Nabi s.a.w bersabda:
"Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antara kamu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para Malaikat-Nya akan mengucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur".
(Hadith Riwayat Ahmad)
Masa dekat CFS, aku selalu liat nak bangun sahur. Lagi-lagi masa duduk katil atas. OiiMakkkAiii. Malasnya nak turun katil, lepas tuh panjat tangga balik naik katil. Tapi, aku dapat roomates yang cukup baik. Macam mana aku liat sekali pun, diorang akan cuba untuk kejut aku dan hulurkan secawan air kosong dekat aku. Aku lalu minum sambil duduk di atas katil. Diorang tak nak aku rugi dengan keberkatan bersahur. Thank you so much Ayuni, Hanis, Ella, dan Pah. :)
0 comments:
Post a Comment
Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.