Sejak menjak tak sampai sebulan lagi semua universiti Malaysia yang bercuti dua tiga bulan tuh nak bukak, dan masing-masing pun mula melangkah semula ke tempat belajar mereka, aku pun lebih kurang jugak rasa kehangatannya. Walaupun kawan-kawan universiti lain ramai yang dah masuk tahun kedua, sedangkan aku baru nak masuk tahun pertama, tapi tak pe lah, aku bangga jugak sebab orang faham, "Student UIA, memanglah. Asasi diorang dua tahun kot". Yess. Dua tahun korang.
Universiti lain, matrikulasi pun, semua asasi setahun. Masa mula-mula masuk UIA, kitorang kena buat English Placement Test (EPT) and Arabic Placement Test (APT). Result tuh la nanti yang akan tentukan berapa tahun kitorang akan berada dekat asasi. Okay. Corse sciences yang ke Kuantan, memang susah la nak dapat setahun. Kalau dapat pun kalau yang EPT: Level 6, APT: Exempted/ Level 2. Aku? EPT: Level 6, APT: Level 1. Walaupun tak exempted English, tak pe lah Level 6 pun. Okay lah tuh. At least satu sem jer aku kena belajar English. And Arab, of course la dua sem. Nak habiskan Level 1 and Level 2. Result yang aku dapat tuh melayakkan aku untuk berada di asasi selama satu tahun setengah. Depends dekat course jugak. Ade course lain, result EPT dan APT same dengan aku, dapat jer buat asasi setahun. Ikut course schedule la macam mane pun. Sebabkan aku punye critical course, banyak subject Degree yang kena ambil dekat Asasi, tuh yang setahun setengah tuh.
Okay. Proceed. Tak kisah la dengan setahun setengah tuh. Setengah sem jer pun beza dengan orang lain. Tup tup, masa dah habis first year, keluar lah rumors-rumors (well, UIA memang femes dengan rumors. haha) yang kata course ke Kuantan semua kena extend dua tahun sebab dah takde intake tengah tahun. Intake setahun sekali jer sekarang nie. Gilaaa. Bila aku nak grad asasi nie wehhh? Dah elok-elok department susun schedule habis semua kena rombak. Tapi, dah lame-lame tuh, aku, malah kitorang pun dah boleh terima pun kenyataan tuh. Semua orang dah jadi cool balik. Tenang jer. Teruskan kehidupan seperti biasa. HAHA. Sebabkan reschedule nie la yang aku sangat heaven mase second year. Berbeza gila gila gila dengan first year asasi dulu. Kelas kalau start pukul 8.00 pagi, nak habis pukul 6.00 petang jer selalu. Tapi, masa second year, kadang-kadang ade hari yang takde kelas pun. Sehari dua kelas jer pun ada.
Meh aku tunjukkan subject-subject yang aku ambil masa asasi dulu.
Semester 1 09/10 (Long sem):
English Level 6
Arabic Level 1
Bilogy I
Mathematics I
Semester 2 09/10 (Long sem):
Arabic Level 2
Biology II
Chemistry I
Computer I
FIM: Understanding Islam
Semester 3 09/10 (Short sem):
FIM: Basic Themes of Al-Qur'an
Semester 1 10/11 (Long sem):
Chemistry II
Physics I
Semester 2 10/11 (Long sem):
Mathematics II
English for Academic Purpose *subject degree*
Semester 3 10/11 (Short sem):
UNGS 2030: Islamic Worldview
UNGS 2040: Islam: Knowledge & Civilization
UNGS 2050: Ethics and Fiqh of Everyday Life
*Tiga-tiga subject degree*
-TAMMAT-
Owh. Typo yang di atas tuh sebenarnya aku buat sebab ada lagi yang still keliru. Kenapa aku pergi Kuantan? Kenapa tak UIA dekat Gombak jer? Kenapa ada sesetengah pergi Kuantan sesetengah pergi Gombak. So, jelas-jelas dah aku buat mana course yang campus dekat Gombak, dan mana course yang campus dekat Kuantan. :) Selain tuh, ade jugak beberapa soalan yang sering diajukan.
Kenapa asasi UIA dua tahun?
Aku dah jawab pun dekat atas tuh tadi yer. :P
Kenapa course sciences campus dekat Kuantan?
Sebab dekat dengan hospital. Practical student sciences UIA dekat Hospital Kuantan kot kalau tak silap.
Kenapa course engineering tak dekat Kuantan sebab engineering pun course sciences jugak, sedangkan course Physical Science dekat Kuantan?
Aku dengar orang cakap sepatutnya macam tuh la. Tapi, engin dah kukuh dekat Gombak tuh. Meaning, mesin-mesin diorang ape sume tuh dah dekat Gombak. Takkan nak angkut pulak pergi Kuantan. So, tuh yang engin maintain dekat Gombak. Aku dengar orang cakap lah. Senior-senior dulu bagi tau kot. Entah. HAHA.
Takutlah nak masuk UIA. Kena belajar Bahasa Arab. Susah tak?
Lerr. Nak takut ape. Tapi, normal lah, aku awal-awal dulu fikir macam tuh jugak. Tapi, bila dah belajar, takde la rasa takut sangat. Belajar yang basic-basic jer. Serious sangat basic. Seronok jugak sebab boleh tambah ilmu bahasa lain kan. Bahasa Qur'an lagi tuh. Kalau awal-awal dulu, aku fikir, "Tak perlu takut. Arab tak masuk pointer pun". HAHA. Awal-awal dulu lah.
Kenapa ambil subjek Degree masa dekat Asasi?
Subjek degree yang kitorang ambil dekat asasi is, EPT, UNGS2030, UNGS2040 dan UNGS2050. Orang cakap sebab nanti masa Degree lagi banyak subjek nak kena ambil. Tuh yang kena ambil certain masa Asasi tuh.
Aku nak cakap satu jer. Awal-awal masuk, lepas buat EPT and APT, lepas dah dapat result dan lepas dah tau korang akan berada berapa lama dekat Asasi tuh, maybe akan rasa frust sikit lah kalau kena buat Asasi dua tahun. Tapi, percaya lah, lama-lama akan jadi cool balik dan rasa macam tak kisah pun asalkan dapat capai cita-cita. Beza setahun jer dengan kawan-kawan universiti lain. Lagipun, ada advantage dia sebab kita dah dapat course masing-masing sejak Asasi lagi. Yang tinggal untuk score pointer mengikut corse masing-masing dan untuk corse yang ade quota tuh, push diri untuk maintainkan pointer supaya boleh tersenarai dalam quota tuh lah. Dan lagi satu, kita cuma bersaing sesama student UIA jer. Tak de la kena compete dengan satu Malaysia kan. Advantage tuh :)
Dan untuk pengetahuan, corse yang ke Kuantan dah takde intake dua kali setahun, kecuali corse Physical Science kot. Untuk corse yang lain-lain semua intake setahun sekali jer. Sebab tuh la asasi student yang ke Kuantan, kalau tak setahun, mesti dua tahun. Takde yang setengah-setengah. Gombak still ade intake dua kali setahun, so, student asasi yang bakal ke Gombak, still ade peluang untuk buat asasi sama ada setahun, setahun setengah, atau dua tahun.
Waaah. Panjang entri nie. HAHA. Okay lah. Dah lame tak taip panjang-panjang macam nieh kan? hee. Okay. Nanti sambung dengan typo balik. hehe. :)
eh, best betol lah bace ni. teringat zaman muda2 dulukala. hahaha. XD
ReplyDeletehaha. masih ingat lagi subjek yang ambil tu.
ReplyDeleteaku dah tak ingat dah..:D
@SITI NOORNADIYANA
ReplyDeleteAHAHA. Same lah yana. Sebab teringat lah tulis nie. HEHE. :)
@Luqeem™
ReplyDeleteAHAHA. Ingat ape nye luqman, nie pun cek balik student portal. HAHAHA.
Boleh x exempted dari ambil EPT jika kita ada sijil IELTS? Berapa minimum band IELTS untuk exempted dari EPT?
ReplyDeleteSoalan APT ada kena buat essay ke macam mana?
ReplyDelete