Friday, August 19, 2011

Get ready right now, girl :)

Things to get ready. Hooyeaaahh. Nampak jer reaksi excited lebih, tapi dalam hati ade taman woo. Aku sayu nieh. Sayu nak tinggalkan rumah. Uwaaaa. Kenapa entah aku rasa cuti tiga bulan macam kejap. Kenapa entah aku rasa puasa sebulan macam, "Wah. Cepatnya sebulan tuh berlalu".

Macam nie -.-
Tak tau nak rasa apa nieh. Bercampur baur tambah tolak bahagi darab dah nie. Mood seronok nak raya. Tapi, bila mengenangkan orang di perantauan, aiseymaaann, mula lah sebak menyelubungi diri. HAHA. Mood happy nak masuk Kuantan, bila mengenangkan kepulangan yang dinanti, mula lah rasa kalau boleh nak balik KL cepat-cepat. HAHA. Camana nieh? AHAHA.

Tapi, tak pe lah. New experiences. Being positive. Be cool :) Kan?

Preparation so far so mantap. HAHA. Actually, kalau ditimbang kira memang about three weeks jer lagi Kuantan tuh bakal berdepan dengan aku. Tapi, untuk preparation, memang tak sampai tiga minggu pun lah. Aku rasa suntuk sangat dah nie. Imagine, next week, of course akan sibuk nak raya. Kemas rumah, cuci tilam, lap almari, mop lantai semua. Then, dua tiga hari sebelum raya, balik kampung. Kemas kampung, cuci tilam kampung, lap almari kampung, mop lantai kampung pulak. Paling tak pun, raya ketiga lah baru balik KL. Dua hari lepas tuh, Kuantan maaariiii. Ape lah sangat yang boleh buat dalam masa dua hari tuh. HAHA.

Jadi, aku dah start jugak lah settle up things mana-mana yang perlu di-settle kan. Rahman dah pesan, jangan bawak almari tuh dah laa. HAHAHA. Macam tau tau jer jumlah barang-barang aku memang setaraf dengan almari. HAHA :P

  • Laptop. Arghh. Ini masalah besar aku sekarang. Dengan batteri problem. Batteri tuh macam tak boleh nak berenggang sekejap pun dengan charger. Aku kahwinkan karang baru tau. HAHA. Windows not genuine lagi. Thanks laa member-member dekat facebook, gile bersungguh-sungguh nak tolong aku solve kan masalah not genuine aku nieh. But, Syukur aku ada really care abang sedara yang sangat baik hati. Nanti bila laptop aku dah pulih, aku cerita okay :)
  • Beg roda. Kah kah kah. Dari start cuti hari tuh lagi aku dah merengek-rengek nak beg roda. Kiddos punye Izzani. HEHE. Takde lah. Aku nak beg roda yang size sedang-sedang saja. Nanti kot aku nak balik KL selalu, takde lah nak kene pikul bag secara manual. HAHA. Dah beli dah. Thanks abah!
  • Stationary. Not done yet! Percayalah. Aku balik rumah hari tu dengan pensil box yang chubby penuh berisi. Tapi, selepas tiga bulan, pensil box aku dah lost weight, tinggal pen dua tiga batang yang dah hampeh takde dakwat lagi dah. HAHA. Adik-adik aku kebas maaa. Aku redha kan sajaa. HAHA.
  • Barang mandi, barang basuh baju, barang basuh pinggan, barang mekap. SETTLED! :) :)
  • Barang tidur. Err. Aku blur lah. Aku tak tau nak pilih nak bawak cadar mana satu. Selimut pun aku keliru. Nak bawak comforter ker, nak bawak selimut biasa jer. Suhu Kuantan tuh cane eh? Aku rasa better comforter. Err.
  • Barang dapur. Atau dalam kata nama lain, STOK MAKANAN aku. HIHI. Of course lah belum. Karang tak pasal-pasal roti expired aku bawak kalau beli sekarang. Lagipun, membeli stok makanan harus di-khas-kan pada satu hari. HAHAHA. Pelahap.
  • Electrical items. Buat masa sekarang nie, aku maybe bawak iron dengan toaster jer lah. Water heater aku takde lagi. Pinjam member punye lah. Tak pun aku beli air botol 5 galon tuh untuk stok sebulan jer lah. HAHA. Rice cooker, periuk belanga belum terfikir lagi lah. Tak tau lah kalau nanti kena fikir kan. Aihh. Kata kitorang duduk luar campus. Takkan tak boleh kot. HIHIHI. Saje. Sudah-sudah makan nasi bungkus jugak. HAHA.
  • Buku-buku. Aku tak tau lah. Aku selalu fikir nanti nak guna buku nie, nak guna buku tuh. So, aku bawak jer lah dulu buku Biology Campbell, Physics tak ingat brand, dengan Chemistry Raymond Chang (perghh. giler berat nak pikul tiga-tiga buku tebal nieh). Plus of course. Komik-komik aku WAJIB bawa. HAHA.
  • Pakaian. It's okay. Pakaian dua hari left before depart tuh sempat lagi nak packing. Takkan packing sekarang kot. Berhabuk baju dalam beg-roda-baru-beli-tuh. AHAHA. :P :P
Dah lah. Rasanya tuh jer kot. Ada aku miss ape-ape lagi tak? Cepat-cepat ingatkan aku.

p/s: Rasa macam senang sangat duit mengalir sekarang. Settle barang-barang aku nie jer haa dah beratus habis. Gilaa sadis. HAHA.

Dah lah. Aku kena berazam, belajar rajin-rajin. LULUS semua exam. Grad dengan title Dr. err err. Dr. Gigi jer lah tapi. HAHA. Lepas tuh kerja. Cek gigi orang banyak-banyak. Kumpul duit untuk ibu abah. Dan seterusnya membina keluarga bahagia. Ohhh. Keluarga bahgiaa aaa aaa. *nasyid*. Panjang pulak azam aku. InsyaAllah. Amin Amin Amin. HEHE. KChow!
Jangan ahh takut jumpa aku nanti wehh. Nanti bila dah start tahun clinical aku, aku jemput semua eh jadi patient aku. Jangan risau. Lambat lagi. Sempat lagi korang nak prepare physical n mental. HEHEHE :)
p/s/s: Tolong kejutkan aku awal pagi besok. Aku nak pergi jemput laptop yang dirindui aku tuh. Kalau terbangun lewat, alamatnya, terpaksa meredah kesesakan lalu lintas di kota raya KL nie la nampak gayanya.

4 comments:

  1. haha. banyak betul barang yang nak dibawaknya. aku hari hari last nak pergi baru settle kan semua benda. bila masuk uia baru menyesal..hehe

    lepas ni boleh la buat rawatan secara percuma..:D

    eh man gi US buat apa? huhu..

    ReplyDelete
  2. ohh. welcome to kuantan ! hehee. weather dia macam kl jugak lah akak. panas. tapi campus kan kat pinggir bandar, so area bukit2 kut.

    ReplyDelete
  3. @Luqeem™
    AHAHA. Sebab takut menyesal la rasa macam nak bawak semua benda. HAHAHA.

    Owh. Boleh-boleh. Kena prepare physical dan mental lah. HAHA.

    owh, die keje dekat sane.

    ReplyDelete
  4. @Fauzan Suhairi
    Owhh yeker. Kalau panas tak boleh pakai comforter nie. HAHA. Owh, kalau area bukit, harap2 cuaca macam Taiping, sejuk jer. HAHA.

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.