Tuesday, August 16, 2011

Mungkin aku pemakan, tapi ada kalanya tak. HAHA.

Orang ramai cakap, Izzani nie pemakan orangnya. Apa yang dia tak makan. Semua dia makan. Dia tolak batu dengan kayu jer. HAHAHA. Siapa cakap wehh? Tak semua benda aku telan okayy. Meh aku habaq mai sikit benda-benda yang aku tak makan. HAHA.

1. Sayur.


Wahh. Top tip top sayur duduk atas sekali, menang award #bendaakupalingtakmakan. HAHA. Siapa-siapa yang selalu berdamping dengan aku tuh memang dah faham sangat lah bila mana pinggan aku tak licin disebabkan sayur-sayur yang ditolak ke tepi. Sanggup aku asingkan sayur dulu sebelum makan. Masa dekat maktab dulu pernah aku makan cafe, aku akan order "Kueh Teow goreng tak nak sayur-1-Bungkus". Gilaa semart kueh teow aku. Boleh terus ngap! masuk mulut tanpa perlu mengasingkan sayur. Bagilah aku ape jenis sayur pun, selagi tak kena gertak dengan senapang gajah, selagi tuh aku tolak tepi. HIHI. Takde lah. Tipu jer. Ade la jugak aku telan sayur sikit-sikit. *Tuh pun kalau dah kena suruh* Tapi, serious sikit. Untuk aku nak telan sayur, nisbah nasi kepada sayur ialah 10:1 (supaya tak terasa sayur tuh). HAHAH.

2. Air jus.
Terutama sekali jus-jus yang fresh di-blender sebab akan tinggalkan serdak-serdak buah yang buat tekak aku rasa geli-geli sikit bila nak telan. Konsepnya sama jer dengan tertelan serbuk teh tuh (bagi aku laa). Kalau jus yang tak tinggalkan serdak pun, aku tak minum jugak. Tak kira lah dalam tin ker, dalam botol ker, dalam kotak ker. No No No. HAHA. Kalau yang ala-ala jus seperti Sunquick, Ribena, haa, yang itu Yes Yes Yes. HAHA.

3. Air-air untuk antibody.
Contohnya, Vitagen, Yakult tuh semua aku tak minum jugak. Aku tak ingat kalau zaman budak-budak aku pernah suka minum Vitagen ker tak, sebab minuman tuh kan macam kegilaan kanak-kanak. Tapi, yang pasti, sekarang nie memang aku tak minum lah minuman-minuman yang macam tuh.

4. Air teh sejuk.
Kiranya air teh kotak, air teh botol tuh semua aku tak minum lah. Krysantymum (cane eja wehh? tak tau nieh), Lipton ker ape suma aku tak minum. Even air teh yang bancuh dekat rumah, kalau dah sejuk, aku tak suka sangat. Sebab ape tak tau. Mungkin teh lebih tampak macho dalam keadaan panas kot (bagi aku laa).

5. Cincau.
Pemes jer bila dengar Soya Cincau bulan-bulan puasa nieh. Tapi, apakan daya, soya aku suka, cincau aku tak suka. Semua nie gara-gara kejadian masa kecik dulu. Aku adik-beradik ter-minum air soya cincau yang mana cincau tuh tak bersih *salahkan orang jual tuh. hehe*. Lepas beberapa minit berbuka puasa, semua adik-beradik aku muntah-muntah, uwek-uwek. Sejak dari tuh memang aku taubat tak minum cincau dah. Sampai sekarang. Adik-adik aku pun. Tapi, adik aku yang Affiq tuh dah pandai dah berjinak-jinak dengan cincau mula tahun nie. Tahniah laa. HAHA.

6. Susu.
Susu nie tak berapa ditekankan sangat. Susu yang aku tak minum adalah susu tepung dan susu kotak. Tapi sekarang dah boleh lah sikit-sikit nak terima minum susu kotak Dutch Lady tuh. Makan cereal pun dengan susu Dutch Lady jugak sekarang. Dah maju sikit dah. Wah wah. HAHA. Cuma, susu tepung la tak berapa boleh lagi.

7. Gula-gula berangin/mint.
Kalau boleh, ubat gigi pun aku nak pakai Kodomo Lion jer. HAHA. Aku tak suka lah suasana berangin dalam mulut aku. Memang lah segar, tapi rasa macam kembang jer mulut. HAHA. So, mentos ker, chewing gum ker, ape-ape lah gula-gula yang berangin, tak yah offer dekat aku takpe. Serious aku tak terasa kalau tak offer dekat aku pun. HAHA.

8. Tempoyak.
Err. Sebab ape eh? Tak tahan bau kot. Aku suka bau durian dan tak kisah pun dengan bau durian. Tapi aku tak tahan bau tempoyak. Ape beza eh? Bukan same jer ker? Entah lah. Mind set aku dah conquer kata bau tempoyak tidak se-hot bau durian. HAHA.

9. Kurma.
Tau. Korang mesti terkejut. Uwaa. Yang nombor sembilan nie lah yang aku paling rasa bersalah sekali. Kenapa aku tak makan pun aku tak tau. Tapi serious lah, bukan aku tak suka. Cuma tak makan. I should start to eat kurma one day. InsyaAllah. Tapi, kalau kismis, aku makan gila-gila punya. Sehari boleh habis kalau beli satu plastik.

Rasanya yang ini jer lah yang paling ketara aku tak makan kot. Kalau ada yang lain tuh, maybe minor-minor or maybe aku yang tak ingat. HAHA.

Jadi, cuba korang bagi tau aku, dok celah mana aku nak dapat khasiat, zat-zat besi, nutrition yang cukup untuk badan aku, sebab mostly makanan yang penting, yang bagus untuk badan, aku tak makan. HAHA.

Tak nak jadi macam nieh. Sedih jer tengok =.="

6 comments:

  1. sayur, kurma, tempoyak, gula3 mint. sama lh kita. heh
    ohh. komen nk gtau. aku tukar url baru. http://fhanizul.blogspot.com/
    sila lh update klu rajin :)

    ReplyDelete
  2. banyak nye x leh mkn!!! ak cume x minum susu ngan tempoyak je....tapi susu ak minum ngan cococrunch..honeystar ...cereal aa...sume bende ak mkn..ahahaha

    ReplyDelete
  3. seyes sume btentangan..except tempoyak

    ReplyDelete
  4. @하 니
    ahaha. yeker hani? banyaknye same. ade chemistry nie. hehe.

    ReplyDelete
  5. @Wan Zahidah
    AHAHA. Amboi. Badan comel jer, tapi semua kau makan yer. HAHA. Lagi satu, aku tak makan honeystar. haha.

    ReplyDelete
  6. @(.^_^.)
    AHAHA. Yeker? Yess. At least ade jugak yang same. HAHA.

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.