Sunday, August 7, 2011

Memang berbeza, tapi dua-dua perlu.

Kalau korang perasan lah kan, aku selalu update blog time time orang dah tak online kan. Tengah-tengah malam, tak pun pagi-pagi buta. HAHA. Entah lah weh. Aku bila online siang-siang hari tuh, macam idea tak datang-datang untuk nak update. Tapi bila tengah-tengah malam, tak pun pagi-pagi buta, Yes! idea tuh berputar-putar dalam kepala. Sah! Aku dah macam nocturnal dah nie. AHAHA.


Jom kita cakap pasal satu benda yang berbeza ada pada lelaki dan perempuan yang aku baru lepas bincangkan dengan adik aku tadi nak?

Tadi, adik aku kakngah tengah sibuk-sibuk kemas stationary untuk exam Trial dia next week. Ape-ape pun, kaklong wish all the best dekat kakngah dan semoga berjaya dan dapat jawab dengan tenang okayy. Jadi, biasalah, dalam dewan exam kan tak boleh bawak pencil box. So, dia dok sibuk kemas barang dia isi dalam plastik. Mana-mana yang perlulah. Takde lah semua isi pencil box tuh letak dalam plastik. Tiba-tiba dia bermonolog sendirian, "Isshh. Kenapa barang kakngah nak bawak exam banyak sangat nie?"

Diam-diam aku pergi meja study dia, tengok-tengok barang dalam beg plastik tuh. Aku nampak ada pen empat batang, biru hitam merah semua ada. Lagi, macam biasalah, pemadam, pembaris, protractor, jangka lukis, sharpener, calculator, dan highlighter. Aku bersuara, "Haa. Memang macam nie pun lah perempuan kakngah". Semua blur. Apakah kaklong nie? AHAHA. Aku mulakan hujah.

Kaklong ade baca satu article ker ape ntah, die cerita pasal satu beza lelaki dan perempuan. Perempuan lebih suka berfikir secara jangka masa panjang, while lelaki lebih suka untuk berfikiran simple.

Merepek ape kaklong nie kan? HAHAHA.

Okay. Sebenarnya macam nie. Mengikut article yang aku pernah baca tuh, dia cakap perempuan lebih gemar untuk berfikir secara jangka masa panjang. Diorang suka fikir, macam mana kalau ini, macam mana kalau itu. Dalam konteks barang nak bawak masuk exam nie, sebenarnya, kita sendiri pun dah tau. Dah bertahun-tahun ambil exam, takkan tak tahu lagi, ape jer barang yang diperlukan. Kita sendiri tau, yang masa jawab exam tuh, kite cuma perlu pensil sebatang dan pemadam jer untuk paper objektif. Dan pen sebatang dan liquid paper, kot nak tambah, pembaris untuk paper essay (dikecualikan untuk paper yang perlu jangka lukis, protractor dan calculator tuh yer). Tapi, disebabkan insan bernama perempuan, dia akan fikir, macam mana kalau dakwat pen habis?, sedangkan pen tuh baru beli semalam, dakwat full lagi. Macam mana kalau paper BM nie ada kena buat kira-kira? Macam mana kalau pemadam tiba-tiba terpelanting meja sebelah? Dan macam-macam macam mana lagi laah. Sebab itu lah perempuan, paper BM pun bawak calculator, pen kalau boleh tiga empat lima batang nak bawak masuk termasuklah pen merah sedangkan kita tau, mane ade jawapan exam kena tulis dengan pen merah, highlighter pun nak bawak masuk, sedangkan dah tau, mane ade jawapan exam nak kena highlight-highlight bagai. Dan sebagainya.

Aku perempuan. Jadi, aku mengaku semua yang aku cakap dekat atas aku pun buat jugak dan macam tuh jugak cara aku fikir. AHAHA.

Beralih kepada lelaki pulak. Guys. Aku perempuan. Kalau aku salah andaian pasal korang, maafkan aku. Aku cuma meluahkan pendapat mengikut apa yang aku nampak dan apa yang aku baca. Untuk aku nak selami pemikiran sebagai seorang lelaki, serious aku tak boleh, sebab aku seorang perempuan. HIHI. :P

Okay. Lelaki memang lebih mudah untuk berfikiran simple. Korang pernah tengok beza pensil case lelaki dengan perempuan? Korang pernah tengok beza dompet lelaki dengan perempuan? Alangkah berbezanya. HAHA. Dalam konteks nak bawak barang pergi exam nie pulak, lelaki memang sangat perghh, sempoi giler korang. Kadang-kadang korang datang exam lenggang kangkung duduk dekat meja exam dengan steady habis dan keluarkan stationary korang yakni pensil sebatang, pemadam, dan pembaris dari poket seluar jer. Serious jeles gilaa. Betapa simple korang tak payah nak pikir panjang-panjang. HAHA. Aku tak tau, tapi aku rasa pemikiran macam ini boleh dikatakan cool. Sebab apa? Sebab mereka tahu apa benda yang perlu, apa yang tak perlu. Jadi, lebih baik jangan susahkan diri dengan memikirkan benda-benda yang tak perlu.

Dalam dua cara pemikiran nie, aku tak rasa ada salah satu yang lebih bagus pun. Sebab aku rasa dua-dua pun perlu. Dalam kata romantisnya, saling melengkapi antara satu sama lain. Cewah. AHAHA. =]

Bayang kalau perempuan alone nak uruskan semua benda. Boleh-boleh dia nak fikir sepanjang yang boleh kan. Silap haribulan, bila nak pergi berjalan, almari-almari mekap tuh dibawak sekali. Siapa yang nak betulkan kalau bukan lelaki. "Awak, yang nie tak payah bawak lah. Takde gune pun. Yang itu pun tak payah bawak lah. Buat berat beg jer", kata si lelaki. Dan bayangkan kalau lelaki terlalu simple, kalau keluar rumah, kalau boleh nak bawak duit jer dalam poket, dompet tinggal. Kot tengah jalan ada road block, tak ker naye nak jawab dengan uncle misai lesen tak bawak. Jadi, siapa yang nak mengingatkan kalau bukan si perempuan. "Awak, bawak lah ini sekali. Nanti pakcik misai marah. Awak, bawak air masak nie sekali, kot haus tengah jalan, jimat duit tak yah nak beli-beli air. Awak, bawak ini itu bla bla bla". AHAHAHA.

Positifnya. Yang perempuan, bila berfikiran panjang, boleh lah amalkan sediakan payung sebelum hujan. Kot hujan di tengah jalan, ada payung. Kot tengah jalan tiba-tiba terlanggar batu, berdarah kaki, ada ubat gamat dan plaster dalam beg tangannya. HAHA. Lelaki pulak dengan pemikiran simple, kalau nak kena travel dengan berjalan kaki jauh-jauh, tak perlu nak tambah beban dengan kendong beg berat-berat. Kalau nak masuk wayang, tak payah nak kena spotcheck dulu khazanah dalam beg. Bukan begitu?

Okay. Rasa macam takde nak cakap apa lagi dah. Yang penting, ingat aku pernah cakap dulu, perbezaan ini bukan maksudnye untuk bermusuhan, tapi untuk menyedari bahawa betapa pentingnya untuk kita saling melengkapi. Berbahagialah :)

5 comments:

  1. betul3..lelaki kan saling memerlukan perempuan.

    tapi lelaki dia menyesal sekejap je bila dia terlupa bawa sesuatu ke.

    ReplyDelete
  2. @Luqeem™
    AHAHA. Yeker? Lepas tuh dah tak menyesal dah? Yela. Menyesal lame2 pun buat ape en. HAHA.

    ReplyDelete
  3. hahaha so aku rse aku ni macam lelaki la kot.


    errr okay that's just weird.
    HAHAH =,=

    ReplyDelete
  4. @fawh
    AHAHA. Seriously. Baguslah. Tuh dipanggil multithinker tuh. HAHAHA.

    ReplyDelete
  5. @fawh
    AHAHA. Seriously. Baguslah. Tuh dipanggil multithinker tuh. HAHAHA.

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.