Manusia sekarang ramai yang takut untuk berani. Mereka takut untuk nak percaya sekali lagi. Mereka takut untuk nak berharap sekali lagi. Alasan mereka, aku tak nak kecewa lagi. Ciss. Prejudis. Come on guys! Cuba jadi berani sikit. Kau sedar tak diri kau tuh tabah. Kau sedar tak lembik-lembik kau tuh pun, kau masih ada kekuatan. Kau jer yang takut nak tunjuk kekuatan kau tuh. Mudah sangat mengaku diri tuh tak mampu.
Sepanjang bergelar pelajar misalnya. Percayalah, sampai satu tahap, kau akan dengar jugak rengetan kawan-kawan kau yang kata, aku dah malas nak belajar. Aku usaha kuat mana, aku stay up lama mana, aku minum nescafe banyak mana pun, result aku macam tuh jugak. Ahh. Alasan lama. Lapuk dah. Cuba kau fikir, "Habis tuh, kau tak nak belajar, kau nak jadi apa?". Bab-bab belajar, memang aku suka bagi harapan dekat orang. Aku rasa ralit sangat kalau orang kecewa sebab belajar. Kalau putus asa sebab belajar. Kalau boleh aku nak duduk belakang orang tuh, push dia, tolak dia sampai dia yakin dengan diri sendiri yang dia pun boleh berjaya macam orang lain.
Misalan lain, seperti jatuh cinta. Ada manusia kata, aku takut nak bercinta. Aku pernah dikecewakan. Aku pernah terluka satu masa dulu. Come on. Masa dulu tuh masa dulu lah. Memang kau susah nak lupa, tapi kalau kau tetap duduk di takuk lama, takut untuk jatuh cinta, sampai bila kau nak paksa ruang dalam hati kau tuh untuk kosong? Jiwa kau jer yang meronta, tapi kau tidak berusaha.
Aku hormat pendapat yang kata, aku tak mencari cinta sekarang sebab aku perlukan masa untuk sembuh, tapi, aku ada target bila masa aku nak mencari dan terima cinta semula. Ya. Aku malah sokong pendapat mereka. Tapi, aku tak boleh terima kalau orang yang kata, "Aku malas nak bercinta dah. Aku tak nak kahwin." Roomate aku dulu ada kata, jangan sesekali kata, "Aku tak nak kahwin". Kahwin tuh satu tuntutan agama. Kalau masin mulut kau, tak ke kau rasa menyesal nanti sebab tak dapat tunaikan satu tuntutan itu.
Banyak lagi misalan lain yang boleh kau kait dengan kehidupan kau. Sepanjang kau membesar,dari kecik sampai besar, pernah tak kau mengeluh tentang diri kau? Pernah tak kau kata kau tak mampu? Rasa letih? Penat untuk teruskan hidup? Ada? Tapi, cuba kau lihat diri kau sekarang? Dekat mana kau berada? Kau masih berada atas kaki kau sendiri. Itu tandanya apa? YA. Kau kuat! Mulut kata penat, tapi diri kau tak. Diri kau tetap dengan ego mahu teruskan hidup jadi insan cemerlang, gemilang, banyak wang. HAHAHA. :)
Ya. Jadi, cuba kita sama-sama untuk jadi berani. Dalam belajar, jangan cepat sangat mudah putus asa. Jangan cepat sangat nak melatah kata yang kau tak boleh buat exam, tak boleh jawab quiz. Jangan cepat sangat ambil keputusan nak undur diri. Kalau yer pun kau dapat result teruk, jangan lupa, kau masih ada peluang pada masa akan datang. Grab it! Dalam buat kuih raya, kalau hangit di cubaan pertama, jangan cepat kecewa, terus tak nak buat dah. Cuba lagi kali kedua, cuba lagi kali ketiga. Hasilnya mungkin cantik di akhir nanti :)
Aku cakap dekat diri aku jugak. Aku nie lembik sangat orangnya. Tapi setakat pengalaman yang aku ada, aku rasa aku dah cuba untuk jadi kuat yang boleh, tabah yang mungkin, dan berani. Apa yang sudah tuh sudah la. Tapi yela, sudah sudah pun, aku masih berharap yang sudah tuh tak akan jadi lagi. Aku mungkin berani untuk percaya, tapi, aku takut untuk terima LAGI dan aku takut kalau teringat LAGI. Itu kelemahan aku yang harus aku perbaiki dan aku kena usaha lebih lagi untuk itu.
Okay lah. So, sama-sama lah kita menggalas tanggungjawab sebagai manusia nie. Untuk diri kita jugak. Anggap sahaja masa kau ter-kecewa tuh sebagai penggalak untuk kau melonjak. Kalau kau tak jatuh, masakan kau boleh naik. Contoh mudah, kalau kau tak dapat result teruk, masakan kau tau kelemahan diri kau, dan masakan kau akan berfikir untuk lebih berusaha. Benda-benda nie semua lah yang buat kau lebih maju dalam hidup. Percayalah, masih ada harapan untuk kau. Jangan takut untuk percaya. Sekian.
0 comments:
Post a Comment
Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.