Thursday, July 14, 2011

Jam dinding.



HAHA. Korang mesti dah cuak kan tiba-tiba intro aku pergi letak gambar jam dinding sebijik. "Ape lah pulak yang minah nie nak berceramah malam-malam bute nieh". AHAHA.

Takde lah korang. Aku bukan nak berceramah cakap pasal hargai masa sesungguhnya masa itu emas masa itu nyawa masa itu tajam seperti pedang kita harus mengejar masa bukan masa yang mengejar kita dan bla bla bla. Banyak pulak perumpamaan untuk masa nieh yer.

Aku cuma nak cerita pasal jam dinding dalam bilik aku. Dalam bilik aku, ada sebijik jam dinding. Comel. Tak bulat lah, empat segi jer. Terfaktab riwayat hidup dia dalam bilik aku selama beberapa tahun jugak lah. Dia lah yang berkhidmat untuk kejut aku tiap pagi nak pergi sekolah masa dulu-dulu. Tak. Disebabkan dia jam dinding, jadi, dia tidak boleh mengeluarkan suara. Dia cuma mengejutkan aku dengan cara, bila aku bangun pagi, tengok dia, "Alamak! Dah lambat." Aku terkejut, lalu pergi mandi. AHAHAHA. Gila tak menarik cerita aku.

Kebelakangan ini, jam dinding bilik aku itu agak biul. Dia pening maybe. Dah tak boleh nak tunjuk masa sebenar Malaysia. Kadang-kadang, jarum dia suka-suka hati berhenti di tengah jalan, dan sambung semula beberapa jam selepas itu.

Aku agak dingin dengan situasi ini.

Satu hari itu, aku dah plan baik punya nak bangun di awal pagi. *Awal pagi aku pukul sepuluh yer. Bukan pukul tujuh lapan sembilan. HAHA* Aku celik mata, aku tengok jam. Ala, baru pukul 8.45 pagi. Sambung tidur balik.

Lepas aku tidur yang agak lama, aku celik mata lagi. "Owhh. Awal lagi. Boleh tidur lagi nie". Lalu sambung tidur.

Sekali lagi aku celik mata, aku lihat jam, masih juga aku berkata "Owhh. Awal lagi. Boleh tidur lagi nie." Tapi, mungkin otak sudah letih nak kejut aku banyak kali, lalu otak merembeskan hormon-hormon dan sel-sel otak aku berhubung untuk aku berfikir. Baru aku sedar. Ya tak ya. Kenapa dah tiga kali aku celik mata masih pukul 8.45 pagi lagi yer?

Cepat-cepat tangan capai handphone tengok jam. Okay. Sekarang dah 12.30 tengah hari. Kepala Hot-Cup aku awal lagi. AHAHA. Maafkan aku dunia, aku terpedaya oleh jam dinding bilik aku sendiri.

Sekian, cerita awal pagi laah sangat aku. Salam.

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.