5, 2011

Kuantan-Register-Taaruf.

Disebabkan pergolakan jiwa yang meronta-ronta untuk cuti di-panjang-kan lagi (tak puas lagi duduk rumah. hahaha), maka, cerita raya by part kian tersekat. HIHIHI. Okay. Ayat itu sangat bajet. Tak de lah. Korang sendiri sedia maklum, aku sedang busy-busy mem-packing barang-barang untuk masuk Kuantan. Pejam celik pejam celik, I'm gonna start my learning progress soon guys! AHAHA. Gila tak sangka. Dulu punya lah meraung masa dekat asasi sebab course aku tiba-tiba diberitahu kena buat asasi dua tahun. Tiba-tiba dah dua tahun dah rupanya. Cepat tak cepat masa berlalu.

Kali nie, aku tak nak lah upload gambar barang-barang yang akan aku bawak. Tapi, tak tau lah kan. Cakap jer gini, kang tup tup ade jugak. HEHE. Tak de lah. Serious aku segan dowh tengok barang kawan-kawan aku semua sikit-sikit jer diorang bawak. Yang aku nieh, barang-barang nye macam orang nak pindah rumah dah. HAHAHA. Tak de lah. Aku cuma malas nak runcit-runcit. Runcit-runcit tuh la nanti yang buat barang makin bertambah dan makin bertambah dari semasa ke semasa. Bila cuti sem, tak tau nak letak barang dok celah mana. Tuh aku cuak tuh. HAHA.

So, besok, bermula lah kisah aku sebagai seorang pelajar degree. Actually besok tak de lah mula lagi. Besok baru register and minggu nie maybe Taaruf Week jer. Next week baru start class kan. Jadual dah keluar dah. Haa. Tau kan? Tau kan?

Kulliyyah of Dentistry :)

Yang paling aku lega, gembira, suka, akhirnya sampai jugak impian aku untuk duduk dalam course Dentistry nie. Bukan senang weyhh. Yup yup. Semua course pun bukan senang nak dapat tempat. Tapi, the only reason kenapa aku sangat takut dengan persaingan masa dekat PJ untuk dapat tempat dalam course Dentist nie sebab quota yang sangat sikit which is 45 orang JER. Memang aku dah berada dalam course nie dari awal-awal masuk CFS lagi. Tapi aku tak boleh berada di takuk yang sangat selesa sebab aku masih kena bersaing dengan kawan-kawan yang sama course, dengan kawan-kawan yang beriltizam untuk tukar ke course Dentistry ini, dan dengan kawan-kawan dari course lain yang pointernya hebat yang mana department sendiri akan offer diorang untuk pilih mana-mana critical course yang diorang minat.

Perghh. Nak tak nak kena lah jugak struggle maintain pointer above 3.50 , nak kena jadi outstanding masa interview lagi. Perghh. Yang interview hari tuh bukan calang-calang tuh. Dean KOD kot. HAHA. Alhamdulillah. Memang aku syukur sangat-sangat lah. Ini rezeki untuk aku, untuk abah ibu aku, dan untuk masa depan keluarga aku. Ececey =]

Orait. Aku akan sangat merindui cuti aku yang tiga bulan ini. Entah apa yang aku buat entah cuti sampai tiga bulan. Tau tau jer dah habis cuti. HAHA. Entah bila lagi boleh dapat cuti panjang macam nie. Cuti bersalin pun tak mungkin sampai tiga bulan. HAHA. Tapi yang pasti, aku nak berterima kasih sangat-sangat dekat cuti aku. Tiga bulan ini betul-betul memberi pengalaman yang baru untuk aku. InsyaAllah, akan jadi lebih matang.

Okay. Itu sajalah buat masa nie. Aku akan gerak ke Kuantan petang nie. Tunggu abah balik sekolah. Overnight dekat Bukit Gambang Resort City. Dengar ceritanya kawan-kawan yang lain pun ramai yang gerak Kuantan hari nie jugak. Almaklumlah, nak memenuhkan hotel-hotel dekat Kuantan tuh. Nasib tuh bandar, tak de lah susah sangat nak book hotel kan. Hotel pun bersepah agaknye. HAHA. Bukan apa, untuk course aku, kitorang kena register awal-awal pagi besok owhhh. Kalau waktu dekat rumah, aku pun belum bangun lagi tuh. HEHE.

Okay. Bye home. Ahh, rumah, gonna miss you so so much! Takpe lah, ada waktu senggang atau pun cuti, kaklong balik lah okay.

Kawan-kawan yang lain, Gombak or Kuantan, semoga selamat semuanya. Selamat ber-Taaruf juga. :)

Last but not least, just want to say this. Erm, Rahman, I miss you.. (.^_^.)

1 comment:

  1. wahhh. akak overnite kat bukit gambang ? dekat je ngan rumah saya tu. ehehee. welcome to kuantan !

    all the best study !

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.