Wednesday, July 13, 2011

Izzani dah matang belum nieh? HAHA

Yayy! Izzani dah DUAPULUH!!! ahaha.

Apa nie? Salam takda apa takda tiba-tiba cakap dah duapuluh.

Okay okay. Syowiii. Assalamualaikum semua. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah. Semalam 12 Julai 2011 secara officialnya aku dah cecah umur duapuluh-an. AHAHA. Selama nie tak official lagi. Selama nie baru 19 tahun ke atas jer. HAHA.

Wah. Dua dekad dah hidup atas dunia. Apa yang aku dah sumbang pada dunia sebagai khalifah?

Takpe lah. Persoalan itu hanya aku sorang saja yang tahu jawapannya. Tak perlu dirungkaikan di sini ya. :)

My 20th birthday was awesome korang. Tamat lah sudah kiraan umur belasan tahun atau perkataan -teen untuk aku. Sekarang kita main puluh puluh jer laaah. HAHA.

So friends, kawan-kawan, teman-teman, thank you so much for all the wishes. Ada yang bagi through message handphone, message Facebook and of course wall Facebook kan. Aku tak kisah pun sama ada orang-orang yang wish tuh sebab dia betul-betuk ingat birthday aku, ataupun dengan bantuan Facebook. Serious aku tak kisah. Sebab once diorang wish, itu satu doa yang berharga untuk aku. Aku akan ingat sampai bila-bila. Lagipun, perlu ker orang-orang membebankan, menyempitkan ruang dalam ingatan diorang untuk ingat birthday aku? Tak payah kot. Baik korang reserve ruang tuh untuk ingat benda yang lebih penting. HAHA.

Email? Pun ada. Buat pertama kali aku merasmikan email gmail aku, dan seronok lah sebab yang rasmi kan sama-sama dengan aku tuh orang yang istimewa untuk hari aku yang istimewa. Ecece. Takyah cerita panjang lah pasal email sebab aku dah menitis banyak gilaa dah semalam. Kalau aku cerita karang, tak pasal-pasal menitis laagiii. AHAHA. Cukup kalau aku kata, aku terharu sangat sangat sangat. Wooaaaa. Aku bersyukur sangat. Betapa beruntung dan bertuahnya aku. :')

Okay. Korang tak payah terharu. Biar aku sorang jer. HAHA

Orait. Semalam, aku macam bosan bosan jer lah tak buat apa-apa. Aku duduk rumah sorang-sorang sebab semua orang dalam rumah pergi sekolah dan kerja. So, siang hari aku sambut birthday dengan bertemankan kesunyian. Ecewah. HAHA. Takde lah. Tapi aku bersyukur. Aku ada Skype. Skype lah yang teman aku menjalani hari-hari seorang diri di rumah nieh. Skype jugak lah yang teman aku sambut birthday bila mana aku sorang-sorang dalam rumah nieh. Skype lah yang layan gila-gila, sengal-sengal, gelak ketawa, loya buruk, lawak bodoh aku nie. :') *Terharu lagi*

Bila petang baru semua orang balik. Yelah, sekolah sekarang bukan main hebatnye. Mane ade nak habis tengah hari. Semua nak habis petang. Kalau boleh extend sampai malam, memang extend lah tuh kot. HAHA.

Bila semua orang dah balik, aku pun mandi-mandi. Adik-adik masuk bilik study, aku? tengok TV. Ibu masak-masak. Aku tak pergi pulak dapur intai ibu masak apa. Lepas tuh dah pukul 10 aku mintak izin ibu nak keluar naik kereta ambil Izzah tuisyen. Sampai rumah, aku lapar, aku tengok atas meja...

Wahh. Soalan pertama. Nie air Root Beer tak? Fav aku adalah Root Beer. HAHA
Char Kueh Teow. Wink Wink. Fav kalau pergi Pasar Malam dekat CFS dulu.
Wohooo! Beaf steak. Bukan beli yer. Ibu buat sendiri. Ibu boleh menang Masterchef lah macam nie. HAHA.
Macam biasalah. Makanan yang apa-apa majelis pun akan ade dan paling laku.
Paling penting! HAHA. Yang best, aku baru tau Secret Recipe boleh beli banyak jenis macam nie. Baru lah have fun makan, ada macam-macam jenis. Yayayy!

Seronok bukan? Terbeliak bijik mata tengok hidangan macam nie atas meja. Wuhuuuuu!

Baca-baca doa selamat sikit. Tanda syukur pada Allah masih beri aku kesempatan untuk hidup atas dunia. Syukur
Potong cake. Siap ajak adik-adik potong same. "Ala, kaklong malu lah. Dah besar-besar pun nak potong -potong kek lagi. Jom lah potong same-same. HAHA"
Ohh. Gelagat. AHAHAHA. Seronok wehh.

Beloved FAMILY <3 <3 <3
*Inilah kepentingan self-timer pada kamera. HAHA*
So, thanks kepada semua. Untuk ahli keluarga terutamanya. Ibu, thanks sebab masak pulun-pulun habis untuk kaklong nie. Adik-adik, thanks sebab pandai simpan rahsia, serious tak kantoi langsung dengan kaklong en ibu nak masak special malam tadi. Dan Abah, terima kasih atas doa dan semuanya. Secara keseluruhan, terima kasih semua sebab terus bersama kaklong, bantu kaklong, membesarkan kaklong, bersabar dengan kaklong sepanjang tempoh kaklong membesar nie.

Lepas nie kaklong nak pergi belajar. Kuantan. Ada rezeki dan wang pitisnya, kaklong rajin-rajin balik rumah yer. HEHE :)

Untuk Rahman, terima kasih untuk effort-effort dari jauh tuh. Thank you so much for understanding me well. Hargai awak sangat-sangat. Sampai menitis-menitis dah terharu kan. InsyaAllah, I'll be loving you forever. :')

Untuk kawan-kawan, teman-teman, saudara-mara, dan semuanya, terima kasih banyak-banyak sebab sudi teman aku sepanjang aku menjalani hidup di muka bumi nie. Korang jaga diri baik-baik. Dan aku doakan yang terbaik untuk semua. Barakalluhu fik. Amin.

Yeaahh. Nampak tak senyuman itu. Itu senyuman gembira tatkala mencecah umur untuk meningkat dewasa. Aku akan cuba untuk kekalkan senyuman itu sampai bila-bila :)

Maaf lah kalau ada yang kata tak ajak or tak jemput or apa-apa. Sebab kitorang memang biasa tak buat majelis besar-besar, kepak kebom untuk sambut birthday. Sekadar seisi keluarga. Kalau nak cake mai laa datang rumah, ada dalam peti ais tu haa. HAHA.

p/s: Korang. Sorry tau. Entri nie panjang. Dia panjang dengan gambar dan juga kata-kata. HAHA. Sorry.


10 comments:

  1. waaa. bestnyer. meriah zani sambut. siap mknn byk. kek sedaaap. :)

    ReplyDelete
  2. waaa. bestnyer. meriah zani sambut. siap mknn byk. kek sedaaap. :)

    ReplyDelete
  3. sdapnye makanann... zany, jemput la ktorg dtg uma zany. nk rase makanan mak zany tu.yummyy..haha :D

    ReplyDelete
  4. gile ahh..mkn byk lg xpe. xp

    ReplyDelete
  5. @Aimifiqa
    HAHA. Yup. Takde lah meriah sampai panggil orang2 sume. Meriah dengan family jer. Pun best jugak lah. HEHE.

    ReplyDelete
  6. @atie rahaman
    owhh. jemput lah atie. boleh jer nak datang bile2. hehe. xpe la, nti senang2 kite ajak kawan2 datang orait. hehe.

    ReplyDelete
  7. @zen
    AHAHA. Gile. Kau nak perut aku meletup zen? HAHA.

    ReplyDelete
  8. wah..meleleh saliva tatkala menatap scrumptious foods tu..:')

    ps: izzani dah tua la! ;)

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.