Thursday, June 30, 2011

Hado apo dengan zanybertapak?

Daisypath Friendship tickers

Belog aku pun nak sticker Daisypaith nie jugak, dia cakap. HAHA

Kesian belog aku. Masa birthday dia yang ke-satu tahun, aku wish. Tapi, masa birthday yang ke-dua tahun, aku ter-miss. HEHE. Maap Maap Maap!

"Akak busy laah belog. Serious busy. Tak tipu. HIHIHI" :P

Jadi, ada apa dengan ZANYBERTAPAK nie? URL dah serupe ape ntah. Tak sedap langsung. AHAHA. Biasalah. Retro punya URL wehh. Masa mula-mula nak cipta belog. Konon-kononnya tapak/langkah pertama lah. Tuh yang jadi zanybertapak tuh. Takkan nak buat #ekaubertapak pulak kan. HAHA.

Takpe lah. Kadang-kadang rasa mantap jugak dengan zanybertapak sebab bila blogwalking jumpa Nisa Kay dengan nisamenaip beliau, at least aku ade lah jugak ZANYBERTAPAK. Kau hado? AHAHA.

Walaupun ZANYBERTAPAK dengan NISAMENAIP tuh memang beribu-ribu-ribu kali ganda bezanya. Walaupun entri ZANYBERTAPAK tidak segempak NISAMENAIP. Walaupun follower ZANYBERTAPAK tidak sebanyak NISAMENAIP. Walaupun layout ZANYBERTAPAK tidak secantik NISAMENAIP, tapi aku tetap bersyukur. At least aku ada laman sesawang aku sendiri walaupun bukan .com sendiri, walaupun cuma pinjam dengan blogspot.com saje, at least aku tau bila aku tengah melalui adegan yang memberangsangkan dalam hidup, bila aku tengah ada banyak benda nak cakap, bila tangan aku gatal nak menaip, aku tau dekat ruang mana harus aku tuju. Kan?

Jadi, kalau korang tanya , ada apa dalam zanybertapak? Aku akan jawab, "Tak ada apa-apa". Kerana yang ada cuma cerita aku, cerita aku dan cerita aku. Kalau ada pun, mungkin sedikit (serious sedikit), pengisian yang aku rasa boleh kongsi dengan semua yang di luar sana.


Aku cuma harap aku boleh buat semua orang ketawa :)

Selamat dua-tahun blog. Aku blogging dengan ikhlas, insyaAllah, orang juga akan baca dengan ikhlas.

Kbai! :)

1 comment:

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.