Actually tadi aku tak berjaya bangun awal pagi sangat laaah. Aku dah struggle dah tak tido lepas Subuh, taapii, celik mata, eyh eyh, 10.30 dah. HAHAHA. Terus pergi mandi siap-siap nak pergi jemput laptop aku. Aku malas nak tunggu tengah hari or petang sangat. Tau tau jer lah jalan KL nie. Tengah hari waktu lunch tuh orang ramai keluar office. Lagi-lagi hari nie hari Jumaat, lunch time lama kan. Kalau petang tuh pulak, jangan kata lah. Menangis kaki kau nak tahan clutch lama-lama (almaklumlah, bawak manual jerr. sobs T___T)
Sebenarnya macam nie. Laptop aku sekarang nie jika dikira-kira balik dekat nak masuk tiga tahun jugak lah umur dia. Ker dua tahun? Tak ingat. HAHA. Ada satu hari nieh, dia rosak. Memang rosak gila laah. Sound takde, windows corrupted, plus left mouse tercabut. Kah kah kah! Aku rasa aku takde lah ganas mana. HEE. Lepas tuh hantar pergi HP, settled!
Setahun lepas tuh kot, tiba-tiba wallpaper hilang, screen jadi hitam, Windows Not Genuine notification keep buzzing me. Arghhh. Apa jadahkah ini? Tapi, disebabkan aku tak nak menyusahkan abah nak kena hantar pergi HP lagi, dan memandangkan function-function semua okay, aku pun biar jer lah. Malas nak ambil kisah. Aku aim, nanti dekat-dekat nak masuk Kuantan nanti, baru aku nak rawat dan pulihkan balik laptop nie. So, setahun jugak lah aku pakai laptop dengan Black Screen macam bila bukak, kau masuk rumah hantu, scary gilaa ooiiii. HAHAHA. =.="
Lebih kurang macam inilah. Tapi yang nie bukan aku punya. Google punya. |
Dan memandangkan dah nak dekat masuk Kuantan, aku pun kembali lah dengan aim aku tuh. Nak baik pulih semula laptop yang hitam dan scary. HAHA. Mula-mula aku just ade idea, format balik. Thats it. Then, sajalah aku post dekat Facebook tanya kawan-kawan siapa pandai hal-hal computer nieh. Kot diorang ada idea lain. And thanks. Ada jugak lah member-member yang sudi tolong, share-share pendapat dan aku rasa aku boleh pakai pendapat diorang tuh. Diorang suruh aku off auto-update, then download WAT, then backup files, then format laptop, then run WAT tadi untuk mengelakkan gangguan notification not genuine tuh.
On the same time, aku tanya abang sedara aku, Abang Wan, dia pandai bab-bab computer nieh. "Abg Wan, kalau windows yang kaklong pakai nie not genuine, kaklong kena buat ape eh? Kena format dulu ker macam mane eh?" Sajalah. Minta pendapat yang lebih pakar kata orang. :)
Sekaaaliii, pagi-pagi buta, Abg Wan message, "Kaklong, nanti abg wan datang rumah ambil laptop kaklong. Abg Wan formatkan yang ori. Abg Wan ada CD and key die. Lepas format tak keluar dah genuine tuh." Yayy. Macam nak terus gembira loncat-loncat dah aku masa tuh. See. Caring gila. Padahal dari Sepang tuh. Berbasah-basah dalam hujan nak balik KL. Malam tadi Abg Wan datang rumah ambil laptop, dan tadi, aku pulak lah pergi rumah Along (panggilan untuk makcik aku, mak Abg Wan) untuk menjemput semula laptop aku.
Bravo lah Abg Wan! So, sekarang, laptop aku bukan sahaja dah kembali dengan wallpaper, dah takde screen hitam blank scary scary tuh lagi, malah, Abg Wan siap download kan sekali dah anti-virus, google chrome, skype and ape-ape lagi lah yang aku selalu guna. HAHA. Yang best, Abg Wan installkan program MiniLyrics. "Abg Wan, nie amende nieh?". "Owh. Yang tuh kalau pasang lagu ade keluar lirik dekat tepi nanti". Yayy! Boleh karaoke seorang diri lah lepas nie. Tak mumbling-mumbling lagi, atau gantikan lirik dengan Na Na Na Na Na bila tak ingat lirik. HAHAHA.
Lagu-lagu pertama yang aku pasang lepas Windows aku berwajah baru adalah lagu-lagu Outlandish. You should have a try guys dengar lagu-lagu Outlandish nie. Youtube lah. Best. Aku suka. Nanti lah aku list kan lagu-lagu dia yang aku suka. Orait. Sorry. Ter-over excited pulak. Aku perempuan. Manalah paham hal-hal laptop nieh. Serious. Haram jadah aku tak paham. HAHA. Tuh kena rajin tanya tuh. Okay lah. Nak kemas kini balik dah laptop. Masukkan balik file-file yang di-back-up apa semua. KChow! :) Salam.
macam dapat laptop baru beli plak kan zani. heee.. ^^
ReplyDelete@SITI NOORNADIYANA
ReplyDeleteHAHA. Yup. Betul tuh yana. hee :)