Sekarang. Tak. Maksud aku sekarang, saat ini. Ini.
Aku ada satu rasa. Ya. Satu.
Tak payah nak tanya banyak-banyak.
Sebab ia cuma satu.
Satu rasa. Iaitu LEGA.
Fuhh. Aku rasa macam nak teriak.
Tak. Bukan teriak menangis banjir air mata.
Teriak macam menjerit.
Aku macam nak jerit.
"Waaahh! Aku rasa lega gilaa nieh".
Dunia. Tolong dengar aku.
Aku sangat lega ini.
Lepas baca entri ini, mesti ada manusia di celah sana yang bekata-kata, "Izzani, hang gila apa?". AHAHA. Aku tau. Walaupun kata-kata itu cuma dalam hati bukan? HAHA.
Biar aku jawab siap-siap sebelum sangkaan buruk manusia terbit dalam kepala, sebelum perkataan gila menjadi sinonim dengan aku punya dunia. HAHA. Aku rasa sangat lega weh. Korang pernah rasa tak bila korang berusaha gila-gila untuk satu benda. Tiba-tiba di tengah-tengah jalan, betul-betul tengah, korang kalah? Aku pernah. Masa tuh rasa macam gila menggelabah.
Tapi berbeza. Apa yang aku lalui sekarang bukan terlampau serious yang memerlukan perahan otak dua kali ganda daripada biasa. Aku cuma nak cakap, usaha kami, sekali lagi aku ulang, KAMI, untuk upload dan download satu file yang sangat besar saiznya, serious besar gila, aku tak tipu, akhirnya membuahkan hasil. :)
Boleh nampak aku tersenyum saat ini. :) :) :)
Banyak kali. Banyak kali kami cuba. Tapi, tiba di tengah, upload failed! download corrupted!. Bukan sejam dua. Tapi berjam-jam-jam sampai tidur bangun balik pada keesokan harinya. Ohh! Rasa macam, "Gilaa ah. Bila nak settle macam nie". Tapi betul orang cakap. Kalau kita berusaha, kalau kita terus cuba, kalau kita tak mengalah, kalau kita sabar, akhirnya mesti kita dapat hasil daripada usaha kita. Percayalah, bukan satu cara sahaja yang wujud dalam dunia untuk settlekan hal manusia. HAHA.
Benda aku sekarang nampak simple. Ya. Korang boleh kata. Malah, aku juga kata. "Alahai, upload and download file jer pun. Kecoh-kecoh pahal". Tapi, itu yang tersurat. Yang tersirat? Inilah apa yang aku cuba cerita dan sampaikan pada semua.
Chow dulu! Bai bai! HAHA. Lega. Lega. Lega. =]
Nota tumit :
Satu, hari ini aku jumpa dua lagu baru. Lagu Imam Muda. Aku dengar dan ulang banyak kali juga.
Dua, hari ini aku dah tentu tak miss tengok Masterchef Australia. Aku tak sangka Marion tersingkir. Dia hebat okay.
Tiga, aku harap dengan file yang besar itu boleh buat seorang insan gembira.
Empat, Okbai! Selamat malam semua!
Orang selalu guna nota kaki, sekali sekala aku tukar jadi nota tumit. Tak salah kan?
Friday, July 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
marion keluar ? dia hebat kot . siapa yg tinggal ?
ReplyDelete@Cik Paten.
ReplyDeleteItu lah. Die hebat kot. Tak sangka dia boleh keluar.
So, yang tinggal sekarang, Jonno, Claire, Adam, Aaron, Courtney, Jimmy, Alvin dgn Callum.
Perghh. Mcm mane aku boleh hafal nie? AHAHA.