Saturday, August 27, 2011

Double thinking.

Assalamualaikum. Salam Ramadan dan salam bakal-Syawal :)

Alalala, nampaknye semua umat Islam dah tak sabar menanti kehadiran Syawal/ Aidilfitri/ Raya yer. Setahun sekali, siapa tak gembira kan? Lagi-lagi untuk menyambut kejayaan kita selepas berjaya menunaikan ibadah puasa selama sebulan.

Teringat masa kecik-kecik dulu, "Siapa puasa tiga hari jer, dia boleh raya tiga hari jer jugak". HAHAHA. Disebabkan keghairahan aku sebagai budak nak sambut raya, punya lah bersemangat nak puasa penuh, sebab nak raya 30 hari. Cuak tak dapat duit raya bhaii. HAHAHA. Otak budak lagi masa tuh.

So, amacam persiapan? Macam mana pun persiapan anda, bersederhanalah okay :)

Tadi aku pergi Chow Kit dan Jalan TAR. Macam biasalah. Nak cari-cari lagi barang apa yang tak cukup. Kepala aku untuk kali ini kena fikir double korang tau. Satu, aku kena fikir apa benda nak kena packing-packing nak bawak balik kampung untuk seminggu. Dua, dah tentu tentu aku kena fikir barang-barang nak kena bawak pergi Kuantan. Tolong lah jangan dah last minute nanti ada lagi benda tak settle. Really really hope for that. HAHA.


Korang tau, Chow Kit dengan Jalan TAR tadi, perrghhh. Lautan manusia dan kenderaan semata-mata wehh. Aku pergi berdua jer dengan abah tadi. Mula-mula gerak naik kereta dengan abah. Tapi, keluar-keluar jer susur Jalan Kuching tuh pun dah jem, ape entah lagi nak pergi tengah bandar tuh. So, patah balik rumah, tukar, naik motor jer, settle! HAHA. Merempit lah aku dengan abah. HAHAHA.

Dekat Chow Kit tuh, aku pergi UO jer sebab aku nak beli track suit dua helai nak bawak pergi Kuantan nanti. Tak cukup seluar lagi. HAHA. Tau tau jer lah Chow Kit tuh kan, bukan ramai orang Malaysia pun. Senang cakap, kawasan Chow Kit tuh dah jadi kawasan orang _______. Malas nak cakap, kang orang cakap menimbulkan kekecohan pulak kang. HAHAHA. Tensi jer pergi Chow Kit tuh. Dah takde bau orang Malaysia dah. HAHA.

Lepas tuh, aku pergi Jalan TAR sebab nak cari tudung untuk baju raya. Baru sedar, baju raya aku takde tudung lagi rupanya. HAHA. Aku cuba bergerak dengan pantas lah. Abah tunggu kejap tepi jalan, aku masuk lorong Aked tuh, cari tudung cepat-cepat tapi tepat! HAHA. Tapi, depan SOGO tuh semua, memang tak boleh blah laa. Raaaamaaaaaaiiii gilaaaaaaaaa orang. Serious. Aku tak tipu. HAHA.

Okay lah. Yang dah nak gerak balik kampung tuh, semoga selamat pergi dan pulang. Moga-moga pulang nanti size perot maintain lah okayy. Jangan makin gebu gebu dah laa. HAHA. Aku balik kampung besok, lepas berbuka. Tapi, baju aku, satu hapah pun tak packing lagi.


Okay. Aku rasa aku kena start packing sekarang. Okbai! :)

p/s: Secara jujurlah, aku tak berapa ghairah pun nak sambut Merdeka. Bukan nak kata aku tak bangga, tak bersyukur ker apa. Tapi entah lah, perasaan semangat beraya telah overcome semangat merdeka tuh. Sorry lah okay. Sebijik bendera pun aku takde gantung. HIHI. Apa-apa pun, aku tetap anak Malaysia. Aku cuma nak jadi jujur jer. HAHA.

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.