Ini adalah langsir sebelum. Langsir raya tahun lepas nama dia. See, siap tangga-tangga bagai dalam usaha menjayakan misi langsir raya Izzani ini. Almaklumlah, aku nie tak berapa nak tinggi. Langsir tuh pulak tinggi bak ang. Khidmat tangga sangat-sangat-sangat lah diperlukan.
Dan ini kemudian. Setelah berhempas pulas memasang besi #apentahname yang cangkuk-cangkuk tuh. Memanjat-manjat tangga. Usaha akhirnya berjaya. Langsir raya! HAHAHA. Gila bapak excited aku nie haa. Berjaya pasang langsir sorang diri. Tiga layer kot. Yang jarang tuh, yang tebal tuh dan kepala atas tuh. Semua layer asing-asing.
Dan sekarang aku sedang mengalami back-pain. Sakit belakang bak ang. Dok turun panjat turun panjat tangga. Unstable dah belakang aku nie haa. HAHA. Lagi satu, biceps aku tengah tegang sekarang nie. Keras dah macam bina badan dah haa. Lactic acid banyaakkk. HAHAHA. Tula, tak warming up dulu before pasang langsir. HAHA. Langsir tuh berat wehh. Serious berat gilaa. HAHA.
By the way, hari tuh, masa puasa hari ke-20, adik-beradik ibu kumpul dekat rumah aku buka puasa ramai-ramai. Memang tradisi lah tiap-tiap tahun mesti reserve satu hari untuk gather semua ahli keluarga buka puasa sama-sama. Ukhwah kekeluargaan itu penting yer anak-anak.
So, macam nie la lebih kurang suasana nya. Yang nie masa lepas tarawikh. Buat doa tahlil sikit. Yang nie tak semua lagi. Ada yang duduk celah-celah dinding, tepi-tepi almari. HAHA. Rasanya semua 10 orang adik-beradik ibu datang. Kalau tak datang pun ada wakil lah :)
Okay lah. Itu sahaja untuk kali ini. Aku nak melayan belakang aku yang sedang pain nie. Siapa ada, nak pinjam Yoko-Yoko. HAHA. :P
0 comments:
Post a Comment
Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.