Thursday, October 14, 2010

Kisah nombor maktab.

Teringat zaman aku muda-mudi masuk sekolah asrama dulu. Tahun 2007 kan? Tak pernah-pernah aku duduk asrama. Mase form4 dapat laa pengalaman tuh.

MRSM Taiping. Memang bumi bertuah. Yang tuh aku ngaku betol. Rindu benar rasanya zaman-zaman dekat sana dulu. Bila nak tidur, pergghh, dia punya nyaman menusuk ke tulang tuuhh. Kalau sekarang aku tidur tak payah pakai selimut pun takpe, kalau boleh nak letak kipas atas kepala. Dulu, pantang kalau tak bawak selimut. Jangan kata selimut, naik sem 2, dengan comfortor2 sekali aku bawak. Sedap giler tidur.

Sampai fatin che mat pun suka tumpang katil aku. Bukan ape, seronok dengan selimut aku. haha.

Isyy. Ape cerita pasal tidur pulak nieh? Mungkin dah tengah malam dan otak aku dah arahkan aku suruh blah dari blog nie dan pergi tidur sekarang. Mungkin.

Aku cuma nak sampaikan yang bila aku tengok jer jumlah pelawat yang dah mengunjungi laman sesawang dan bersawang nieh, aku teringat zaman sekolah dekat maktab dulu. Mane tak nye, tengok nieh,


Nombor jumlah pelawat tuh sebijik macam nombor maktab aku. Haa. Dulu bukan main rahsia nombor maktab nieh kan. Taknak kasi orang boleh cek result kita lah kononnye kan.

Haa. Sekarang amek, bedebuk aku bagi nombor maktab aku. 07380. Nombor nieh laa yang aku kena conteng dekat mane-mane barang aku, hatta dekat baju-baju cantik sekali pun. Mane taknye, nak hantar dobi, kalau takde nombor hikmat nieh, alamat carik baju dekat baldi orang lain laa gamaknye.

Bukan setakat baju cantik, baldi yang tak cantik tuh pun kena taruk jugak nombor nieh. Yelah, karang macam mane makcik dobi nak tau kan nak letak baju cantik tuh dekat baldi tak cantik siapa. haha.

Dekat kasut? Hahh. Tuh over lah tuh. Takkan kasut pun nak hantar dekat dobi kan. Unless laa kalau takut tertukar-tukar dengan kawan-kawan. Tapi ade ker yang tulis dekat kasut jugak. Aku cakap awal-awal, aku tak. haha.

Aihh. Rindu rindu. Kau orang rindu tak? Hmm. Same lah kita. Nombor maktab pun boleh buat aku terkenang. Kau orang ada nombor maktab?

6 comments:

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.