Saturday, September 3, 2011

Cerita stok makanan. HAHAHA.

Kita skip kejap yer Raya Part seterusnya.


Aku baru balik dari Tesco nieh. So far, barang-barang kelengkapan lain aku dah settle kan. So, macam yang aku cakap, membeli stok makanan haruslah dikhas-kan pada satu hari tertentu sahaja. Betapa special-nya makanan. HAHAHA. Kalau dulu dekat Taiping, setiap kali balik cuti, lebih kurang macam nie jugak lah. Tapi, takde lah sebeban sangat sebab balik rumah pun sebulan sekali, kadang-kadang dua bulan sekali. Tak cukup pun, hujung minggu boleh outing.

Then, cara berubah bila masuk UIA, PJ. Sebabkan rumah dekat, boleh balik tiap minggu, stok makanan pun beli ciput-ciput jer. Takat boleh cukup untuk seminggu is just nice. Kalau tak cukup pun, hari Selasa, waktu pasar malam, curi-curi lah pergi Cold Storage. Kalau tak sempat nak curi-curi pun, pau stok makanan Rahman laah. HAHAHA. Takde lah. Gurau jer.

Okay. Mari aku senaraikan stok makanan yang aku beli tadi.
  • Roti. Gardenia biasa & Gardenia Chocolate Raisin. Yang biasa aku beli, Butterscotch dah habis tadi. Plus aku fikir, Butterscotch selalu susah nak jumpa sebab demand tinggi. So, aku rasa, aku kena tukar selera supaya aku tak kempunan nak Butterscotch selalu. HAHA.
  • Air kotak Milo & Air kotak susu Dutch Lady Full Cream. Both untuk breakfast lah. Aku tak minum susu. Aku cuma akan minum susu bila makan dengan cereal. So, kesimpulannya susu Dutch Lady tuh aku beli untuk makan dengan cereal jer lah. Sebab tuh kotak kecil jer. HEHE.
  • Biskut : Chocolate Muchy's, Milna Rusk, dan Oat Crunch. Jangan pelik sangat lah kalau biskut Milna Rusk which is biskut baby tuh pun jadi stok makanan aku. Aku suka lah biskut tuh. Sedap, walaupun tak syesyuaaii dengan umur, tapi biskut itu SEDAP. Tak caya tanya roomate aku dulu. Aku selalu makan biskut tuh. HAHA.
  • Maggi. Asam Laksa se-packet, Maggi Cup Perisa Ayam & Tomyam. Biasalah. Makanan ruji budak asrama. Tapi seriouslah, masa dekat Taiping dulu, sebab nak exam besar, memang sanggup tahan makan maggi. Kalau makan pun lepas habis exam midsem ker, lepas habis standardize test ker. Tapi, dekat-dekat nak exam tuh, memang tak makan langsung. HAHA. Jangan risau lah, takkan makan selalu punya. Makan maggi pun bila dah tak da choice makanan lain bila perut dah kruk krak kruk krak. HAHA.
  • Milo Fuze 3 in 1. Yang nie minuman standard kot. Kita budak-budak asrama, 3 in 1 jer sudah. Lagi satu, aku tak berapa kaki caffeine (aku tak minum Nescafe sangat), so, Milo Fuze lah peneman di malam hari.
  • Nestum Nestle. Ahaa. Nestum tujuannya untuk dibancuh dengan Milo Fuze untuk dijadikan sarapan di pagi hari. Ini dinamakan Resepi Abdul =]
  • Magic Tiger cereals. Yang ini ala-ala Chococrunch jugak lah. Tapi cap harimau jer. Malas nak beli Chococrunch, mahal sangat. Baik beli sepacket yang banyak tapi murah :)
  • Keropok Roda, Keropok Twistiest Tomato dan Keropok Duble Decker perisa Ayam. Sajalah kudap-kudap di kala bosan. Mulut teringin jugak nak mengunyah kadang-kadang. HAHAHA.
  • Nutella. Apa lagi. Untuk sapu dekat roti lah. Sedap wehh Nutella nieh. Tapi tuh la, mampu beli yang kecik jer lah. Mahal wehh. HAHAHA.
  • Gula-guka Mentos. HAHA. Simple. Untuk mengelakkan rasa mengantuk di dalam kelas :)
  • Kismis hitam. Kalau tengah study dekat meja study, aku suka ratah kismis. Dari kecik lagi. Kesian roomate aku dulu (Ayuni), aku yang selalu habiskan stok kismis die. HEHE. Sorry yun! :)
  • Air Mineral Spritzer 500ml. Cukup lah sementara tunggu siapa-siapa yang bawak water heater. HIHI.
Okay. Itu sahaja. SAHAJA?? Apakah? HAHA. Jom jom siapa nak jadi roomate aku. Kita share share makan sama-sama jom. Aku takde lah berkira sangat. Kalau nak, bukak jer peti stok makanan aku. Aku tak kisah pun :)


0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.