Mercun sekarang bukan meletup atas tanah jer. Siap baling-baling sambil mengharap mercun tuh akan meletup di udara lagi. Jadi, aku rasa, aku kena bawak payung pergi surau pulak lepas nie. Kot mercun tuh meletup atas kepala aku, tak de lah berkecai kan. HAHAHA. Over pule.
Halnye, nak pergi surau, nak balik rumah, mesti kena tempuh playground / taman permainan yang ramai dengan kanak-kanak, bunyi letupan mercun, percikan api mercun yang tunggu masa nak meletus dan sebagainya. Aku tak kisah pun diorang nak main. Biasalah, budak-budak. Hormone bermain dan bersuka ria tuh masih banyak. Aku pun pernah tempuh zaman kanak-kanak jugak.
Cuma yang jadi halnye, aku nie. Cuak lah bila tengok diorang baling-baling mercun ke udara. Kalau mercun tuh meletup masa on the way nak ke tanah disebabkan daya graviti bumi tuh, takpe. Paling tak pun, aku terkejut jer. Cube kalau mercun tuh terlanding atas aku, tak pun dekat kaki aku. Waaaa. Cane tuh. Cuak den.
0 comments:
Post a Comment
Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.