Friday, October 15, 2010

Kisah blackberry di hujung jari.

Salam satu negara.

Hari nie aku nak share satu benda dengan kau orang semua. Selalu jer sekarang aku perasan masyarakat dunia dok pakai Blackberry, iphone segala gadget canggih-canggih gitu. Jeles jugak kadang-kadang rasa =__=". Wehee, kantooii. Aku jugak setia pakai nokia lima kupang xpressmusic sikit. haha.

Yelah. Zaman dah canggih pun kan. Orang update-update status dekat facebook pun takyah pakai komputer besar gedabak semacam tuh dah. Pakai gadget-gadget tuh pun dah boleh. Aku penah laa jugak try-try sikit-sikit update status guna handphone nokia kurang canggih aku tuh. Memang lah dia keluar perkataan via Facebook Mobile cenggitu.

Tapi hairan atau tidak anda, sekarang memang dah ramai suka-suki update status pakai blackberry dia tuh. Memang kaya rakyat malaysia semua nak pakai blackberry kan.

Tiba-tiba aku dapat solution. Memang betol lah zaman dah canggih. Tak payah beli blackberry pun takpe. Kau orang pun boleh update status facebook via Blackberry dah pun. Macam mana? Haa. Macam ini.

Langkah pertama. Tekan sini. Dan dia akan keluar macam ini (tunduk! tengok bawah).


Langkah kedua, klik dekat mana-mana application yang kau orang berminat, hatta kalkulator saintifik sekali pun, kot-kot teringin nak kenang zaman guna kalkulator 350 dulu.

Macam aku, gataii tangan nak pergi picit dekat application remote astro. Lantas, dia keluar sebegini rupa. Bila dah keluar sebegini rupa, boleh lah kau orang update status apa-apa yang kau orang suka. Haa. Nampak situ, aku ada dah try update satu.


Dan last sekali boleh lah pergi godek-godek dekat profile facebook kau orang masing-masing. 

Lepas aku dah godek-godek profile facebook aku, dia keluar laa macam gini.


Haa. Tuuuh. Jadi kan?

Kau orang macam mana? Jadi tak? Kalau jadi, sekalung tahniah dan tepuk tangan untuk diri sendiri. Kalau dulu masa aku sekolah, cikgu aku ajar bila kita berjaya buat sesuatu, kita kena angkat tangan kanan masing-masing, letak dekat bahu belah kiri, cakap, "pandai jugak kau nieh ________ (taruk tempat kosong dengan nama sendiri)". Boleh cuba.

Sekian. Wassalam.

2 comments:

  1. ouh cam tuh rupenyer..
    haha!!
    smart seyh!

    ReplyDelete
  2. haha.
    zaman dah tersangat lah moden kan sadiq. haha.

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.