Saturday, July 23, 2011

Tugas mak-mak besok hari. HEHE.

Hai semua. Ohoiii. Aku sedang tunggu. Sedang tunggu dot putih transparent bertukar menjadi hijau. Kalau korang faham, korang bijak. HEHE :)

Malam ini dengan besok aku ada tugas macam mak-mak laah. HAHA. Bunyik macam haaapee jer. Tak. Sebenarnya besok akak sedara aku nak bertunang, jadi, ibu perlu lah stay dekat rumah makcik aku tuh untuk menghulurkan bantuan ape yang patut. Malam ini sampai besok petang lepas habis majlis lah kan. Abah pulak ada lawatan sekolah ke Melaka besok. Kalau tak lawatan tuh dah buat dua minggu lepas lagi, tapi korang pun tahu kan, jalan KL nie tak boleh tembus ke mana-mana pun dua minggu lepas, jadi, terpaksa postpone minggu nie.

Kalau tak kami satu family akan berkampung lah dekat rumah makcik aku malam nie. Tiba-tiba pulak abah punya lawatan sekolah ter-overlap dengan tarikh ini. Dan tiba-tiba pulak adik aku, Izzah ada hari sukan besok. "Izzah masuk kawad. Tak boleh cancel sebab dah tak cukup orang". Ditambah pula dengan adik aku, Affiq ada tuisyen tengah hari besok. Kalau tak, adik aku, Izzati@Kakngah ada sekolah besok, tapi nasib baik cancel. Jadi, dapat lah ibu bawak teman sorang ikut ibu pergi rumah makcik aku.

Jadi, tugas mak-mak aku hari ini settled dengan jayanya. Tadi aku baru selesai basuh baju sebakul siap perah dan sidai sekali! Ohh yeaah! Syabas Izzani! HAHA. Lepas tuh clear kan pinggan mangkuk dan kuali dekat sinki. Lepas tuh iron baju abah untuk besok dan baju Izzah untuk kawad besok. Syabas lagi Izzani! AHAHA!


So, besok pagi-pagi lepas subuh abah dah nak gerak pergi sekolah. Aku kena mindset bangun awal lah besok pagi sebab aku nak hantar Izzah pergi sekolah. Aku ada plan sebenarnya. HIHI. Tapi aku dah mintak izin parents lah ea. Bukan suka-suka jer.

Besok pagi, lepas hantar Izzah sekolah, aku bawak Affiq pergi breakfast dekat mana-mana kedai makan yang berdekatan. Lepas makan sampai kenyang dan buncit sedikit, aku ingat nak pergi Tesco kejap dengan Affiq. Biasalah. Nak beli barang-barang mekap. Ecece. Takde mekap sangat lah. Beli deodorant dengan berus gigi jer. Diodorant aku dah nazak sangat. Spray spray keluar angin jer. AHAHA. =.="

Lepas tuh dekat-dekat pukul 11.00 pagi, beli makanan bungkus untuk Affiq makan tengah hari, then aku hantar Affiq pergi stesen KTM sebab dia pergi tuisyen dengan kawan-kawan dia. Then, aku balik rumah jer lah. Duduk duduk dekat rumah sambil lipat kain sambil tengok TV ker. Pun cantik jugak. HAHA. Sambil-sambil tuh tunggu Izzah call untuk ambil dia.

Rasa-rasanya dalam tengah hari Izzah akan call kan. Lepas tuh, bila Izzah dah call, ambil dia dari sekolah terus bawak pergi makan tengah hari. Dalam masa tuh mesti perut aku dah bunyik-bunyik. AHAHA.


Lepas makan-makan, balik. Aktiviti lepas tuh, tak plan lagi. HEHE. Sukati jer aku nak plan perjalanan hidup besok. Mane lah tau lagi kan jadi ker tak. Ini sekadar rancangan, Allah yang menentukan. Right? :)

Dalam petang-petang macam tuh, ibu dengan abah balik lah. Yayayy!

Bila umur dah cecah duapuluh, daye pemikiran luar kotak perlu diasah sampai tajam. Tajam mana korang sendiri yang tentukan. Bagi aku, itu perlu. Sebab manusia sekarang banyak sangat yang dah matang. Aku tak nak jadi salah seorang yang duduk dalam kotak. Itu saje.

4 comments:

  1. @bella H.
    AHAHA. Bravo! Bravo! Nie jer laa bell keje mase cuti. HAHA.

    ReplyDelete
  2. gmbr pompuan ramai2 tuh tipu
    buang syuman tuh bru btol..haha

    ReplyDelete
  3. @(.^_^.)
    ahaha. heyy. mane ade. buat kerja tuh sume dgn senyuman lah. seyes. HAHA.

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.