Monday, August 1, 2011

Ramadan untuk aku.

Cer tengok sikit bile last aku update belog. 25 Julai? Ohh. Apakah? Mana pergi Izzani yang kalau boleh setiap hari mesti ada satu entri dalam belog dia? Mana? Mana? Mana?

AHAHA. Ade laaah. Sini! Tak tau lah korang. Aku takde cerita besstt punya yang boleh share dengan korang tiga empat hari sebelum nie. Lagi pulak aku baaaruuuu jer sampai rumah hari nie. Betul-betul baru. Takde lah baru sangat. Petang tadi lagi dah sampai rumah. *Hahh? Mula dah ayat #lintangpukang aku* Maaf. HAHA. Aku ade percutian secara mengejut weekend yang lepas. So, nanti lah aku cerita okay. Bagi aku settlekan dulu mane yang lebih penting.

Tentang PUASA. Siapa cakap benda nie tak penting, meh aku babap sikit! AHAHA! Guraugurau.

Jadi saudara-mara, kawan-kawan, sahabat handai sekalian, penyimpan mohor besar raja-raja yang baru tuh dah announced dah besok puasa. Aku terkejut jugak tengok penyimpan mohor besar raja-raja tuh dah tukar. Aku ingat yang lama tuh lagi. Kalau yang lama tuh aku tau gaya beliau. Boleh aku ikut dia cakap bila beliau nak announce tuh. HIHIHI. Agak kurang kesopanan yer di situ Izzani. Emm. Takde lah. Aku cuma excited :)

Kenapa aku excited? Cukup sekadar aku cakap, aku dah lama sangat tak rasa 1 Ramadan dekat rumah. Dah lama sangat tak berbuka dengan keluarga banyak-banyak hari dekat rumah. Last masa Form 3. Lepas tuh naik Form 4 and Form 5 dekat MRSM Taiping, memang yer lah kan aku nak balik rumah tiap minggu. Kot yer pun dapat berbuka dengan family waktu dah hujung-hujung puasa balik cuti raya. Tak ker sayu gitu?

Lepas tuh dua tahun dekat UIA, PJ. Memang lah jarak rumah ke UIA tak sampai setengah jam pun kan. Tapi, mana boleh balik hari-hari. Kot yer pun dapat berbuka dengan family, waktu hujung minggu. Berapa hari sangat lah hujung minggu tuh kalau nak banding dengan hari-hari.

Dan sekarang lah baru aku dapat rasa puasa fully dekat rumah. Betapa nikmatnya rasa nie. Serious cakap. Memang sedikit cabaran jugak lah kan puasa dekat rumah. AHAHA. Tapi, awak dah besar. Takkan nak kena upah sehari singgit dulu baru nak puase kot. Yer dok? HAHA.

Walaupun aku cakap macam nie, tapi entah kenapa aku rasa macam aku rindu pulak semua moments puasa sepanjang aku hidup berpuasa dekat Taiping dengan UIA,PJ. Kenangan korang. Kalau rajin aku cerita lah okay. HAHA.

Sebenarnya, sebenarnya, tak payah cakap, aku sendiri tau kenapa aku rindu saat-saat tuh semua. :') Okay korang. Dah. Jangan layan sebak aku nie. Baik korang layan ucapan Ramadan aku yang penuh bermakna ini. HEHE.

Saudara-mara, rakan-rakan, sahabat handai sekalian, Selamat menjalani ibadah puasa. Salam Ramadan Al-Mubarak. Semoga kita sama-sama mendapat baraqah daripada Allah s.w.t. Amin.

Jadi, selamat bersahur, selamat berpuasa, selamat berbuka puasa dan selamat menjalani ibadah dengan sempurna semua.

Barakallahu fik.

p/s: Ishh. Jari aku asyik nak tulis Ramadhan jer instead of Ramadan. Tapi, tak nak lah. Aku dah pernah cerita dah pasal kisah huruf H tuh. HAHA.

Die bukan kenakan Youu, die cuma bercakap benar. Tolonglah percaya. HAHA.

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.