Thursday, July 7, 2011

Jatuh-Bangun. Apa? Mengapa? Bagaimana?

Hari ini aku belajar banyak benda. Yang penting benda itu benda yang paling kerap berlaku dalam hidup sebagai seorang yang bergelar manusia, sebagai khalifah Allah di muka bumi yang tercinta.

Apa itu? JATUH-BANGUN.

Yess. Hari-hari kita akan lalui benda ini bukan? Kita jatuh basikal, kita bangun dan kayuh semula. Kita jatuh katil, kita terjaga dan bangun naik semula. Kita bangun tidur, tapi takde pulak jatuh tidur kan? Ermm. Takde term yang sesuai untuk itu. Tapi setakat beberapa ayat ini korang masih faham bukan apa yang aku maksudkan?

Tipu lah kalau ada orang yang sentiasa berada di atas. Siapa pernah? Angkat tangan? Kalau ada, memang tak. Korang tipu. HAHA.

Dulu mase dekat UIA,PJ, mase program GPDP, kami pernah diminta untuk melukiskan graf kehidupan masing-masing.

Macam nie la lebih kurang graf nye.
Yang aku punya aku tak ingat macam mana shape curve graf tuh, tapi yang pasti takde lah straight macam linear graph y=mx+c kan. HAHA.

Okay dah. Ape aku merepek nie.

Okay. Ape yang aku perlu dan sangat nak cakap dengan semua orang yang ada dalam muka bumi nie, korang jangan menyesal atau nak kecewa bagai bila korang ada dekat bawah. Opss. Of course lah rasa menyesal dan kecewa tuh ada kan sebab tak dapat buat yang terbaik. Ermm. Apa terms yang aku boleh guna ya?

Senang aku cakap, tak payah nak frust menonggeng sangat lah sampai menangis air mata darah. Aku bersyukur jugak, takat hari nie, aku menangis, tak pernah lagi lah keluar air mata darah. Eiuuu. Cuak pulak nyebutnye. HAHA.

Okay. Dah panjang sangat dah nie. Tapi point takde lagi.

Korang, ingat satu jer. Pengalaman akan mematangkan kita. Kalau takde benda-benda yang menyebabkan kita berada di bawah seperti itu, bila masa kita nak belajar untuk jadi matang? Right? Dan bila kita berada di bawah lah kita akan berusaha lagi bersungguh-sungguh untuk berada di atas balik.

Aku terlampau bermetafora kan?

Senang cakap lagi, sebab benda-benda yang buat kita sedih, frust, terkilan tuh semua lah yang akan buat kita berusaha dengan bersungguh-sungguh lagi untuk gembira semula. Dan masa tuh, kita akan senyum, gelak dan ketawa bagai orang dah nak separa gila. AHAHA.

Ape yang aku paling belajar hari ini is, aku masih bertuah because I have so many great and awesome people in my life. Seriously. Itu yang paling aku belajar sekali. Sebab lepas dengar cerita orang-orang, aku sedar tak semua orang beruntung macam aku, tak semua orang bertuah macam aku, dan tak semua orang memiliki apa yang aku ada. Untuk itu, aku tak tahu nak gambarkan macam mane rasa bersyukur aku yang tak terhingga. Alhamdulillah.

Aku tau mindset manusia, bila cakap macam nie mesti tertumpu kepada cinta, cinta dan cinta kan? HAHA. Tak laah. If you do, you are wrong. Sebab setakat hari ini dan InsyaAllah aku berdoa untuk kekal selama-lamanya, Alhamdulillah, aku bersyukur dengan cinta yang aku ada.

Aku cerita secara am. Sebab kebelakangan ini aku ada ramai kawan-kawan, teman-teman, rakan seperjuangan yang sedang melalui tempoh Jatuh-Bangun seperti ini. Tidak perlu aku khususkan sebab apa, punca apa. Dalam akademik mungkin, dalam hal peribadi masing-masing mungkin. Terlalu luas.

Jadi manusia, enjoy lah zaman kejatuhan anda dengan usaha yang berlipat kali ganda, dan nikmati lah hari bangunnya anda nanti dengan gembira, dan senyuman yang lebar. Allah ada untuk mendengar rintihan hamba-Nya. InsyaAllah. Aku doakan untuk semua.

Jadi, ayuh kita layan Every Day I'm Shuffling yuuuhh. HEHE. Takde Takde. Gurau Gurau. HEHE :)

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.