Tuesday, March 1, 2011

Kisah panjang pasal inai.

Haaa! Terkejut tak? Terkojut takk? Bukak bukak jer keluar gambar tangan yang tak serupe tangan nie haa. Ahaha?

Pesanan penaja: Harap maaf. Saya tak berapa nak kreatif melukis menggunakan paint. Hihihi :P

Faham tak ape yang aku cuba sampai kan di sini?

Haa?? Tak paham?!!

Of corse laa. Gambar pun macam pelik jer kan. HAHA.

Takde ape. Sedang-sedang cuti sebulan nie, aku merajinkan diri pakai inai. hehe. Pakai sendiri jer beb! Semalam sebelah tangan, Hari nie sebelah lagi. Harap-harap warne nye sekata lah yer. Jangan kang kiri kaler oren, kanan kaler merah. haha!

Amboii, oren bebenor tangan yang aku lukis dekat paint tuh. Haha. Cukup laah sekadar gambar paint jer yer kawan-kawan. Aku nie penyegan sikit kang nak tunjuk gambar tangan semata-mata di laman sosial nieh. Orang cakap dekat tangan pun orang boleh interpret diri kita. Brrr. Tak nak lah. haha.

Okayy. Actually aku nak share sikit laa tips-tips atau cara-cara aku pakai inai. Nak pakai inai pun ade cara ker? HAHA. Nie semua petua nenek aku. Dari dulu lagi, kecik-kecik lagi aku gune care nie.

Pertamanya, aku lebih suke pakai inai serbuk. Ala, yang kene bancuh-bancuh tuh sume. Inai serbuk senang. Warne pun selalunye jadi merah and sekata. Kalau inai picit, die cepat merah, tapi cepat jugak hilang warnenye. And kene berhati-hati dengan tempoh mase nak pakai. Kalau lame sikit, dah jadi hitam. Kan dah tak cantik. Kalau inai daun pulak, payah sikit. Nak kene tumbuk-tumbuk sampai lumat. Kadang-kadang bile pakai, ade lagi kasar-kasar daun tuh. And warnenye tak berapa merah. Selalu jadi oren terang jer.

Keduanya, aku bancuh inai serbuk tuh guna air biasa jer, air paip. Tapi satu lagi bekas aku bancuh air asam. Sebelum letak inai dekat jari, basahkan dulu jari dengan air asam tuh. And lepas dah cover semua jari, ratakan jugak inai tuh dengan air asam. Tujuannye nenek aku cakap, nak bagi warna inai tuh tambah merah and untuk inai tuh jadi sekata. Tak de laa jari jadi celoreng celoreng macam baju bomba. hehe.

Ketiganya, aku lebih suka pakai inai cover semua jari. Bukan lah dari pangkal sampai hujung jari aku cover. Maksud aku, aku tak berapa suke kalau pakai dekat kuku jer. Bukan ape. Aku kan tak berapa kreatif. Kalau aku pakai dekat kuku jer, nanti mesti comot. Terkeluar-keluar dari kuku. Tuh yang tak lawa tuh. Nampak macam kuku aku herot berot pulak. haha.

Keempatnye, aku tak minat pakai inai yang corak-corak sampai ke siku tuh. HAHA. Overr aku sampai ke siku. Selalunye sampai ke pangkal lengan laa kan. Haa. Tak pernah pun aku try pakai inai macam tuh. Tak suke lah. Simple-simple sudah. HAHA.

Lagipun abah pernah pesan, "Kaklong, kalau kaklong nak pakai inai, even mase kahwin pun, jangan lah pakai inai yang corak-corak tuh. Macam tiru agama Hindu jer macam tuh".

Yayy! Abah, minat kite same! ehehe.

Kelimanya, nie cara mase zaman kecik-kecik dulu laa. Semua cucu-cucu, nenek aku pakai kan inai dekat kampung. Selalu pakai malam-malam, bukak mase pagi-pagi bangun tidur. Dan sebelum tidur balut tangan tuh dengan plastik. Ahaha! Kelakar giler kitorang sume beramai-ramai tidur pakai plastik. Kalau orang tengok, mesti cakap, "Ape ke jadah nye budak-budak nie?!". HAHA.

Ala, nie bukan bertujuan untuk ape pun. Nie bertujuan untuk taknak bagi comot jer. Tau-tau laa kan kite budak-budak dulu tidur macam mane. Malam kepala kat atas kaki kat bawah. Bangun pagi besok kepala dah ke kanan, kaki ke kiri. Ahaha! Macam mane tuh yer? Senang cakap, tidur lasak. Kang tercalit inai sane sini, tak ker habis lantai-lantai pun berinai. ahaa.

Ohh! Last-last, lupe nak cakap pasal tempoh waktu yer. Selalunye kalau inai serbuk, kalau aku pakai malam, aku bukak bangun tidur pagi besoknye. Kadang-kadang biase lah, katil pun dah penuh dengan inai-inai dah bangun tidur tuh. Terkopak-kopak dah inai. Tapi sebab dah kering kan. Takde laa katil pun berinai.

Untuk inai picit, aku pernah pakai sekali jer, tu pun tiga jari jer, aku pakai 20 minit macam tuh laa, pun bila bukak warne die dah macam merah nak ke hitam. So, aku tak reti bajet sangat laa inai picit nieh berapa lama nak pakai. Kejap jer lah yang pasti.

Tiba-tiba teringat buat homework dekat UIA. Kalau kawan-kawan nak tau, dekat UIA, bila kite buat lab report ker, essay ker, even soalan final exam Bio pun, kite kene tulis ape Islamic Perspective benda yang kite belajar tuh. Ini uniknye UIA! Ingat lagi, mase buat lab report Chemistry. Selalunye, kalau dah memang takde idea nak letak Islamic Perspective surah ape dekat experiment tuh, selalu letak Surah Yaasin, ayat 82, "Sesungguhnya, urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu adalah berkata kepadanya: "Jadilah" maka terjadilah ia". Sebabnye, semua kejadian dekat dunia ini memang fitrahnye macam tuh kan.

Uisyyy. Sampai mane dah kite nieh. HAHA. Berbalik pada Islamic Perspective tadi, aku teringin nak tau ape sebenarnye hukum pakai inai corak-corak sampai siku tuh. haha. Lagi sekali aku tipu. Sampai lengan jer laahh.

Mari kite Google!

Orait. Aku dapat sumber nie dari  IISLAM.COM. Dekat sudut diskusi-diskusi tuh. Banyak sebenarnye bile kite Google menerangkan hukum pakai inai corak-corak nie. Tapi aku ambil satu jer lah yang paling simple dan yang paling senang untuk kite faham.
.....Di samping itu, bukanlah salah satu daripada budaya Islam jika memakainya ala-ala tatoo, ia adalah pengaruh/ budaya agama hindu dan barat yang kedua-duanya adalah dilarang dalam Islam..... Sumber: IISLAM.COM.
Okayy. Penerangan moderator tuh sebenarnye panjang. Tapi, kalau nak tulis semua macam dah kene buat lagi satu entry lah pulak kan. Cukup lah sekadar yang paling simple mimple tuh. Yang lain korang boleh rujuk dekat mane-mane sumber lain.

Fuhhh! Dah lame tak taip entry panjang-panjang macam nie. Pancit sikit. HAHA. Okay lah. Nak pergi makan ice-cream. Terima kasih kerana sudi membaca. Korang bace-bace jangan sampai pancit jugakk. HAHA. Bye!

3 comments:

  1. tq for the info izzani..:)

    ReplyDelete
  2. wk2 kecik2 pown ak slalu pkai inai pastu balot tgn ngn plastik..
    hahaha
    rindu plk nk wt

    ReplyDelete
  3. tau x mcmmana nak ilangkan inai kat jari.. inai yg d gunakan adalah inai daun.. tapi dia jadi itam sgt n tompok2, so nak bunagkan sbb sgt comot la.. tlg.......

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.