Wednesday, July 6, 2011

Yang ini baru berisi. :)

Tadi aku tengok Rahman makan ais-krim. Kalau takat ais-krim pop doposen takpe, aku makan hari-hari. HAHA.

Haagen Dazs tuuuuuhh. Aku dah lah dengan tengah mengidam Tutti Frutti tak lepas lepas lagi. Tengah-tengah dalam tempoh mengidam Tutti Frutti sempat lagi keliru nak pilih mana satu. Sama ada Tutti Frutti atau Haagen Dazs. Dekat seminggu dah aku keliru. Aku siap Google bagai dekat mana ada jual Tutti Frutti yang dekat dengan rumah aku yang aku boleh bawak kereta senang carik parking apa semua. AHAHA.

Sorry laa. Aku macam noob sikit pasal benda-benda nieh. Mahal kot. Makan kalau boleh sekali seumur hidup jer. Tak pun, dua puluh tahun sekali. Macam aku. Baru tahun nie la nak cuba try test. AHAHA.

Kan seronok kalau screen laptop nie boleh tembus dekat tempat orang yang kita tengah webcame tuh. Boleh aku hulurkan tangan dan cuit sedikit Haagen Dazs Rahman. AHAHA.

Bila agaknya tempoh mengidam ini akan tamat? Lu pikir laa sendiri! AHAHA.

By the way, Izzani takde lah demand tinggi sangat bila keluar nak makan Kenny Rogers, lepas tuh desert nak ais-krim Baskin Robbins harga doploh hinggit. AHAHA. TAK TAK TAK. Sebab tuh lah aku kata sedang mengidam sebab tak pernah makan pun. HAHA.

Aku tak kisah pun kalau keluar makan apa. Food Court pun boleh. Tapau dari rumah pun aku tak kisah. Air pun kadang-kadang aku bawak air masak jer bile keluar. Serious. Aku dah biasa. HAHA

Alang-alang kita dah cakap pasal keluar, sebenarnya aku tak berapa gemar lah dengan ayat orang kebanyakan yang kata, "Bila keluar, kos wayang, makan, minum, bowling, ice-skating, tuh semua lelaki yang kena keluar duit. Lelaki kena belanja perempuan." Kononnya sebab dia lelaki, dia kena lah yang tanggung si perempuan apa semua. Kalau ikut aku, diri aku, dari hati aku, aku lebih gemar dengan konsep KONGSI/SHARE bila keluar.

Kenapa aku cakap macam tuh?

Sebab. Korang ikut logik lah. Selalunya kita akan ada pasangan semasa tengah belajar. I mean, dekat U okay. Yang masih di bangku sekolah, baik korang belajar rajin-rajin. Serious. HAHA.

Okay. Pasangan kita tak kira lelaki atau perempuan, semasa tengah belajar, belum lah dapat gaji ker apa lagi kan. Selalunya duit yang ada dalam poket adalah duit belanja dari parents atau pun duit dari scholarship, pinjaman or whatsoever. Duit yang parents bagi, yang scholarship bagi bertujuan untuk kos belajar. Dan kos belajar masa kini sangat lah mahal. Nak bayar duit yuran lah, buku lah, mahallah lah, dan macam-macam lagi.

Ishh. Apa aku nak cakap nieh sebenarnya? =.="

Okay. Senang cakap, aku tak rela duit yang bertujuan untuk belajar dan makan minum pasangan aku semasa tempoh dia belajar, digunakan lebih-lebih untuk aku. Sebab tuh duit untuk dia belajar. Untuk makan minum dia ape semua. Walaupun bila dia ada duit lebih nak bayar semua, tapi bagi aku, share lagi bagus.

Nak nak bila perempuan yang demand tinggi. Nak keluar jalan dekat Gardens jer. MidValley dekat sebelah tak pandang lah. Nak masuk kedai Gucci, Guess, Vinci, ape lagi? Aku bukan tau sangat benda mahal-mahal nie.

Kite student lagi babes! Jangan bebankan pasangan kita dengan demand-demand kita yang macam nie. Yer. Walaupun mereka mampu, kite kena lah ade rasa kemanusiaan kan.

Tapi, bukanlah, tiket wayang, makanan minuman bayar asing-asing. Giler kelakar lah kalau macam tuh. AHAHA. Share-share lah. Awak belanja tiket wayang, saya belanja makan. Awak belanja pop-corn, saya belanja big apple. Eyh eyh, terover pulak. HIHIHI.

Lagipun, takde istilah lelaki kena bagi nafkah sebelum kahwin kan. So, jangan lah nak terlampau terpengaruh dengan novel-novel, drama-drama yang lelaki kena belanja perempuan semua tiap kali keluar. Sebagai manusia, kita kena ada rasa humanity dan belas terhadap pasangan kita. Rite?

Aku tulis nie secara general jer okay. Tak tertumpu kepada mana-mana. Aku cuma cakap ikut pandangan aku. Dan bukan jugak bertujuan nak kata aku baik gilaa ke apa. Dari segi nie aku berfikiran macam nie, dari segi lain, mungkin banyak lagi yang aku perlu perbaiki. :)

Sekian. Harap-harap tempoh mengidam Tutti Frutti / Haagen Dazs akan berakhir. Dapat salah satu jer pun cukup laah. HEHE.

3 comments:

  1. izzani, setuju sangat2. :)

    ReplyDelete
  2. @SITI NOORNADIYANA
    HAHA. Yup. Thank you yana. Yess. Ade penyokong. HEHE.

    ReplyDelete
  3. we're in the same boat also! ;D

    pabila izzani melontarkan hujah..tudiaa..;)

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.