Thursday, October 28, 2010

Kisah macam-macam, baru seminggu.

Lepas dah dalam empat ke lima hari duduk dekat sini untuk semester ini, macam-macam dah berubah tau. Baru jer sebulan aku cuti. Dah tukar itu ini. Mane laa balik-balik tak jadi pening kepala. Haha.

Satu. Sistem tengok jadual dia dah tukar. Kalau dulu mula-mula masuk sem satu kena rebut-rebut tengok group dan jadual kelas. Start sem tiga pulak kena register online. Tapi, masuk sem nie dua-dua sekali kena buat. Mula-mula cek nombor group, cek jadual. Lepas tuh pergi daftar online nak masukkan data dalam sistem. Satu benda buat aku pusing.

Dua. Kelas, group, classmates, venue, semua sama. Maksud aku, untuk subjek lain-lain, tapi classmate dan venue dia sama. Dan dan pulak group aku kelas dekat ABC. Tau ape? Bukan air batu campur. Tapi, Abu Bakar College. Mahallah brother, dekat floor bawah tuh ada kelas. Tak kisah laa classmate venue semua sama. Lagi bagus. Senang nak discuss apa-apa. Tapi tau ABC tuh berapa jauh dengan Mahallah Khadijah (hostel aku). Aku di hujung dan ABC pun nun di hujung. Jauh dan sungguh berbukit-bukau.

Tiga. Yang nie bukan apa pun. Cuma sem nie aku punya jadual sehari dua jam jer kelas. Ade laa hari Khamis empat jam. Subjek UNGS belom masuk lagi. Subjek nie jangan tanya, aku pun tak paham ambik sem bila. Kalau dia cakap ambik, ambik laa. Takda, sabar jer laa. Haha. Pasal kelas dua jam tadi, buat penat tau iron baju sampai setengah jam. Kalau nak pakai balik takpa tak? hee.

Empat. Perhatian. Cafe ZC yang sangat sedap dan cepat dan pantas itu dah tukar jadi orang U-cafe ambik alih. Jadi, yang biasa dah dekat sini, tau tau jer la kan macam mane service diorang. Sangat __________. Okehh. Tak baik mengutuk. Rezeki.

Lima. Yang nie aku paling tak suka. Kalau dulu hari Jumaat takda kelas. Sem nie hari Jumaat pun takde kelas jugak. Hee. Tapi. Kalau dulu, hari Khamis aku dah bersiap sedia nak balik rumah okayy. Berhempas pulas buat surat ape semua. Tapi sekarang,

(Situasi di Mahallah Office)

"Kak, saya nak hantar surat. Letak dekat mane yer?", aku tanye.

"Nak balik bila tuh yer?", akak pejabat tuh jawab.

"Balik petang nie."

"Kenapa nak balik hari nie?."

"Sebab besok takde kelas (reason yang selalu selalu macam sem sem lepas)."

"Oohh. Start sem nie dah tak boleh balik awal (Khamis) dah dik. Kena balik besok (Jumaat) jugak."

Waaa. Rase macam nak tikam mesin penimbang berat badan dekat sudut dinding office tuh. Nasib aku kena tergesa-gesa pergi kelas mase tuh. Tak sempat mesin penimbang remuk rendam (aku tak tau ayat nieh betol ker tak).

Baiklah. Nanti saya ceritakan lagi khabar-khabar di sini ye. Tengok. Seminggu sekali baru dapat ngadap benda empat segi nieh.

Semoga segalanya berjalan lancar licin tanpa friction lepas nieh. InsyaAllah. :)

9 comments:

  1. ohh zany,
    dah tak boleh bangun lambat pegi kelas sebab kelas jauh. kikikikiki
    gedik laa mahallah officer tu. kalau xdpt balik secara legal balik laa secare illegal. hehe :)

    ReplyDelete
  2. @anis. haha. boleh jer bangun lambat anis. sebab kelas asik-asik stat pukul 11 jer. haha. jadual lebeyh kurang same jer dengan yuni pulak tuh. hee.

    haha. nak balik secara illegal dibuatnya pak guard kuar surat saman, melayang rm50. haha!

    ReplyDelete
  3. aku plak kelas sehari paling kurang 7 jam..

    ReplyDelete
  4. haha. nak wt cmne. sabar je la :(

    ReplyDelete
  5. hahaha..thank god dh msuk gombak zany..nk blik anytme sesuka hati..tabah ek??1 sem je lg..bak kate sheren 'redha'!!!hahaha..sy nk melawat zany n yuni jmaat hr tue coz dh area sne..tp mase mencemburui sy la..nnt pah cti pah nk bertandang uia!!tggu tau!!!hahaha:D..krm slm rndu kat yuni n kat zany gaK!!!rindu gilaaaak kat korg!!

    ReplyDelete
  6. @ンジュラ haha. okayy lah tuh. berisi sikit mase kau. hehe. :P

    ReplyDelete
  7. @afifah haha. thank youu pah. yup. kena tabah. haha. tak pe laa. tak lame jer lagi dekat pj tuh kan. hee. owhh ye ker. meh laa pah dtg. jumpa ktorg tau. ker pah nak amek heater dgn buku comp pah tu skalii? hehe.

    ReplyDelete
  8. nak melawat jugak =P

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.