Tuesday, August 23, 2011

Raya.


Baju raya dah siap tempah ker?
Dah laah wehh. Sebulan sebelum raya lagi siap dah. Kalau nak tempah last-last minute macam nie alamatnya, kau jahit lah baju sendiri. Taylor tutup kedai dah wehh.

Berapa pasang baju raya tahun nie?
Officially dua. Satu untuk pagi raya. Satu lagi Rahman bagi. HIHI :) Nak banyak-banyak pun, aku raya dekat KL seminggu jer pun. Tak tolak balik kampung lagi. HAHA

Ape tema warna tahun nie?
Tema Merdeka. Semangat patriotik sikit. Kan merdeka sekali. HAHAHA. Takde lah. Aku tipu. HAHA.

Tahun nie raya dekat mana?
Raya pertama, kedua, ketiga; kampung di Bagan Datoh, Perak. Keempat, kelima; Rumah, Wilayah Persekutuan KL. Keenam, ketujuh sampai habis sebulan; UIA, Kuaantaaaaannn.

Bila balik kampung?
Tengok lah. Dua tiga hari sebelum raya rasanya.

Kuih raya dah buat?
Aiihh. Salah orang lah kalau tanya aku. Aku tak belajar lagi nak buat kuih raya. Makan kuih raya aku pandai laah. HAHA.

Apa azam raya tahun nie?
Aik? Raya pun ada azam eh? HAHA. Azam aku raya tahun nie, pagi-pagi raya lepas solat raya apa semua, aku nak makan ketupat dengan rendang kerang. Aku nak makan tiga biskut favourite aku zaman-berzaman; biskut Nescafe, kuih sarang semut dan kuih semperit. Aku akan merindui cookies dan kuih semperit yang mama Rahman bagi raya tahun lepas. *Ade lagi tak tahun nie?* HEHE. Paling penting aku nak bermaafan dengan semua orang kerana diri aku juga seringkali khilaf dalam melakukan kesilapan.

Sekian. TAMMAT.

p/s: Cewah. Cewah. Dah tambah lagi satu tab laah dekat menu bar. Tumblr koott. Jemput-jemput lah melawat. HIHI :P


2 comments:

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.