Friday, July 22, 2011

Kerana lagu, boleh bangkit.

Dulu-dulu, kalau aku rasa down, kalau aku rasa tiba-tiba macam menggelabah, aku selalu dengar lagu. Dalam banyak-banyak lagu, ada satu lagu yang betul-betul bagi balik semangat dekat aku. InsyaAllah - Maher Zain. Aku tak tau kenapa. Tapi lagu tuh macam bagi ummphhh semacam jer buat aku jadi up!

Lagi satu, kalau aku dengar lagu, aku kisah sedikit sahaja pasal muzik dia, tapi aku kisah banyak pasal lirik dia. Kalau lirik dia mantap, muzik dia okay-okay, memang boleh masuk dalam jiwa aku. Tapi, lagi sekali aku ulang, aku ambik kisah pasal lirik dia. Sebab jiwa aku akan ngam dengan lagu yang punya lirik yang indah. Jujur. Indah maksud aku, tak perlulah bunga-bunga sangat. Asalkan aku faham dan bila aku dengar aku rasa macam, "Waaahh. Bagusnya lirik lagu nieh", tuh dah dikira bagus lah tuh untuk aku.

Okay. Bukan tuh aku nak cerita sebenarnya. Aku nak bagi tau, aku dah jumpa satu lagi lagu yang boleh buat aku bangkit semangat bila aku rasa aku sedang berada di bawah. Bawah dari paras laut. Sangat bawah.



Okay. Sekarang aku nak bagi tau kenapa aku rasa aku akan dengar lagu ini bila aku berada bawah dari paras laut. Sebab bila aku dengar, aku rasa macam ada orang pujuk aku. Weweeee. Fitrah perempuan memang suka dipujuk. Jangan deny. Ini benar. Mana-mana perempuan pun. Cuma aku nasihatkan satu. Kot yer pun nak dipujuk jangan over. Setiap orang suka dipujuk dengan cara lain-lain. Tapi untuk aku, pujuk cukup dengan ayat dan cara. Tak perlu membazir beli Cadbury stok paling mahal, Fererro Roshe, belanja makan bubur McD, ais-krim McFlurry bagai (walaupun nie fav aku. hehe). Tapi kalau nak belanja boleh jugak. AHAHA! *Mengade* ^_^

Jadi, dengan muzik yang lembut, lirik yang bermakna dan mantap, cukup untuk buat aku rasa dipujuk. HAHA. Aku saja tak bagi tau tajuk lagu nie apa. Cuba korang teka. HEHE. Aku rasa korang dah tau dah pun. hee. Okay. Bye! :)

Psstt. Kalau korang play dan dia lambat, sabar lah. Lagu tuh tengah buffer lettew. AHAHA!

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.