Friday, August 5, 2011

Ramadan dan short sem.

Assalamualaikum.

Lagi-lagi post aku pasal puasa kan. Pasal bulan puasa.

Ahh. Aku tengah taip entri ini semalam, tapi tak sempat habis. Sampai ayat di atas, aku terpaksa berhenti, abah ajak keluar kejap. Jadi, hari ini biar aku sambung. Aku harap ini entri pendek.

Telah terfaktab satu ayat dari Terfaktab yang bila mana aku baca, aku terus cakap, "Yess! So true! Betul aplikasi ini". HAHA.

Ramadhan is like a short semester in the university. It's chance to upgrade your credits for the whole year.

Betul kan? Aku tak tau sistem universiti lain macam mana. Tapi kalau UIA, kitorang ada short sem. Kalau sem biasa tempoh nya lima bulan, short sem dalam tiga bulan macam tuh jer. Masa short sem, subject yang diambil memang sangat sikit, dua tiga subjects jer. Credit hour same, tapi contact hour double.

Disebabkan short sem, subject yang diambil sikit, so, lebih mudah untuk focus pada satu-satu. Jadi, masa short sem lah semua orang kalau boleh nak pulun habis, struggle selagi boleh. Kalau boleh masa tuh lah nak dapat 4 flat sekali setahun. HAHAHA. Yang penting, masa short sem lah selalunya result gempak yang boleh upgrade CGPA kita sebab study masa short sem tak se-tensi study masa long sem.

Kesimpulan yang mudah. Macam mana kita pulun masa short sem, macam tuh jugak lah kita kena usaha masa Ramadan ini. Lebih lagi mungkin. Jangan sia-siakan sebab Ramadan datang setahun sekali. Adakah lagi Ramadan untuk kita pada tahun depan? Betulkan ini bukan Ramadan yang terakhir untuk kita? Kita semua tak tahu.

Barakallahu fik. Salam :)

4 comments:

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.