Monday, July 18, 2011

Weekend yang best! :) :) :)

Assalamualaikum.

Seperti yang dikatakan dalam entri yang lepas, minggu nie aku dan keluarga, i mean keluarga kembangan baru sahaja selesai buat kenduri tahlil untuk arwah atok. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Dari A sampai Z semua going easy lah. :) :) :)

Aku cuma nak cerita part-part yang bagus dan awesome sepanjang perjalanan kenduri ini.

Part pertama.
Sembang punya sembang tak sedar dah pukul 3.30 a.m. Okay. Abah dah pesan, "Kaklong, besok bangun pukul 4 pagi ikut abah pergi pasar". AHAHA. Aku ada setengah jam jer lagi untuk lelap mata.

Empat pagi. Abah kejut. Mata berat, tetap kena bangun, basuh muka, tukar baju, tak payah mandi, pergi pasar. AHAHA.

Sampai Pasar Selayang, serious tak sangka pagi-pagi buta macam tuh gilaaa ramai orang. Woaahh. KL memang tak tidur ker ape nieh? AHAHA. Tak lama pun dekat pasar. Biasalah kalau beli barang dengan insan yang bernama abah, tup tap tup tap dah siap. Beli ayam 8 ekor potong 12, udang 4 kilo, ikan 17 kilo, nenas 2 bijik dan tempe. Siap. Dalam kereta belum sempat aku lelap mata, dah sampai rumah.

Sambung tidur. Mestilah. AHAHA!

Yang tak boleh belah tuh, abang-abang pasar tuh, pagi-pagi buta dah datang spirit nak mengorat. Dok siut sana, siut sini. Panggil cik kak lah, adik lah bagai. HAHA.

Part kedua.
Lepas tuh lepas tuh, dah lama pagi lepas tuh, aku pergi hantar Izzah tuisyen. Pergi dengan Hazim jer (sepupu sebaya). Sambil sembang sembang, dengan ayat yang kawan dia ajar, "Owh yeker? Boleh tuju lagu?" bila kita bagi tau ape-ape pun, memang aku rasa nak sepuk jer kalau kau cakap ayat tuh lagi weh. AHAHAHA! Serious sengal gilaa.

Part ketiga.
Pukul 12 tengah hari, Izzah habis tuisyen. So, aku keluar lah nak ambil Izzah. Kanak-kanak riang (sepupu-sepupu kecil) tengah dok seronok main luar rumah, nampak aku keluar, pakai tudung, pegang kunci kereta, terus, "Kakloooonggg, nak ikut!" AHAHA. Nasib kaklong korang nieh comel kan? Terus jom jom. HEHE.

Dalam kereta tuh ada empat orang budak-budak yang aku bawak. Umur dalam range empat ke lapan tahun. Yang nieh kelakar. Time dekat trafic light. Aku sembang dengan budak-budak tuh.

                                 Aku : Okay. Kalau lampu merah kite kena berhenti ker jalan?
                                 Diorang : Berhenti! Berhenti!
                                 Aku : Owhh. Bagus. Kalau nak jalan kite kena tunggu lampu ape?
                                 Diorang : Hijau! Hijau!
                                 Aku : Waaah. Pandainye.
                                 Darwisy : Tapi kan, tapi kan. Abah kite kalau lampu merah abah terus jalan jer.
                                 Aku : AHAHAHAHA!


Darwisy baru empat tahun. Betul lah orang cakap. Budak-budak baya macam tuh selalu cakap jujur. Jadi, kalau korang nak tau korang betul betul cantik ker tak, comel ker tak, hensem ker tak, baik tanya diorang. HIHIHI.

Part keempat.
Buah belum beli lagi. So, abah suruh lah kitorang (sepupu remaja) pergi Tesco beli tembikai. So, aku, Kakngah, Abang Ngah dan Hazim yang pergi. Okay. Kitorang sangat lah remaja lagi. Memang tau en macam mana nak pilih tembikai yang bagus manis dan lazat deliciousss. AHAHA.

Jadi, sebelum pergi Tesco, siap belajar dulu tuh, nak tepuk tembikai tuh bunyik macam mana yang tembikai bagus. Bunyik "Tang Tang Tang" ker, "Tung Tung Tung" ker? AHAHA!

Sampai dekat Tesco memang kitorang buat benda malu gila laah. Dok keliling bakul tembikai tuh sambil angkat sebijik-sebijik dan ketuk-ketuk tembikai tuh. Siap suruh akak penimbang potong tuh nak tengok tembikai tuh bagus ker tak. AHAHAHA! Okay. Ini baru dinamakan remaja.

Dalam kereta nak on the way balik tuh memang gelak-gelak jer lah tak habis-habis. Diorang dok pegheli aku non-stop. Pegheli apa? Adelah. Rahsia. EHEHE.

Part kelima.
Orait. Dah petang tuh kitorang packing-packing makanan lauk-lauk semua bawak pergi rumah Uda (Puncak Alam). Abah lead jalan sambil lima bijik kereta di belakang follow sebab abah nak bawak ikut highway baru tuh. Highway LATAR. Sampai dekat Rawang, jalan jam sikit. Then, masuk jer highway, highway baru kan, mane ade kereta lagi, so, enam bijik kereta nieh saling memecut, macam nak race pulak dah. Bila potong orang depan, bila selisih dok gelak-gelak. AHAHA. Takde kerja en. Tapi serious seronok kitorang race dekat highway tuh. HAHA.

Part keenam.
Sampai rumah Uda, set up semua, hidang-hidang dan majlis tahlil berjalan dengan lancar. Orang pun makan nampak selera. Malam tuh, kitorang (sepupu-sepupu remaja) lah yang basuh pinggan mangkuk cawan periuk belanga tuh semua. Yelah, pakcik-pakcik and makcik-makcik rehat kejap lah. Diorang dah kerja masak dari siang lagi. Sambil basuh sambil gelak. Sambil basuh sambil buat lawak. Memang seronok lah.

Part ketujuh.
Masa tengah lepak-lepak dalam rumah Uda tuh, kitorang sembang-sembang pasal masa saat-saat akhir bersama atok dulu. Time dekat hospital. Kitorang semua non-stop kot berkampung dekat hospital tuh. Hari biasa aku tak dapat lah sebab ada kelas, tapi weekend jer, aku pergi hospital dulu. Weekend jer pergi hospital dulu. Kadang-kadang tak sempat singgah rumah pun, pergi hospital dulu. Sepupu-sepupu yang lain pun sama jugak.

Disebabkan Hazim pun belajar dekat area Bangsar tuh, aku dekat PJ, so, kadang-kadang pergi hospital dengan dia jer lah.

Aku adalah satu-satunye cucu yang sempat menghadap atok masa nafas terakhir. So, aku cerita lah dekat diorang macam mana keadaan atok, bacaan BP atok semua. Sebab malam tuh semua orang dah balik rumah Along (Sentul) sebab dah duduk dekat hospital dari pagi-pagi lagi. Diorang ingat nak rehat-rehat, mandi-mandi kejap, nanti datang balik. Tapi...

Masa cerita tuh, semua orang rindu atok. Al-Fatihah.

Part kelapan.
Bila dah siap kemas-kemas rumah Uda, kitorang semua balik Jalan Duta, tidur, rehatkan badan. Pagi besok tuh aku bangun pukul 12. Hambekkk. AHAHA.

Semua orang breakfast and makan tengah hari dekat rumah aku. Ibu buat tomyam. Nyum Nyum.

Petang tuh kitorang menghabiskan masa dengan tengok movie. Cerita KARAK. hihihi. Dengan Ibu, Abah, Andak, Mak Andak. Ucu, Acu, Uda semua dok ulas pasal jalan lama Karak tuh, budak-budak kecik dok menjerit takut-takut, tak kurang jugak aku yang tengok TV berbentengkan bantal. HAHA.

Dekat Maghrib. Semua orang balik. Kemas-kemas rumah dan yayy! weekend yang enjoy bersama sepupu-sepupu dan semua! :)

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.