Waa, seyes nak nangis, teringat sangat weh. Terharu sangat. Sampai macam tuh sekali kite harungi detik nak siapkan SEM tuh. Waa. Rindu semua jugak. Seyes rindu. Kau pun. Jage diri baik-baik weh.
Tekun gila wat SEM sampai basah kuyup kan. Dah tuh pakcik taxi nak terkencing, aisy yang tenangkan dia. haha. Rindu kan? Misi kita bertiga nak diam sepanjang hari tak pernah berjaya. Ingat tak? HAHA.
* * *
Thank you Ayin. You bring me back those sweet memories. Serious cakap, masa melalui kejadian tuh, kau akan cakap, "!@#$%^&*, this is the bad things ever yang pernah jadi dekat kita. Macam-macam rintangan, halangan, dugaan semata-mata untuk siapkan SEM tuh jer."
Tapi, bila hari ini, kau ingat balik, kau akan cakap, "This is the sweetest memories that I ever had with my wonderful friends. Walaupun macam-macam dugaan yang datang, at last, kita berjaya jugak siapkan SEM tuh dengan jayanya." Kan?
Kamus : SEM - School Enrichment Program.
Ape jadah nie Zany?
Owh. Sebagai MRSM student, selain pointer above 2.00, SEM adalah salah satu elemen penting yang korang perlu ada sebagai syarat untuk graduate. Kalau takde, tak graduate. HAHA.
Ape benda yang kena buat?
Dipendekkan cerita, kitorang kena buat thesis. Kena pilih groupmate sendiri, kena pilih penasihat sendiri which is cikgu-cikgu yang ada dalam maktab tuh. Kena pilih tajuk sendiri, kalau tajuk tak mengancam, cikgu penasihat reject. Kena pergi carik mana-mana universiti yang ada dalam pelosok Malaysia nie sendiri. Kena cari pensyarah dalam universiti tuh untuk handle experiment korang sendiri, untuk bagi arahan ape yang korang perlu buat. Dan korang kena buat experiment, record data, tangkap gambar, dan hasilkan satu buku sebagai hasil kajian korang.
Tak kurang juga, masa hari pembentangan, kau kena speaking depan juri-juri pasal tajuk thesis n kajian thesis korang. Pada hari tuh jugak, korang akan bukak booth masing-masing untuk mempersembahkan kajian korang kepada orang ramai. AHAHA. Mase tuh junior-junior, student-student sekolah lain akan datang lah dari satu booth ke satu booth untuk tengok kajian korang.
Kalau diorang tak tanye bagus lah. Datang student-student yang mempunyai curiosity yang amat tinggi tuh, memang berbuih lah kau kena jawab ape diorang tanye. Apa? Kenapa? Bagaimana? Bila? Di mana? Semua diorang nak tanya. HAHA.
Nak nak budak sekolah rendah.
"Nie ape nie kak?"
"Owh, kalau buat macam nie boleh tak kak?"
"Mane akak tau nak buat macam nie kak?"
Kajian aku adalah dalam kategori Chemistry, so, kalau aku explain pun dekat budak-budak darjah tiga tuh guna term Sodium Chloride can cure your Ulser bagai, macam lah diorang faham. Last-last aku cakap jer, "Kalau adik-adik ada mata ikan dalam mulut, taruk lah garam. Sekian, terima kasih." :)
Experiment dan kajian kitorang kena siapkan masa cuti sekolah hujung tahun Form 4 tuh. Kira bila bukak sekolah, kitorang kena prepare untuk presentation n booth pulak. So, mase minggu nak dekat present tuh semua orang kelam kabut lah, buat button lah, print brochure, print benda-benda, gambar-gambar yang nak kena tampal dekat board ape semua.
Sehari sebelum presentation tuh, semua orang berkampung dalam lab dari pagi sampai lah prep petang dan sambung pulak sampai prep malam. Benda nie indah tau sebenarnye sebab nampak semua orang bertungkus lumus untuk buat yang terbaik untuk group masing-masing.
Masa minggu tuh adalah hari outing budak lelaki, tapi disebabkan semua orang kelam kabut macam nak gila, warden bagi outing dua-dua jantina pada hari yang sama. So, semua orang keluar, taxi memang haram jadah lah nak dapat. Entah dekat pakcik mana entah kitorang merayu suruh datang balik ambil kitorang lepas hantar satu group pergi pekan Taiping.
Okay. Dah berpeluh-peluh dah tuh. Korang tau kan baju batik Taiping yang hijau striking. Aku cuak bila berpeluh dekat part ketiak memang nampak and macam segan gila lah. So, nasib tak berpeluh sampai dekat situ kan. Eiuu.
Dapat taxi, tapi kitorang tak jumpe carik CC. Kitorang perlukan CC jer sebab nak kena print benda-benda, risalah-risalah tuh semua. Tup-tup, hujan lebat. Payung takde, ape takde. Kitorang redah jer lah hujan dengan berpayungkan awan. HAHA. Basah kuyup lah weh. Tapi masa tuh macam dah tak kira dah basah ker apa, sebab perasaan excited jumpa CC dah membuak-buak.
So, basah jer lah kitorang sepanjang jalan. Macam redha jer lah jalan basah-basah pun. HAHA. Lepas dah print semua, pergi Tesco, jalan-jalan kejap, eyh eyh, kering dah baju. AHAHA. Duduk dalam air-cond, keringlah. So, takde lah segan sangat nak masuk maktab lalu pakcik gad ambik kad outing dengan basah kuyup. HEHE.
Inilah yang orang kata perngorbanan masa belajar. Tak kira panas, tak kira hujan, sanggup diredahi demi belajar. Sekarang, baru aku faham.
By the way, tentang misi kitorang bertiga nak diam sepanjang hari tuh, akan aku cerita on the next post okay.
Wah. Aku rasa macam banyak gila benda yang aku tengah rindu sekarang. Yelah, cuti panjang memang tujuan dia untuk merewang dan mengenang. So, hasilnya, terbitlah perasaan rindu.
Wah! Wah!
nice izzany!
ReplyDeletesebabkan thesis zaman sekolah dah perit,
assignment skrang nmpak lite je~ hahhaa
lite smpai selalu terabai